
Assalamualaikum...
Beberapa ketika selepas ini k.long mungkin tak dapat meng update blog ini dengan sekerap mungkin.Peperiksaan tak berapa hari ja lagi...maaf.
Kelmarin K.long ada menerima msg dr seorang kawan yg meminta berhati2 mengenai setiap gambar yg kita letakkan di blog atau di internet...katanya mungkin gambar dan biodata kita akan digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk menyamar...dan dijadikan maklumat kita sebagai pemilik web atau blog yg tidak baik...
Macam2 sekarang nie.....kerana itu juga k.long mendelete beberapa gambar dalam blog k.long sbg langkah berhati2...........
Sabtu, Disember 27, 2008
Berhati2
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Rabu, Disember 17, 2008
JaDuAl TaKhAlUf DaH KeLuAr.....

aru saja 2 bulan kuliah rancak berjalan kini bahang imtihan pula kian terasa, apatah lagi tinggal hanya beberapa minggu saja lagi kita akan menghadapi imtihan.
Kelmarin dalam kelas 4 lughah dah berbincang tentang jadual imtihan...insyaallah hari imtihan 4 lughah jatuh hari sabtu dan selasa bermula tarikh 10/1/2009...kalau jadual betul yg akan ditampal nanti tepat seperti perbincangan dalam kelas Alhamdulillah...lega rasanya coz tak bertembung hari Abglong peksa.Kalau tidak pening lagi nak cari sapa nak jaga anak...silap haribulan ada madah yg terpaksa dikorbankan....moga2 tidak.
Imtihan takhaluf Nusus pula pada 4/1/2009 nanti... confirm!!! coz dah tertampal di luar kuliah.
P/s : Tertarik melihat gambar Bush dibaling ngan kasut........Rakyat Iraq meraikan Al-Zeidi sebagai hero.......penutupan perpisahan yg memalukan buat Bush...
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Ahad, Disember 14, 2008
Warga KPP dilanda ultan....hehe
Mesti sesapa yg baca sub topik diatas fikir dua tiga kali maksudnya...saja ja K.long guna istilah wat sendiri (ultan) tu yg maknanya ulang tandas....
Mungkin terlebih had makan daging beberapa hari atau tersilap makan, menjadikan ramai di kalangan adik2 Perlis ikhwah akhawat sakit perut.Ditambah lagi ngan cuaca yg semakin sejuk bercampuq pula dgn suhu badan yg panas...maka natijahnya sakit perut...demam...sakit kepala dll.
Kepada adik2 yg tak sihat tu...termasuk diri K.long sendiri yg demam sejak kelmarin mg cepat sembuh dan boleh ke kuliah seperti biasa coz esok k.long masih ada 2 subjek yg belum habis belajar.
Kepada semua adik2 di Malaysia terima kasih sudi membaca coretan di blog K.long ini...doakan kami warga KPP di sini sejahtera dan berjaya seperti kalian juga.
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Isnin, Disember 08, 2008
Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum.....semoga bahagia hendaknya di Hari Raya Aidil Adha kali ini....
Malam Gema Takbir di Rumah Perlis semalam penuh dengan taujihat...pengisian betapa besarnya erti pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail....malah pengorbanan Rasullullah SAW dan para sahabat untuk menegakkan Islam.Dr ucapan YDP....Wakil Badan Pengurus dan Hewi PMRAM....dan Pakcik Asri semuanya menyentuh bab pengorbanan.Lalu kesimpulannya sejauhmana pengorbanan kita? Apakah hanya asyik mendengar,masuk telinga kanan keluar telinga kiri....esok lusa lupa lagi>...tiada sebarang tindakan untuk melakukan pengorbanan bagi meninggalkan perkara yg tidak baik kepada yg lebih baik.
Raya Haji kali ni agak sepi rumah hewi Perlis....mungkin rumah terbuka (raya ke3) nanti ok.Mungkin disebabkan ada diantara adik2 yg telah pulang ke Malaysia baru2 ini, ada yg belum datang dr Msia,ada yg masih di Furu'....tapi sebelah ikhwah lebih meriah dan ceria krn mereka ramai....bergotong royong.....dll.
Selamat hari raya buat semua sahabat2 tak kira di mana jua anda berada....maaf zahir batin..
P/s: kredit to Nadiyah di Malaysia coz menjadi org pertama mengucapkan selamat hari raya utk k.long disini...syukrannnnnnnnnnnnn
Dicatat oleh ummi 0 ulasan


