Kehangatan Aidilfitri di tengah Kota Kaherah ini semakin berlalu pergi, mungkin kerana kuliah/sekolah telah pun kembali beroperasi seperti sediakala.Rutin harian sebagai pelajar kini bermula setelah beberapa bulan bercuti.
Nabil masih demam,teriyaknya memanjang saja...kerana itu 2 hari nie terkejar2 untuk membuat semua kerja.Ya Allah, sihatkan my little baby!!!
Dalam berkira2 memikirkan tajuk apa posting kali nie, K.long teringat beberapa peristiwa yg berlaku dalam bulan Ramadhan lalu iaitu tentang manusia yang sombong.Kisah individu yg enggan bersalam atau menyambut huluran tangan org lain....atau individu yg bersalam tapi muka di palingkan ke arah lain atau individu yang hanya bersalam kiranya kita berjawatan besar atau individu yg mengerlingkan mata tatkala kita senyum padanya bukan perkara baru tapi berdasarkan pengalaman sendiri dan dr cerita sahabat2 yg lain...kelompok individu seperti ini memang wujud.
Tidak kurang juga individu yang sombong dan bermegah lalu di umumkan seantaro dunia takdir imtiyaznya tanpa rasa di hati walau sedikit untuk cuba memahami sahabat2 yg lain merudum takdirnya.Apalah sangat kiranya diselitkan sedikit kata utk sahabat2 yg lain "bersabarlah...@cuba lagi @saya boleh bantu @ seumpamanya utk menenangkan hati bakiat 90% lagi sahabatnya yg jatuh.
Dalam surah Luqman Allah berfirman yg bermaksud:
" Janganlah engkau palingkan pipi (muka) engkau terhadap manusia (kerana sombong), dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur, lagi membanggakan diri."
Luqmanul Hakim mengingatkan anaknya,
“Janganlah palingkan mukamu daripada manusia lantaran kesombongan dan keegoanmu terhadap mereka, sebaliknya temuilah mereka dengan wajah yang ceria dan berseri-seri tanpa ada rasa takabbur dan meninggi diri. Janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dalam keadaan yang angkuh kerana sifat tersebut antara perkara yang menjadi kemurkaan Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jalla tidak menyukai orang-orang yang sombong dan suka bermegah-megah. Bersederhanalah pada setiap langkahmu. Janganlah menunjukkan sifat lemah dan tidak berdaya ketika berjalan dan terkinja–kinja seperti orang nakal.”
As-So`ru (الصعر ) adalah penyakit yang dihidapi oleh unta menyebabkan ia memalingkan tengkoknya. Ia merupakan gambaran dan perumpamaan yang dilukiskan oleh Al-Quran dalam tegahan "ولا تصعر".
Ini adalah perumpamaan bagi seorang muslim yang menyeru kepada Allah ‘Azza Wa Jalla dalam keadaan berbangga, gerak-geri yang menggambarkan sifat angkuh dan sombong. Memalingkan muka daripada manusia lain dalam keadaan takabbur dan kagum dengan diri sendiri dan tidak prihatin dengan orang lain. Ini semua boleh menimbulkan kemarahan manusia dan telah pun jelas membuktikan bahawa mereka ini mengidap penyakit.
(Fi Zilal Al Quran: jil 5; hal 2790)
Sekian untuk kali ini...jumpa lagi...so jgn sombong2...buat "sahabat" yg terasa dengan individu sombong tersebut, jgn layan sangat org2 camtu nanti diri sendiri yg sakit jiwa....k
Ahad, Oktober 12, 2008
Sombong
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 ulasan:
Catat Ulasan