zwani.com myspace graphic comments

Khamis, April 30, 2009

Betulkah Imtihan BI dihazafkan????


Hari selasa K.long ke kuliah utk sesi perjumpaan khas wafidat bersama Drh. Penerangan yg Drh berikan agak memuaskan hati walaupun katanya taarif tak payah hafaz dan takkan ada soalan ta'rif semasa syafawi. Penekanan harus diberikan kepada syawahid beserta khilaf ulama balaghah.....Jadual penuh untuk imtihan semua fakulti telah siap di tampal.

Jadual imtihan 4 lughah
17/5 - Al Quran
20/5 - BI

24/5 - Nusus

27/5 - Nahu

31/5 - Adab Islami

3/6 - Fikh Lughah

7/6 - Sorof

10/6 - Balaghah


,,,,,,,,,,Waktu imtihan 9.30pg,,,,,,,,,,,,,

Klong dengar2 imtihan Bahasa Inggeris dihazafkan....kalau betul makin seronoklah adik2 yg bawa madah tu.

P/s: Syukran untuk Huda,Fatin,Mimi,Naza,Nadiyah,Nisa' dan Puteri Zainab(medic) diatas kunjungan ziarah kerumah Klong ...

Isnin, April 27, 2009

Sabtu, April 25, 2009

mari fahami bersama..............

Tajuk:Di sebalik banyak buku yang dibaca...

Mengapa kita sukar memperolehi jawaban yang menenangkan? Atau kita asyik salah membuat kesimpulan? Atau kita terpinga - pinga dan keliru apabila berdepan isu dan persoalan yang melanda di depan mata? Atau paling malang, mengapa kita menyalahkan sesuatu yang sememangnya betul?


Ramai ulama memberikan jawaban bahawa ia sebenarnya berpunca daripada dua faktor yang bertentangan. Pertama, kita tidak atau kurang membaca. Kedua, kita terlalu banyak membaca!


Anda tidak membaca anda jahil. Itu jawaban untuk manusia hari ini. Dunia kini bergerak sepantas ilmu yang dikuasai manusia. Oleh kerana ilmu adalah dengan membaca, anda akan terperuk di belakang dalam kotak jahil jika anda gagal untuk membaca . Anda hanya mengharap jawaban daripada angin yang lalu.

Akhirnya anda hidup tertipu. Ditipu oleh diri sendiri yang buta atau oleh orang lain yang suka mengambil kesempatan memangsakan anda. Pendek kata, tiada yang positif daripada kalimah jahil.

Ubat jahil adalah dengan membaca atau berkawan dengan orang yang membaca. Perhatikan berapa ramai orang yang tidak membaca dan dia pula suka berkawan dengan orang yang juga tidak membaca. Perhatikan juga betapa orang yang membaca tidak gemar berkawan dengan orang yang tidak membaca. Jadi, jika anda ingin berkawan dengan orang alim, anda kenalah juga jadi alim dengan membaca. Jika tidak, anda mungkin hanya boleh mendekatinya tetapi dia tidak pun mendekati anda.


Justeru, anda kekal sebagai murid sampai tua. Jika guru anda itu alim yang baik, anda selamat menumpang ilmunya. Jika dia alim yang jahat, anda tak mungkin selamat. Bagaimana anda yang jahil nak selamat jika anda tak tahu pun dia jahat? Hanya yang berilmu tahu gurunya baik atau tidak.


Itu jika si jahil itu mahu jadi murid. Bagaimana jika dia enggan? Tidakkah hanya orang yang mencintai ilmu sahaja yang suka menjadi murid?


Begitulah kesukaran mengubat kejahilan. Justeru adalah tidak sukar untuk mengatakan bahawa orang yang jahil sentiasa sukar memperolehi jawaban yang benar dalam kehidupan dunianya, apatah untuk akhiratnya.

Tetapi, anda perlulah juga sedar bahawa antara faktor sukarnya memperolehi jawaban yang benar adalah kerana terlalu banyak membaca!

Banyak membaca adalah baik. Tetapi jika anda membaca apa sahaja sedang anda gagal membina asas binaan diri yang kukuh, bacaan anda itu pasti akan memberati anda lalu ia menindih atau menggelincirkan anda sama sekali.

Anda membaca itu dan ini, pandangan itu dan ini, jawaban itu dan ini. Akhirnya kepala anda jadi berat dan bersilang - silang. Anda gagal memilih mana satu pilihan yang tepat. Sebabnya anda tak tahu siapa anda sebenarnya. Anda belum membina diri sendiri sebelum menduduki binaan orang lain.


Apa yang anda baca hari ini?

Ya, Allah berfirman, “Bacalah.” Tetapi tidakkah Dia juga menambah, “Dengan nama tuhanMu.” Ertinya, sebagai seorang muslim, anda perlu membina diri dengan sebagai seorang muslim yang tunduk pada kekuasaan dan keesaaanNya. Jika tidak, anda akan melampaui batas!


Ilmu mencipta keegoan melampau jika ia tidak menundukkan. Anda samada tunduk dan tawadu’ atau jadi sombong takbur kerana banyak membaca. Anda enggan kecuali hanya tunduk pada nafsu sendiri yang merasa tahu dan serba tahu.


Dalam surah yang sama ( al Alaq ), Allah berfirman, “Ketahuilah, sesungguhnya manusia itu pasti melampaui batas tatkala mendapati dirinya cukup!”


Orang alim yang banyak membaca egonya hebat. Dia rasa dia tahu itu dan ini. Soalnya, adakah itu yang Allah mahu daripada arahanNya agar hambaNya membaca? Tidakkan?


Membaca hendaklah dengan nama Allah, keranaNya dan untukNya. Allah berfirman lagi selepas itu, “Sesungguhnya kepada tuhanMulah tempat kembali.” Ubat mengelak takbur adalah menginsafi bahawa kepadaNyalah tempat kembali. KepadaNya kembali segala perkara.

Kebanyakan kita membaca sesuka hati mengikut kehendak dan keseronokan diri. Ini tidak banyak membantu walaupun ia baik.

RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam tidak tahu membaca. Apabila baginda disuruh membaca, baginda membaca dan bacaan awal dan akhirnya adalah al Quran. Baginda kemudian dikurniakan ilmu dan hikmat.


Al Quran penuh ilmu. Malangnya kebanyakan manusia seronok menimba ilmu yang bukan dari al Quran atau bersumberkan al Quran. Dia membaca tetapi dia jauh daripada al Quran. Apakah keyakinannya bahawa dia akan selamat daripada ego nafsunya nanti? Dia mungkin berilmu tetapi ilmunya tidak bermanfaat bahkan merosakkannya.


Al Quran hidup di dada orang berilmu yang bertaqwa. Malangnya kita menjauhi buku - buku karangan ulama yang bertaqwa dan leka pula dengan buku - buku yang penulisnya tiada bukti dan petunjuk taqwa. Kepala dan otak kita dipenuhi pandangan dan jawaban daripada mereka yang kering keinsafan dan kontang rasa takut pada tuhan mereka.


Akhirnya kita gagal memperolehi jawaban yang benar yang menenangkan hati kita yang ingin tunduk pada kebenaran sebagai seorang muslim.


Membina diri hendaklah bermula dengan akidah yang benar. Anda perlu melumati ilmu akidah. Dengannya anda akan rasa tenang sungguh untuk berjalan di bumi ini sebab anda akan memandang secara tepat dan tajam. Anda tidak keliru lagi dengan simpang siur di depan.


Membina diri hendaklah bersumberkan al Quran dan al Sunnah. Anda pula mestilah mendapatkannya melalui jalan yang betul untuk mengenal sesuatu itu adalah benar daripada Allah dan rasulNya. Anda perlu sedar bahawa penafsiran kedua - dua sumber itu dipenuhi kekaburan dan kerumitan kerana jauhnya kita daripada guru pertama iaitu RasuluLlah, juga murid - muridnya yang diredhai tuhan, iaitu para sahabat ridhwanuLlahi alaihim.


Ada talian emas yang menghubungi kita kepada ar Rasul. Ia bersanad dengan kekuatan para ulama muktabar yang lahir sepanjang zaman. Ia sehingga mencipta darjah ‘mutawatir‘ yang kesepakatan antara mereka adalah akidah yang tidak boleh ditinggalkan lagi.


Ia ilmu khas Islam dan tidak mungkin wujud kecuali dalam Islam. Ia ilmu ciptaan sifat amanah dan benar.


Anda perlu memahami betapa sumber ilmu yang anda baca mestilah memakai talian emas ini dan mengambil inspirasi ilmu ini. Jika tidak, kita tidak memperolehi apa - apa kecuali padangan otak manusia yang macam kita juga. Lebih kita hanya pada ilmu. Lebih ilmu hanya pada taqwanya.


Perhatikan, orang menyokong mazhab UMNO yang sekular, kebangsaan dan liberal kerana kekuasaannya, keramaiannya, keduitannya atau mungkin keilmuannya. Jika mereka membaca dan memahami al Quran secara betul, mudah sahaja untuk menolak UMNO dengan kesesatannya. Tetapi, bagaimana mereka menbaca? Atau, adakah mereka membaca?


Perhatikan juga orang yang menyokong aliran yang menghina para sahabat RasuluLlah dan keluarganya. Mereka membaca sejarah tetapi mereka gagal menilai bahawa sejarah memerlukan fakta yang tepat. Sejarah adalah cerita dan sirah. Bayangkan sukarnya kita memfaktakan cerita dan khabar hari ini. Bagaimana dengan cerita dan khabar seribu tahun dulu??


Tetapi dek membaca tanpa panduan yang dimestikan, anda mungkin seronok melihat perayaan Karbala yang penuh cerita batil semata - mata anda ingin menunjuk simpati dengan keluarga Al Rasul. Anda akhirnya menangisi cerita karut sebagaimana anda menangisi filem epik.


Manakan sama antara menangisi filem Hisdustan dan filem Gaza!? Fakta Karbala takkan boleh diadun dengan epik Karbala. Fahami ini jika anda ingin selamat dan diredhaiNya.


Saya nyatakan contoh yang sedikit sedangkan di hadapan kita kesalahan dan kegelinciran yang banyak dek kejahilan dan kecelaruan daripada sumber ilmu yang lemah dan lintang pukang.


Kembalilah membaca al Quran, memahaminya dan dekatilah buku - buku yang muktabar penulisnya dan jernih ilmunya. Kelak kita akan mudah membuat kesimpulan daripada pelbagai jawaban yang dibentangkan di hadapan.


Sumber>>>>>http://nikabduh.wordpress.com

Jumaat, April 24, 2009

info...........

Rabu, April 22, 2009

Syafawi Nahu...12/5/09

Kepada pelajar2 4lughah kuliah banat Kaherah...

Imtihan syafawi balaghah pada 9/5 jam 1.00tgh
Imtihan syafawi nahu adalah pada 12/5/09 jam 1.00tgh.
Imtihan syafawi Al-Quran pada 13/5 jam 1.00tgh...
jadual telah pun di tampal di papan kenyataan.



Terima kasih kepada adik2 siswi 1 kerana menjemput kami serta meraikan birthday Nadhirul dengan kek dan mee tomyam yg sedap....terima kasih juga atas hadiah yg dihulur.........

Mohon maaf berbanyak kepada adik2 bu'uth yg meminta Klong mengajar balaghah...buat masa nie masa terlalu mgcemburui.........juga maaf kepada mereka yg ingin mengupah menjahit baju kurung dan jubah, kerana buat masa terdekat nie klong memang taknak terima tempahan....selesai imtihan InsyaAllah...

Sabtu, April 18, 2009

Raja Puan Muda Perlis memputerakan seorang putera

Raja Puan Muda Perlis , DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah selamat memputerakan seorang Putera pada 12/04/2009 jam 10.13 pagi di Hospital Tuanku Fauziah , Kangar. Berat Putera tersebut ialah 3.4 kg.

Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan semua Kerabat di Raja Negeri Perlis bersyukur ke Hadrat Allah s.w.t dan berterima kasih kepada sekelian rakyat dan sahabat yang telah mendoakan keselamatan Kebawah DYTM Raja Puan Muda dan juga Putera sulung Baginda .

Baginda juga menitahkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di Hospital Tuanku Fauziah. Putera ini adalah anakanda yang ketiga Baginda berdua selepas YAM Sharifah Khatreena Nuraniah 14 tahun yang dilahirkan pada 10 Febuari di Kuala Lumpur dan YAM Sharifah Farah Adriana 8 tahun yang lahir pada 4 Mac 2001 di Zollikerberg , Zurich , Switzerland ketika Baginda berkhidmat sebagai Pengurus Kawasan Syarikat Penerbangan Malaysia disana.

Sumber berita.

Rabu, April 15, 2009

Selamat study.......yang penting adalah usaha....

Yang penting adalah usaha...pastu baru tawakkal............berjaya atau tidak hanya Allah yg berhak menentukan............

Sessi pengajian sem ke2 telah sampai ke pghujungnya....jadual imtihan telah pun dibincangkan dalam kelas ....kini hanya menanti jadual penuh dan rasmi dr pihak kuliah.

Kita telah berada dipertengahan April, makna kata setiap buku sudah 3x diulang baca.....bg yg belum sama2 kita tolong peringatkan............k.

Ahad, April 05, 2009

Apa itu Liban Dakkar?

Satu hari selesai solat di sebuah masjid, bahu Klong di tepuk oleh seorang makcik.Ingatkan pasaipa la...tiba2 makcik tu kata "Ya bint!!batuk kamu ni batuk lama,makcik cadangkan kamu beli liban dakkar di kedai A'tor dan makan tapi ubat tu pahit sikit jadi kamu kena makan dengan madu..makcik pun pernah amalkan makan ubat tu dan Alhamdulilah tak batuk sampai sekarang."

Alhamdulillah Bglong pun dah beli liban tu, dah 2 hari klong try makan..tidur pun dah selesa sikit taklah krong!krong batuk memanjang sangat.Nak bercakap pun tak selesa bila asyik batuk ja kan.pahitnya masyAllah...SubhanAllah...ubat paling pahit pernah k.long makan...rasanya ubat akar kayu dan air gamat pun tak pahit setora ni.Apapun Alhamdulillah dengan izinnya ubat ini meringankan sedikit walaupun baru 2hari try...........

Sudah bertahun2 mengidap batuk.........malah waktu usia 7thn pernah mengidap batuk berdarah,diquarantine 3 bulan tak boleh ke sekolah...macam2 ubat abah Klong beli tapi dengan izin Allah hanya dengan sehelai daun gelembiaq lembu melegakan batuk tersebut...tapi sejak dewasa ni kalau kena batuk memang payah lega.

Dah 3org doktor kata kat Klong "tak mustahil batuk lama kembali bertunas krn dia sudah berada dlm DNA dan tulang kita.."K.long yakin Allah akan menjaga Klong dan mghindari dr terulangnya ......

Posting kali ni nak kongsi pengetahuan pasal ubat Liban Dakkar(getah sejenis tumbuhan) tu sahaja kot2 ada sapa yg kena batuk cam klong jugak.Try la mana tahu ia melegakan anda juga.Klong try juga cr gambar dia dalam buku yg mksudnya dlm BM"merawat melalui herba" tp takdak gambarnya....kalau nk beli minta segenih dah byk dan boleh mkn byk kali.

Selamat mencuba........

Khamis, April 02, 2009

Pajeri Limau


Dah masuk bulan April 2009, erm makna kata imtihan pun dah tak lama.Bulan nie gak birthday kedua2 putera mujahid hati Klong.Nadhirul genap 7thn dan Nabil plak genap 2thn. Bulan depan borang taqdim sekolah Nadhirul cawangan Azhar boleh diisi di murakib.Menurut kawan yg pernah wat urusan anaknya urusan permohonan sama macam urusan taqdim kuliah.Insyaallah mg mudah segalanya..................

Hari tu Aisam ada minta resepi pajeri limau dr Klong...Sebenarnya pajeri limau nie Klong masak sebagai ganti pajeri nenas.Kalau nak tau sedap ka idak kena try la dulu resepi dibawah nie.

Caranya sama ja....
*2biji limau Abu surrah ( saiz agak besar,kupas kulit macam kupas limau bali)
*1peket kecil serbuk kari daging

*3sudu besar kerisik
* 2sudu besar gula
* garam secukup rasa
*air@santan........(k.long tak suka letak santan dalam pajeri coz santan akan mengeluarkan lemak dan minyak yg banyak)
*bawang dan rempah ratus untuk menumis ...


cara masak cam masak gulai biasa....tapi limau tu tak boleh masuk awal coz nanti lembik sangat.Time nak tutup api baru masukkan limau ok...............

k selamat mencuba..........

P/s: Al Fatihah kpd Almarhum guru K.long Ustaz Fauzi Naim yg meninggal awal pg td(waktu Msia)

Rabu, April 01, 2009

Peranan Wanita masa kini...................

Hari nie Klong just taip artikel yg sedia ada sebagai posting baru....Apa2pun semoga mendapat manfaat.

Peranan Wanita masa kini...................

Sebenarnya, usaha dan peranan kaum wanita cukup luas meliputi pelbagai bidang, terutama yang berhubung dengan dirinya sendiri, yang diselaraskan dengan Islam, dalam segi akidah, akhlak dan masalah yang tidak menyimpang dari apa yang sudah digariskan atau ditetapkan oleh Islam.

Wanita Muslimat mempunyai kewajipan untuk memperkuat hubungannya dengan Allah dan menyucikan fikiran serta wataknya dari sisa-sisa pengaruh fikiran Barat.

Harus mengetahui cara menangkis serangan-serangan kebatilan dan syubuhat terhadap Islam.

Harus diketahui dan disedari hal-hal yang melatarbelakanginya, mengapa dia harus menerima separuh dari bahagian yang diterima oleh kaum laki-laki dalam masalah hak waris? Mengapa saksi seorang wanita itu dianggap separuh dari laki-laki? Juga harus memahami hakikatnya, sehingga iman dan Islamnya bersih, tiada keraguan lagi yang menyelimuti benak dan fikirannya.

Dia harus menjalankan secara keseluruhan mengenai akhlak dan perilakunya, sesuai dengan yang dikehendaki oleh Islam. Tidak boleh terpengaruh oleh sikap dan perilaku wanita non-Muslim atau berfahaman Barat. Kerana mereka bebas dari fikiran dan peraturan-peraturan sebagaimana yang ada pada agama Islam. Mereka tidak terikat pada perkara halal dan haram, baik dan buruk.

Ramai diantara kaum wanita yang meniru membuta tuli, misalnya memanjangkan kuku yang menyerupai binatang buas, pakaian mini, jarang, atau setengah telanjang, dan sebagainya. Cara yang demikian itu adalah meniru orang yang jahil akan hal-hal dilarang.

Nabi saw. telah bersabda:

"Janganlah kamu menjadi orang yang tidak mempunyai pendirian dan berkata, 'Aku ikut saja seperti orang-orang itu. Jika mereka baik, aku pun baik; jika mereka jahat, aku pun jadi jahat.' Tetapi teguhkan hatimu dengan keputusan bahawa jika orang-orang melakukan kebaikan, maka aku akan mengerjakannya; dan jika orang-orang melakukan kejahatan, maka aku tidak akan mengerjakan."


Peranan Wanita Dalam Keluarganya

Di dalam Al-Qur'an telah ditetapkan, semua penetapan dan perintah ditujukan kepada kedua pihak, laki-laki dan wanita, kecuali yang khusus bagi salah satu dari keduanya. Maka, kewajipan bagi kaum wanita di dalam keluarganya ialah menjalankan apa yang diwajibkan baginya.

Jika dia sebagai anak, maka apabila kedua orangtuanya atau salah satunya menyimpang dari batas yang telah ditentukan oleh agama, maka dengan cara yang sopan dan bijaksana, dia harus mengajak kedua orangtuanya kembali ke jalan yang baik, yang telah menjadi tujuan agama, disamping tetap menghormati kedua orangtua.

Wajib bagi setiap wanita (para isteri), iaitu membantu suaminya dalam menjalankan perintah agama, mencari rezeki yang halal, menerima dan mensyukuri yang dimilikinya dengan penuh kesabaran, dan sebagainya.

Wajib pula bagi setiap ibu, mengajar anak-anaknya taat kepada Allah, yakni dengan menjauhi larangan-Nya dan menjalankan perintah-Nya, serta taat kepada kedua orangtuanya.

Kewajipan bagi setiap wanita terhadap kawan-kawannya yang seagama, iaitu menganjurkan untuk membersihkan akidah dan tauhidnya dari pengaruh di luar Islam; menjauhi fahaman2 yang bersifat merosak dan menghancurkan sendi-sendi Islam dan akhlak yang luhur, yang diterimanya melalui buku, majalah, filem, dan sebagainya.

Dengan adanya tindakan-tindakan di luar Islam, yang ditimbulkan oleh sebahagian kaum Muslimin terhadap wanita yang kurang bijaksana dan insaf, maka hal inilah yang menyebabkan terpengaruhnya mereka pada peradaban Barat dan fahaman-fahamannya.

Harus diakui, bahawa hak-hak wanita di sebahagian masyarakat Islam belum diberikan secara penuh.

Harus diketahui pula, bahawa suara pertama dari kaum wanita dalam menguatkan dakwah dan risalah Muhammad saw. ialah suara Khadijah binti Khuwailid r.a.Beliau berkata kepada Rasulullah saw:

"Demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakan engkau sama sekali. Sesungguhnya engkau bersilaturrahim, menghubungi keluarga dan mengangkat beban berat, memberi kepada orang yang tidak punyai, menerima dan memberi (menghormati) kepada tamu, serta menolong orang-orang yang menderita."

Orang pertama yang berperanan sebagai syuhada ialah Ummu Amr binti Yasir Ibnu Amar yang bernama Samiah, dia bersama suaminya disiksa, agar mereka keluar dari agama Islam. Tetapi mereka tetap bertahan dan sabar, sehingga dia mati syahid bersama suaminya.

Ketika Rasulullah saw. melintasi mereka, dan melihat mereka dalam keadaan disiksa, lalu Rasulullah saw. berkata kepada mereka, "Sabarlah wahai Al-Yasir, sesungguhnya kita nanti akan bertemu di syurga."

Sumber: Artikel ini merupakan terjermahan dr pandangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi. (sumber dari Majalah "Al-Ummah," no. 66, Februari 1986, hlm. 40-5.)

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você