zwani.com myspace graphic comments

Khamis, Oktober 23, 2008

12 SiFaT SaHaBaT

Semua org perlukan sahabat,sahabat tidak semestinya yg cantik atau kaya atau terbilang dan gemilang tetapi cukuplah yg mampu membawa kita kearah kebaikan dan ketaqwaan.Bukannya mengajak kita kearah maksiat.

Sahabat yg baik adalah yg sentiasa menasihati kita dengan penuh ikhlas tanpa ada niat yg lain.Sahabat yg membawa kita kepada kelalaian wajar dijauhkan.Pilihlah sahabat yg betul supaya kita juga di landasan yg betul....Kerana K.long melihat kes2 gejala sosial yg berlaku hari ini adalah juga berpunca dr" ikut sahabat".

Antara sifat2 sahabat yg di gariskan oleh Imam Al Ghazali di dalam kitabnya Bimbingan Mukminin adalah seperti berikut:

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Jesteru bentuklah diri kita menjadi sahabat yg baik berguna untuk manusia di sekeliling bukannya menjadi sahabat yg merosakkan.

0 ulasan:

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você