
ewal kedatangan K.long dulu ramai juga kawan2 yg berminat kat pinggan mangkuk melamine nie apatah lagi harganya murah menjadikan mereka berminat untuk membawa pulang.Rasanya rumah pelajar2 kita di Mesir pun ramai yg menggunakan pinggan jenis ini.
Selepas tercetusnya berita mengenai keracunan bayi di China akibat daripada meminum susu yg bercampur melamine, K.long mula mencari maklumat mengenai bahan tersebut.Malah ada saja berita yg K.long baca menyebut bukan saja susu yg tercemar tetapi gula2 ber
asaskan susu,candy,makanan laut,telur dan ntah apa lagi yg tercemar selepas ini.
Kegusaran timbul mungkin krn di sini byk sangat barang2 made in china....dr perkakas dapur,brg plastik,lu'bah kanak2 hatta sotong,udang,ikan malah tidak ketinggalan bawang yg kita beli di suwaiqun (pasar mini ) tertera made in china. Mungkin tidak tercemar tapi nak katanya banyak sangat brg mereka di sini.
Artikel dibawah ini dr sumber blog paramedic.
Melamine dan protein nitrogen (seperti Kjeldahl protein test yang masih digunakan di China, ataupun ujian Dumas protein test), campuran melamine dalam susu ini dapat menyorokkan penipuan pencairan susu: untuk memenuhi standard kandungan protein dalam susu.
Penggunaan melamine dalam makanan telah diharamkan kerana diketahui boleh menyebabkan kegagalan ginjal pada manusia dan haiwan apabila ia bergabung dgn cyanuric acid dalam badan.
Melamine tidak larut dalam air. untuk memastikan ianya larut, melamine mesti dicampurkan dengan formaldehyde atau pelarut organik yang lain sebelum ia boleh larut dalam susu.
Melamine juga pernah digunakan untuk memberikan keputusan palsu dlm pemeriksaan protein, seerti dalam kes panggilan semula (recalls) makanan binatang peliharaan di Amerika dan eropah pada tahun 2007 untuk meneymbunyikan kandungan protein yg rendah pada makanan lembu.
Skandal susu China 2008 ialah satu insiden keselamatan makanan di China yang melibatkan susu dan rumusan bayi yang dicemari melamine. Pada 22 September, dilaporkan hampir 53,000 kes kesakitan, lebih 12,800 hantaran ke hospital, dan empat kematian bayi akibat karang ginjal dan kegagalan renal yang lain.
Pada tahun 2004 di tanah besar China juga pernah berlakunya insiden berbeza yang mana susu kurang bermutu mengakibatkan 13 bayi mati akibat kekurangan khasiat.
Mula-mulanya tertumpu pada Kumpulan Sanlu selaku peneraju pasaran susu bayi, siasatan kerajaan mendapati masalah ini juga terjadi dalam produk-produk keluaran 21 syarikat lain.
Isu ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan makanan dan amalan rasuah di China, bahkan juga menjejaskan reputasi eksport makanan China; sekurang-ku
rangnya 11 negara telah mengharamkan semua pengimportan keluaran tenusu China.
Artikel kedua:
Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang
mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan.
Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk
membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan
ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan
masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan
buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.
Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana
ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic.
Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada
melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE.
Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China
selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk
pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan
bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah
'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas.
Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat
seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.
Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan
dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate.
Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan
salur darah dan buah pinggang.
Baru-baruini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak.
Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di
China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di
Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan
peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah
bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine.
Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.
Khamis, Oktober 30, 2008
MeLaMiNe
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Ahad, Oktober 26, 2008
Cerita itu cerita ini
ssalamualaikum semua. Apa citer anda hari ini? Semoga semuanya sihat2 dan ceria selalu.
Abglong dah pun bertolak awai lagi ke Ismailiyah.Kesian dia tak sempat jamah nasi lemak coz katanya org yg nak ambik dia tu dah sampai ....k.long kata:"habaq lah kat depa tunggu jap ja" tapi bglong cakap :"nanti org marah plak kalau lambat.Nanti kat sana ada org jamu insyaallah."Betul ka ada org jamu kalau takdak nanti k.long tembak dengan bazooka kat driver atau sesapa yg jemput bg pengisian tu...hehehe lawak ja jangan mare....
Hari khamis baru2 ni sedang K.long dok hidang makanan, Nabil dok main tekan2 tv, tup2 ada rancangan tentang Hari Kebangsaan Malaysia ke 51.Rasanya sejak hidup di bumi Mesir nie jarang benar ada berita tentang Malaysia.Kalau ada pun secoet cuma atau rencana yg gambarnya entah di ambil dr zaman bila lagi coz Kuala lumpur pun cam tak membangun lagi sementelah gambar Perdana Menteri masih lagi gambar Tun Dr Mahadhir.
Sempat juga tengok rancangan tu yg mana ada temuramah dengan Pengarah JPM dan dengan wakil2 kerajaan Mesir...itu ja yg sempat k.long tengok...yang lain Nabil dah tekan channel lain....
Hari Jumaat ......lama sudah kota Kaherah tidak dibasahi hujan,Alhamdulilah jumaat baru2 nie hujan turun dengan lebat bercampur angin, guruh serta kilat.Akibat lama kot anak2 tak tengok hujan habis perak semacam ja dok berteleku depan balakon tahan air hujan.
oklah semua jaga diri selalu....bersyukurlah dengan apa yg kita ada....hargai insan lain ....selagi dia masih ada bersama....hingga jumpa lagi.
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Khamis, Oktober 23, 2008
12 SiFaT SaHaBaT
Semua org perlukan sahabat,sahabat tidak semestinya yg cantik atau kaya atau terbilang dan gemilang tetapi cukuplah yg mampu membawa kita kearah kebaikan dan ketaqwaan.Bukannya mengajak kita kearah maksiat.
Sahabat yg baik adalah yg sentiasa menasihati kita dengan penuh ikhlas tanpa ada niat yg lain.Sahabat yg membawa kita kepada kelalaian wajar dijauhkan.Pilihlah sahabat yg betul supaya kita juga di landasan yg betul....Kerana K.long melihat kes2 gejala sosial yg berlaku hari ini adalah juga berpunca dr" ikut sahabat".
Antara sifat2 sahabat yg di gariskan oleh Imam Al Ghazali di dalam
kitabnya Bimbingan Mukminin adalah seperti berikut:
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Jesteru bentuklah diri kita menjadi sahabat yg baik berguna untuk manusia di sekeliling bukannya menjadi sahabat yg merosakkan.
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Selasa, Oktober 21, 2008
SeLiTaN PeSaNaN

P/s: Doakan K.long sihat seperti sediakala.....selepas di ancam batu karang (walaupun masih di peringkat awal)....di landa pula masalah paru2 kini tak pasti apa lagi yg menyerang......Ya Allah berikan aku kekuatan kerana aku perlu berjuang...walau segetir mana rintangan kerana aku telah kau pilih menjadi pejuanga agamamu....
Masa ngaji pondok dulu guru k.long selalu pesan...jgn doakan "Allahum maj a'lni minassobirin.."kerana bila kita minta kita sentiasa sabar maka seolah2 kita minta kita sentiasa diuji...sabar takkan datang tanpa ujian.....itu pesanan guru K.long ......Wallahu taala a'lam...
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Rabu, Oktober 15, 2008
Ablah Oh Ablah

Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu mina zzolimin....
Hanya kalimah itu yg terpacul tatkala melewati bilik syuun ferqah tahun 4 lughah pagi tadi.Airmata hampir jatuh tatkala kesabaran juga telah sampai ke puncak...Saban tahun saban waktu bila bermulanya sesi baru pengajian maka urusan untuk tasdiq adalah urusan yg paling membosankan.
Visa K.long telah lama tamat krn itu k.long perlukan tasdiq tapi kerani thn 4 lughah masih enggan menerima permohonan..K.long pi hari isnin katanya hari selasa....pastu hari rabu plak ,dah hari rabu katanya ahad pulak.Tiap2 hari kerjanya makan dr awal pg pastu sembang tak berhenti2..satu permohonan pun dia tak terima.Bukannya ramai coz kerja dia hanya menerima 4lughah pelajar asing sahaja...
Ditambah pulak thn nie Pejabat Zakat Perlis nak kasyfu natijah...berperang mulut dengan ablah tu tadi nak minta kasyfu natijah..dan memang dia tak bagi gak katanya senarai natijah tahun empat memang dia tak mau bawa keluar...yg herannya kerani thn 4 syariah & Usul boleh plak bawa kluar natijah.Nampak gayanya thn nie k.long tak dapat la minta zakat Perlis coz tak dapat kasyfu natijah tu.
Hari nie terkeluar jugak lafaz " k.long dah tak mau ngaji kat Azhar nie...dah bertahun kena tengking..kena hamun ngan kerani2 kuliah lughah....K.long dah letih...
Kata Bglong:"sabaq banyak2...dah sampai hujung dah...tak lama dah nak habis..."
Mujurlah Bglong ada...dia selalu menyejukkan hati K.long yg tengah panas...
p/s: ( tengah muhasabah diri sendiri).....
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Ahad, Oktober 12, 2008
Sombong
Kehangatan Aidilfitri di tengah Kota Kaherah ini semakin berlalu pergi, mungkin kerana kuliah/sekolah telah pun kembali beroperasi seperti sediakala.Rutin harian sebagai pelajar kini bermula setelah beberapa bulan bercuti.
Nabil masih demam,teriyaknya memanjang saja...kerana itu 2 hari nie terkejar2 untuk membuat semua kerja.Ya Allah, sihatkan my little baby!!!
Dalam berkira2 memikirkan tajuk apa posting kali nie, K.long teringat beberapa peristiwa yg berlaku dalam bulan Ramadhan lalu iaitu tentang manusia yang sombong.Kisah individu yg enggan bersalam atau menyambut huluran tangan org lain....atau individu yg bersalam tapi muka di palingkan ke arah lain atau individu yang hanya bersalam kiranya kita berjawatan besar atau individu yg mengerlingkan mata tatkala kita senyum padanya bukan perkara baru tapi berdasarkan pengalaman sendiri dan dr cerita sahabat2 yg lain...kelompok individu seperti ini memang wujud.
Tidak kurang juga individu yang sombong dan bermegah lalu di umumkan seantaro dunia takdir imtiyaznya tanpa rasa di hati walau sedikit untuk cuba memahami sahabat2 yg lain merudum takdirnya.Apalah sangat kiranya diselitkan sedikit kata utk sahabat2 yg lain "bersabarlah...@cuba lagi @saya boleh bantu @ seumpamanya utk menenangkan hati bakiat 90% lagi sahabatnya yg jatuh.
Dalam surah Luqman Allah berfirman yg bermaksud:
" Janganlah engkau palingkan pipi (muka) engkau terhadap manusia (kerana sombong), dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur, lagi membanggakan diri."
Luqmanul Hakim mengingatkan anaknya,
“Janganlah palingkan mukamu daripada manusia lantaran kesombongan dan keegoanmu terhadap mereka, sebaliknya temuilah mereka dengan wajah yang ceria dan berseri-seri tanpa ada rasa takabbur dan meninggi diri. Janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dalam keadaan yang angkuh kerana sifat tersebut antara perkara yang menjadi kemurkaan Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla tidak menyukai orang-orang yang sombong dan suka bermegah-megah. Bersederhanalah pada setiap langkahmu. Janganlah menunjukkan sifat lemah dan tidak berdaya ketika berjalan dan terkinja–kinja seperti orang nakal.”
As-So`ru (الصعر ) adalah penyakit yang dihidapi oleh unta menyebabkan ia memalingkan tengkoknya. Ia merupakan gambaran dan perumpamaan yang dilukiskan oleh Al-Quran dalam tegahan "ولا تصعر".
Ini adalah perumpamaan bagi seorang muslim yang menyeru kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dalam keadaan berbangga, gerak-geri yang menggambarkan sifat angkuh dan sombong. Memalingkan muka daripada manusia lain dalam keadaan takabbur dan kagum dengan diri sendiri dan tidak prihatin dengan orang lain. Ini semua boleh menimbulkan kemarahan manusia dan telah pun jelas membuktikan bahawa mereka ini mengidap penyakit.
(Fi Zilal Al Quran: jil 5; hal 2790)
Sekian untuk kali ini...jumpa lagi...so jgn sombong2...buat "sahabat" yg terasa dengan individu sombong tersebut, jgn layan sangat org2 camtu nanti diri sendiri yg sakit jiwa....k
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Isnin, Oktober 06, 2008
MAT 07/08 Dan Rumah Terbuka
Mesyuarat Agung Tahunan KPP bg sessi 2007/08 selamat dilaksanakan kelmarin....Tahniah dan terima kasih kepada pimpinan yg telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik.Perjalanan dan ilmu menjadi pemimpin adalah pengalaman yg berharga serta ia akan menjadi medan kita melatih diri seterusnya sebagai persediaan di medan sebenar kelak.
Kepada pimpinan yang baru di lantik....Syabas!!! Tunaikan amanah seadanya...belajar menyampaikan maklumat dengan baik kpd ahli,Senyumlah bagai seindah suria walau ada yg mgguris...Insyaallah Allah bersama kalian.
Hari ni Rumah Terbuka Perlis...Alhamdulillah ramai yg datang....Komitmen adik2 baru juga hebat....kerna apa? jawabannya hanya dalam hati K.long. Kalau citer kat sini takut kembang plak..
ok hingga jumpa lagik....
P/s: kek, rendang/ketupat dan laksa dah habis...sapa tak mai rumah k.long dan bglong awai memang takda habuannya laaaaa...hehehe
Dicatat oleh ummi 0 ulasan



