
apa habaq anda semua??moga suasana hari nie mendamaikan hati lalu anda terus bersemangat berjuang dengan apa jua yang terdaya....buktikan kita sebagai sayap kiri perjuangan mampu bertindak sekalipun bila sayap kita patah..kita tetap tekad bertahan dengan hanya bertongkat paruh...tak gitu adik2 akhawat???
Sesungguhnya beberapa ketika ini isu yang begitu mencabar kita selaku umat Islam adalah berkaita
n dengan Isu filem FITNA ...sensitiviti kita diperlukan untuk terus menguburkan Geert Wilder, Belanda dan sesiapa sahaja yang cuba untuk menjatuhkan maruah Islam....Mereka memperjuangkan kebebasan beragama dan kebebasan bersuara lalu mereka sendiri yang mencabuli hak2 tersebut...jesteru itu marilah kita boikot mereka sebagai tanda protes disamping kita terus mendoakan kesejahteraan Islam.
ok rasanya dalam sibuk2 kita bercakap tentang isu tersebut jangan pulak kita lupa imtihan yang semakin dekat...Quran dah habis hafai?kitab dah habis munaqashah? kalau belum marilah sama2 kita saling ingat memperingati ....
P/S: ermm malam nie K.Long akan ke spital lagi...untuk xray...ujian darah dan ujian apatah namanya doktor kata...K.Long tak ingat....untuk anda yang membaca! doakan K.Long takdak pa2 yang serius.....insyaallah....
Isnin, Mac 31, 2008
Isu Filem Fitna: Apa tindakan Kita????
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Khamis, Mac 27, 2008
Forum Akhawat Perlis
Bersua
kembali.....salam penuh takzim K.Long mulakan dan hari nie K.Long nak sentuh tentang forum akhawat yang baru saja diadakan sempena IFIN(Ijtima' Fikri Night)...Syabas buat adik2 hewi KPP...walaupun masing2 takda pengalaman menjadi ahli panel namun seruan itu depa sambut dengan baik dan bersemangat....Tajuk yang diberikan oleh pihak ikhwah kepada usrah akhawat adalah "Gerakan Tahrir Mar'ah"...maka inilah jalan atau cara untuk mengkehadapankan akhwat yang K.Long setuju....untuk KPP syukran bebanyak dengan ruang sebegini....kerana dengan ruang yang baik dan bersesuaian dengan akhawat maka akhawat boleh melontarkan pandangan tanpa rasa gentar....jesteru buanglah tanggapan yang merendahkan2 tersebut dalam diri ikhwah.....mengapa akhawat malas terkehadapan????....jawapannya K.Long rasa ada dalam diri ikhwah sendiri.... tidak semua situasi akhawat begitu kerana kadang2 kerana nila setitik habis susu sebelanga....maka org lain menjadi mangsa hambatan gosip liar manusia tidak bertamadun....
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
HUKUM BERJABAT TANGAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

FATWA DR. YUSUF AL-QARDHAWI
Tidak dapat dinafikan isu berjabat tangan antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah kontroversi yang tidak berkesudahan. Sudah tentu siapa sahaja akan berada dalam dilema apabila seorang wanita menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Lebih-lebih lagi sekiranya wanita tersebut adalah sanak saudara seperti ipar, bapa tiri, sepupu atau saudara mara sebelah isteri yang kebanyakannya bukan mahram. Malah persoalan berjabat tangan ini begitu sensitif bagi orang Islam Malaysia sehingga kredibiliti dan digniti seorang agamawan atau pemimpin Islam boleh tergugat kerana berjabat tangan dengan yang bukan mahram. Justeru itu, penting untuk kita membahaskan isu ini dengan teliti agar dapat menjernihkan kekeliruan ini.
Dr. Yusuf al-Qardhawi pernah ditanya tentang persoalan ini dan beliau membahaskannya dalam buku beliau bertajuk Al-Fatawa al-Mu’asaarah (Fatwa Semasa). Terdapat dua pandangan dalam bab ini:
Pandangan Pertama: Diharamkan berjabat tangan dengan wanita apabila disertai dengan syahwat dan nikmat daripada salah satu pihak, lelaki atau wanita. Lebih-lebih lagi jika kedua-duanya merasa terangsang melalui sentuhan ini. Atau sekiranya perbuatan tersebut boleh menimbulkan fitnah terhadap mereka. Ketetapan diambil berdasarkan kaedah menutup jalan menuju kerosakan (Sadduz-Zaraa’i) itu adalah wajib, tambahan pula jika diyakini amalan berjabat tangan ini hanya menggalakkan pergaulan bebas dan tidak terbatas. Hal ini diperkuat lagi oleh apa yang dikemukakan para ulama bahawa bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita asal hukumnya adalah harus tetapi boleh berubah menjadi haram apabila disertai dengan syahwat atau dikhuatirkan terjadinya fitnah. Khususnya dengan anak perempuan isteri (anak tiri), atau saudara sesusuan, yang perasaan hatinya sudah barang tentu tidak sama dengan perasaan hati ibu kandung, anak kandung, saudara wanita sendiri, ibu saudara dari ayah atau ibu, dan sebagainya.
Pandangan Kedua: Diharuskan berjabat tangan dengan wanita tua yang sudah tidak punya ghairah terhadap laki-laki, demikian pula dengan anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap laki-laki, kerana berjabat tangan dengan mereka itu aman dari sebab-sebab fitnah. Begitu pula bila lelaki tersebut sudah tua dan tidak punya ghairah terhadap wanita. Hal ini didasarkan pada riwayat dari Abu Bakar r.a. bahawa beliau pernah berjabat tangan dengan beberapa orang wanita tua, dan Abdullah bin Zubair mengambil pembantu wanita tua untuk merawatnya, maka wanita itu mengusapnya dengan tangannya dan membersihkan kepalanya dari kutu. Ini berdasarkan kelonggaran yang Allah berikan kepada golongan ini dalam permasalahan aurat.
Firman Allah:
Maksudnya: “Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nuur 24 : 60)
Dikecualikan juga lelaki yang tidak memiliki ghairah terhadap wanita dan
anak-anak kecil...
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Jumaat, Mac 21, 2008
Khamis, Mac 20, 2008
CERITA MUKTAMAR PMRAM
hlian 8093 menjadikan K.long antara warga lama yang menjadi perwakilan pd hari itu...dan rasanya ini adalah kali ke12 k.Long join muktamar PMRAM.Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Jumaat, Mac 14, 2008
valentine hanya merosakkan !!!!!!!!!
Artikel ini K.Long olah dan edit semula untuk dipaparkan pada blog ini dengan niat untuk mengingatkan kembali mereka2 yang terlupa.......tanpa mengetahui sejarah sebenar masyarakat islam turut terikut dengan trend merayakannya....bukalah mata dan saksikanlah sendiri apa yang barat bawa ini hanya untuk merosakkan umat islam tanpa sedar....
Malah lebih menyedihkan apabila kita melihat bahkan anak2 Orang Islam sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri.
Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
The World Book Encyclopedia (1998) menyatakan terdapat banyak versi mengenai Valentine's Day, salah satunya festival Romawi yang disebut Lupercalia.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
kesimpulannya perayaan ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan percintaan dan kasih sayang.
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
Oleh kerana itu Islam melarang kepercayaan yang terarah kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
Zulkifli Nordin di dalam kaset nya yg bertajuk'MURTAD' menceritakan:-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Ahad, Mac 09, 2008
Mutiara kata Ibnu-Qayyum
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. .
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
BERKAT SAYANGKAN KUCING
Sempena wukuf di Arafah hari ini (18 Disember) dan Hari Raya Korban esok (di Arab Saudi), disiarkan Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.
Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.
Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.
Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.
Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.
Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.
Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.
Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.
Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.
Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..
Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.
Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.
Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.
Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti.
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Jumaat, Mac 07, 2008
Hari Keluarga KPP 2008
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Isnin, Mac 03, 2008
Tuntutan menutup aurat
" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)
Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-
a) Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :
" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)
Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.
b) Agar kaum wanita tidak disakiti
Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.
c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. y ang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »
d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam .
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.
e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Sabtu, Mac 01, 2008
Kopi itu pahit
Kopi itu pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.
Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan??
Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitanya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.
Petikan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Dicatat oleh ummi 0 ulasan







