

ari-hari imtihan semakin hampir, bagaimana persediaan anda?berapa peratus muzakarah kitab yg berjaya dikuasai? Dalam mghitung hari tersebut janganlah pulak kita terlepas pandang tentang sahabat2 kita ..Setiap kita punya kelebihan dan kekurangan...kiranya kita punya kelebihan,maka kongsikan ia bersama sahabat yang lain.kiranya kita punya masa yang berbaki, manfaatkan masa itu dgn meringankan mereka2 yang terdesak.
Mereka yang menghargai ukhuwah sesama mukmin tidak akan membiarkan sahabat yang lain juga merasa kecewa saat mereka sendiri bergembira.Ada manusia yang suka memandang rendah pada manusia yang lain sekiranya mereka sentiasa dikalangan manusia yang berjaya...mengapa kejayaan dan kepandaian mereka itu tidak digunakan untuk membantu?Ada juga manusia yang tinggi ilmunya kerana banyaknya kelas2 tafaqquh yang dihadirinya,
akan tetapi ilmunya tidak dimanfaatkan ke jalan yang sepatutnya.mengapa ini terjadi???jawapannya pada anda yang suka memandang rendah manusia lain...
P/S: selamat datang m.teh, Dzai....pulun jgn tak pulun....
Ahad, April 27, 2008
Assalamualaikum
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Jumaat, April 18, 2008
Nasyid: Sejauhmana relevannya sebagai medium dakwah

Dengan Nama Allah yang Maha pengasih tak pilih kasih, Yang Maha Penyanyang tak pilih sayang...K.Long mulakan taipan hari nie dengan sedikit cerita...dulu k.long minat bidang wartawan sampai pernah isi borang untuk ambik kos tu tapi Alhamdulillah rezeki k.long dalam bidang agama dan masih lagi boleh menulis.Kalau dalam subjek Naqod( subjek kuliah lughah) kritikan ada 2 bahagian,yang pertama zatie dan k2 maudhuie...kritikan yang digunakan dizaman jahiliah terhadap karya2 adalah berbentuk zatie yg mana ia adalh lebih bersifat semulajd atau spontan.Bilamana berkmbgnya Islam kritikan maudhuie digunakan krn berkembangnya ilmu pengetahuan dikalangan ahli sastera dan pengkarya.Kritikan tidak lagi hanya berdasarkan hawa nafsu....tetapi bertujuan untuk memperbaiki kelemahan.
Berdasarkan apa yang K.Long ulas diatas, topik minggu ini yang ingin k.long sentuh adalah berkaitan dengan Nasyid.La nie penyanyi dan kumpulan nasyid tumbuh bagai cendawan slps hujan.Dengan pelbagai konsep irama bernada raggae, blues, hiphop dan rock yang dikatakan kontemporari bagi menarik minat segelintir remaja dan bersesuaian dengan zaman,apakah nasyid boleh lagi berperanan sebagai medium dakwah hanya hanya sekadar hiburan.JIka peranannya sebagai dakwah di malaysia berapa peratus mereka yang terlibat dalam bidang nasyid benar2 berniat kearah itu dan mencari inisiatif terbaik untuk melebarkan jln dakwah melalui nasyid.
Jika nasyid didefiniskan sebagai medium dakwah, maka ia sangat bergantung kepada faktor manusia yang membentuk nasyid itu sendiri. Asykal dan alwan dakwah adalah intepretasi seorang pendaie terhadap apa yang mereka sendiri faham tentang mesej agamanya.
Jika nasyid bermaksud dakwah, maka nilai dakwah itu bukan hanya pada lirik dan lagu, tetapi ia sangat terkesan oleh apa yang ditonjolkan melalui keperibadian penyampainya.
Sama ada nasyid tradisional mahu pun yang kontemporari dengan genre hiphop dan rock, latar belakang dan syakhsiah penasyid akan tetap menjadi sebahagian daripada penilaian masyarakat tentang sejauh mana relevannya dakwaan nasyid itu sebagai medium dakwah.
Apabila nasyid menjinakkan dirinya kepada genre hip hop, rap pop malah rock, apakah perubahan itu hanya membabitkan perubahan genre lagu, atau genre kehidupan penasyid itu sendiri?
Disini ingin K.Long lahirkan ketidakpuasan hati atas sebuah kumpulan nasyid yang pernah menang dalam pertandingan nasyid yang dianjurkan PMRAM dalam PMHK( perayaan menyambut Hari Kemerdekaan)...Kumpulan yang menang tersebut memasukkan elemen rap @hiphop dalam nasyid mereka.....hati k.long bertanya????wajarkah mereka menang jika keaslian dan mutu nasyid yang kita cari?....K.Long pernah terbaca satu artikel yang ditulis oleh pengarah muzik di malaysia mengenai kritikannya terhadap nasyid yang berentak hiphop,dia mempersoalkan kewajaran kumpulan nasyid tersebut membuat persembahan di majlis berbuka puasa.katanya lagi lebih baik panggil kumpulan rap kalau panggil kumpulan nasyid hanya nyanyi nasyid hiphop,yg mereka nak dengar marhaban ka atau nasyid yang dialunkan lebih kerohanian.
Kalau kita tinjau sejarah era Othmaniyyah Turki, malah seawal zaman Saljuk,
Selepas pembukaan kota Istanbul pada tahun 1453, Sultan Muhammad al-Fatih telah membuka pusat rawatan pesakit psikiatri yang dikenali sebagai Bimarhane-i-Ebulfeth Sultan Mehmed. Di Edirne, pusat rawatan pesakit psikiatri telah dibina sebagai sebahagian daripada kompleks Masjid Sultan Bayazid II dan terus digunakan sehingga tahun 1915. Pesakit dirawat dengan menggunakan teknik muzik Turki yang harmoni, di mana pemuzik akan memetik nota tertentu dan reaksi pesakit direkod. Nota-nota muzik yang menerima reaksi pesakit akan digunakan untuk mencipta lagu khas yang diperdengarkan kepada pesakit itu tadi dari semasa ke semasa.
Prof. Dr. Ayhan Songar yang mengkaji hal ini menegaskan bahawa, rawatan dengan menggunakan muzik Barat yang berteraskan kepada matematik yang jumud, tidak dapat menghasilkan kesan sebagaimana seni muzik Turki yang lebih fitrah. Ini menjadi bukti bagaimana, ada alunan muzik yang merawat emosi, dan ada juga yang mengundang penyakit jiwa!
Resolusinya, nasyid mestilah berupaya bertindak sebagai pencorak, dan bukannya tenggelam oleh trend masyarakat yang berubah-ubah dari semasa ke semasa. Lantas nasyid hip hop dan yang seumpama dengannya, mempunyai banyak ruang muhasabah yang perlu difikirkan bersama.
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Selasa, April 15, 2008
Birthday Nadhirul
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Ahad, April 13, 2008
AWAS! Hydroquinone Pembunuh Dalam Produk Kecantikan
Sanggupkah anda menggunakan bahan pembuat RACUN RUMPAI & RACUN KULAT di muka?
Bahan itu ialah Hydroquinone yang terdapat dalam produk kecantikan sebagai bahan
pemutih kulit dan pembasmi pigmentasi serta jeragat!!!
Cara Hydroquinone bertindak :
*Menyebabkan pengelupasan kulit menjadi tipis, sensitif pada cahaya, merah kerana saluran darah di bahagian yang kena hydroquinone mengembang dan salur darah pecah.
*Membuang pigmen dan menghalang proses pembentukan pigmen Melanin (pelindung kulit dan pemberi warna pada kulit) – Ini menyebabkan tompokan putih seperti sopak pada kulit.
Kesan Hydroquinone: 
*Ochronosis – Mulanya kulit jadi radang, merah dan terbakar. Kemudian menjadi berbintil seperti pasir dan berwarna coklat kebiruan. Kulit pijar terbakar dan gatal.
* Kerosakan buah pinggang (nephropathy), kanser darah (leukemia) dan kanser sel hati (hepatocellular adenoma).
Keracunan Hydroquinone:
*Kerap batuk, susah bernafas dan asma, pening kepala, sakit kepala, berpeluh, rasa dahaga, cirit-birit, sakit perut, muntah, tinnitus (bunyi di dalam telinga).
Mengenali Hydroquinone dalam produk kecantikan:
*Berubah warna menjadi perang (coklat). Semakin gelap perang kehitaman apabila kena cahaya dan udara.
RUJUKAN:
http://www.medicinenet.com/script/ main/art.asp? articlekey=64167
http://groups.yahoo.com/group/ farmasi/message/15765
http://www.mediakonsumen.com/ Artikel215.html
P/s: Artikel diatas k.long dapat melalui email yahoo group...bila k.long baca k.long tak pasti kesahihannya lalu k.long cari artikel yang dapat menyokong artikel diatas..maka k.long jumpa artikel yang ditulis oleh Dr Azwan.http://drazwan.blogspot.com/2007/11/hydroquinone-mengapa-diharamkan.html
Assalamualaikum Warahmatullah...
Pada 21 November 2007 yang lepas, keluar berita pembatalan pendaftaran untuk produk Syarikat Sendayu Tinggi iaitu sabun berjenama Cool and Lightening kerana mempunyai sejenis racun yang dipanggil Hydroquinone. Di sini saya sertakan sedikit potongan artikel berkenaan tentang pengharaman tersebut yang disiarkan oleh Utusan Malaysia:-
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Produk kosmetik jenama Cool and Lightening Soap keluaran Sendayu Tinggi Body dan Skincare (M) Sdn. Bhd. adalah antara barangan yang dibatalkan pendaftarannya oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan.
Produk itu dikesan mengandungi racun berjadual hydroquinone yang boleh menyebabkan pigmentasi dan risiko kanser kulit. PBKD dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini memberitahu, bahan itu juga boleh mendatangkan kesan sampingan seperti kemerahan dan perubahan warna kulit selain kulit menjadi terlalu sensitif.
Sebelum daripada peristiwa di atas iaitu pada tahun 2000, Syarikat Nouvelle Beauty Centre juga telah didapati melakukan kesalahan yang sama oleh Kementerian Kesihatan. Dua daripada tiga barangan kosmetik mereka iaitu Night cream dan Peeling cream telah didapati mengandungi bahan beracun hydroquinone.
Apapun ramai selebriti menggunakan hydroquinone. Salah seorang selebriti terkenal di dunia yang dikatakan menggunakan Hydroquinone ialah Michael Jackson.
Sebelum kita pergi lebih jauh, apakata kita mendalami serba ringkas tentang warna kulit.
BAGAIMANA WARNA KULIT TERHASIL?
Secara normal fisiologi, warna kulit berasal daripada melanin yang merupakan pigmen berwana coklat kegelapan. Melanin dihasilkan daripada melanocytes yang terletak di bawah kulit. Selain daripada kulit, ia juga menjadikan rambut berwarna gelap. Cahaya matahari menjadikan lebih banyak melanin dihasilkan di dalam kulit menyebabkan kulit menjadi semakin gelap (tanned) ketika lama berjemur di bawah cahaya matahari.
Melanin sangat penting kepada kulit kerana ia bertindak sebagai pelindung cahaya matahari. Melanin melindungi cahaya Ultraviolet yang merbahaya daripada menembusi lapisan dalam kulit.
APAKAH ITU HYDROQUINONE?
Hydroquinone ualah sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hydroquinone adalah untuk membunuh melanocytes, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.
Di Malaysia terdapat 2 jenis Hydroquinone yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu Hydroquinone 2% dan Hydroquinone 4%. Peratusan (2% atau 4%) adalah merujuk kepada kandungan hydroquinone di dalam persediaan itu. Adakalanya peratusan hydroquinone boleh mencapai sehingga 10%.
Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%.
BAGAIMANA HYDROQUINONE DIGUNAKAN?
Cuma Hydroquinone topikal atau jenis sapu di kulit adalah persediaan yang dibenarkan di Malaysia. Pada kebiasaanya ia disapu pada kulit 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.
Ia tidak boleh digunakan berhampiran mulut atau mata. Ia juga tidak boleh digunakan pada kesan terbakar cahaya matahari (sun burn) ataupun di tempat luka.
Kesan perubahan boleh dilihat di dalam masa 4- 6 minggu. Ketika menggunakan hydroquinone, kulit akan menjadi sensitif dan cahaya matahari hendaklah dielakkan.
Kesan pencerahan hydroquinone bertahan hanya selama 4-6 bulan dan tidak berkekalan. Oleh itu, penggunaan krim haruslah berterusan.
Sekiranya tiada kesan selepas 3 bulan, aplikasi hydroquinone perlu diberhentikan.
MENGAPA HYDROQUINONE BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?
Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone 2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini bermakna hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.
Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya sebelum ia lama kelamaan berkurangan.
Kesan allergi kepada hydroquinone juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic contact dermatitis adalah alahan kulit apabila terkena ubat ini. (lihat gambar sebelah)
Ochronosis adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone. Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam di tempat kulit terdedah kepada bahan itu. Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.
Walaupun tiada data yang lengkap kepada manusia, eksperimen kepada binatang menunjukkan kaitan di antara hydroquinone dengan kanser kulit. Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia. Ini adalah kerana hydroquinone adalah hasil metabolite daripada penguraian benzene, sejenis penyebab kanser.
Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana tidak ada kajian khusus telah dijalankan.
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Rabu, April 09, 2008
AUKU:perlukah pindaan atau dihazaf?

Benarkah akta tersebut menjadikan mahasiswa yang langsung tidak ada percambahan pemikiran?kolot atau sebagainya? Anak muda yang terlalu terkongkong pemikirannya sehingga ingnorant? pensyarah yang serba tidak mampu berkata-kata langsung dan dikunci mulutnya untuk menyatakan demokrasi , Kewujudan satu generasi yang serba ‘bisu’ dan tidak punya idealisme? Benarkah dunia universiti menjadi semakin sembap dan lesu?
Pandangan peribadi k.long, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi maka mahasisiwa juga perlu diberikan hak samarata dalam menyatakan pendapat berhubung semua isu,yang bukan hanya terbatas pada ruang pengajian semata2.Ada pendapat juga menyebut,laman sesawang dan blog diberikan kebebasan untuk menyuarakan pandangan mahasiswa secara bebas..benarkah begitu????apakah mahasiswa yang menulis dengan sebebasnya dijamin tidak akan dikenakan tindakan??tidak juga ingin menafikan memang benar hasil dari pantauan k.long juga hasil tinjauan pembacaan dapt k.long rumuskan peratus mahasiswa yang menguasai pelbagai sudut ilmu hanya sedikit,malah ada juga yang langsung buta sejarah..
Sebagai seorang pelajar apa yang kita baca bukan hanya mencangkupi ruang lingkup muqoror pengajian tapi membaca membolehkan kita
menguasai dan mengetahui perkembangan semasa.Malah k.long merasakan remaja di malaysia lebih berminat kepada unsur hiburan semata2...maka hiburan yang keterlaluan ini tidakkah JUGA perlu dibuat penilaian semula oleh pihak berwajib untuk menjadikan golongan generasi pelapis pembangunan negara ini bukan "penagih Hiburan semata2".
Kesimpulannya sama ada mereka yang mencipta,menggubal dan mereka yang melihat Auku itu sendiri tahu apa motif disebalik penciptaan AUKU...Nilailah semula dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan ...kerana anda lebih memahami...
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Isnin, April 07, 2008
Lakaran Dunia Minda


langkah tanpa maksud
karya spontan: k.long sendiri,
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Jumaat, April 04, 2008
ke Hadiqah Dauliah (taman negara)
Pagi nie kami ke hadiqah dauliah....wat penutup muzakarah berkelompok disitu.Anak2 k.long tinggalkan ngan b.long coz depa masih nyenyak tidur...sekadar bersantai takdak pembentangan ilmiah just modul terjemah bahasa arab dan inggeris...pastu main cantum komik dan last sekali makan2 sambil bergambar....
sebelum kami bersurai k.long sempat suh adik2 bagi ucapan dan muhasabah,alhamdulillah kerana komitmen.semangat,responsif merekalah keluarga hewi kpp mampu dihidupkan...tanpa semangat/ sokongan maka ...perancangan dan program yang dianjurkan takkan berjaya.Sehebat mana pun kita sebagai ketua atau segah manapun program itu sekiranya tanpa kerjasama ahli maka bolehkah sesuatu prgram itu berjaya....tentu tidak kan???/
so dengan tima kasih bebanyak....maaf bebanyak....sekodarnya antara kita.
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Rabu, April 02, 2008
kita adalah apa yang kita fikirkan....pujangga hayat
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
masa itu .........memang berharga
Assalamualaikum semua.....mg dalam peliharaan Allah selalu... hari ini dan kelmarin, arrgh...meman
g takdak masa sungguh nak menaip kat blog nie...tempahan keotew dan karipap jugak banyak kelmarin...lagilah tak sempat mengadap komputer...tapi hari nie K.Long ada kelas so gerakkan semangat melawan sakit dada yang mula datang awai2 pagi lagi... memang pd mulanya abglong tak bagi pi kuliah tu takut jadi apa2 kat sana tapi slps yakinkan dia yang k.long ok untuk hadiri 2 muhazhoroh maka k.long pun berangkatlahhhhhhhhhhhh.....hehe (macamlah kuliah tu jauh sebatu)
Dikelas apa lagi, cari muqarar ler!!!tapi rata2 madah blm ada muqorar coz pensyarah ngajar tak habis lagi...jadual pun dah tetap...k.long mula peksa 18/5 sampai tengah bulan 6....sebulan!!!!!Apa lagi jangan buang masa....buat adik2 semua pulun no jgn tak pulun....ada peluang,kesihatan yang baik maka manfaatkan jgn tunggu di mesir lama2....
ok sekadar corat coret diari harian coz cam k.long taip kat awai tu....so tired......so masa yg terlalu jelous...jumpa lagi....nak pi wat nota!!!!.
p/s: selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat azizah...mg panjang umur,murah rezeki...sodap tomyam kenduri tu...
Dicatat oleh ummi 0 ulasan




