ssalamualaikum semua. Apa citer anda hari ini? Semoga semuanya sihat2 dan ceria selalu.
Abglong dah pun bertolak awai lagi ke Ismailiyah.Kesian dia tak sempat jamah nasi lemak coz katanya org yg nak ambik dia tu dah sampai ....k.long kata:"habaq lah kat depa tunggu jap ja" tapi bglong cakap :"nanti org marah plak kalau lambat.Nanti kat sana ada org jamu insyaallah."Betul ka ada org jamu kalau takdak nanti k.long tembak dengan bazooka kat driver atau sesapa yg jemput bg pengisian tu...hehehe lawak ja jangan mare....
Hari khamis baru2 ni sedang K.long dok hidang makanan, Nabil dok main tekan2 tv, tup2 ada rancangan tentang Hari Kebangsaan Malaysia ke 51.Rasanya sejak hidup di bumi Mesir nie jarang benar ada berita tentang Malaysia.Kalau ada pun secoet cuma atau rencana yg gambarnya entah di ambil dr zaman bila lagi coz Kuala lumpur pun cam tak membangun lagi sementelah gambar Perdana Menteri masih lagi gambar Tun Dr Mahadhir.
Sempat juga tengok rancangan tu yg mana ada temuramah dengan Pengarah JPM dan dengan wakil2 kerajaan Mesir...itu ja yg sempat k.long tengok...yang lain Nabil dah tekan channel lain....
Hari Jumaat ......lama sudah kota Kaherah tidak dibasahi hujan,Alhamdulilah jumaat baru2 nie hujan turun dengan lebat bercampur angin, guruh serta kilat.Akibat lama kot anak2 tak tengok hujan habis perak semacam ja dok berteleku depan balakon tahan air hujan.
oklah semua jaga diri selalu....bersyukurlah dengan apa yg kita ada....hargai insan lain ....selagi dia masih ada bersama....hingga jumpa lagi.
Ahad, Oktober 26, 2008
Cerita itu cerita ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 ulasan:
Catat Ulasan