zwani.com myspace graphic comments

Jumaat, April 18, 2008

Nasyid: Sejauhmana relevannya sebagai medium dakwah


Dengan Nama Allah yang Maha pengasih tak pilih kasih, Yang Maha Penyanyang tak pilih sayang...K.Long mulakan taipan hari nie dengan sedikit cerita...dulu k.long minat bidang wartawan sampai pernah isi borang untuk ambik kos tu tapi Alhamdulillah rezeki k.long dalam bidang agama dan masih lagi boleh menulis.Kalau dalam subjek Naqod( subjek kuliah lughah) kritikan ada 2 bahagian,yang pertama zatie dan k2 maudhuie...kritikan yang digunakan dizaman jahiliah terhadap karya2 adalah berbentuk zatie yg mana ia adalh lebih bersifat semulajd atau spontan.Bilamana berkmbgnya Islam kritikan maudhuie digunakan krn berkembangnya ilmu pengetahuan dikalangan ahli sastera dan pengkarya.Kritikan tidak lagi hanya berdasarkan hawa nafsu....tetapi bertujuan untuk memperbaiki kelemahan.

Berdasarkan apa yang K.Long ulas diatas, topik minggu ini yang ingin k.long sentuh adalah berkaitan dengan Nasyid.La nie penyanyi dan kumpulan nasyid tumbuh bagai cendawan slps hujan.Dengan pelbagai konsep irama bernada raggae, blues, hiphop dan rock yang dikatakan kontemporari bagi menarik minat segelintir remaja dan bersesuaian dengan zaman,apakah nasyid boleh lagi berperanan sebagai medium dakwah hanya hanya sekadar hiburan.JIka peranannya sebagai dakwah di malaysia berapa peratus mereka yang terlibat dalam bidang nasyid benar2 berniat kearah itu dan mencari inisiatif terbaik untuk melebarkan jln dakwah melalui nasyid.
Jika nasyid didefiniskan sebagai medium dakwah, maka ia sangat bergantung kepada faktor manusia yang membentuk nasyid itu sendiri. Asykal dan alwan dakwah adalah intepretasi seorang pendaie terhadap apa yang mereka sendiri faham tentang mesej agamanya.

Jika nasyid bermaksud dakwah, maka nilai dakwah itu bukan hanya pada lirik dan lagu, tetapi ia sangat terkesan oleh apa yang ditonjolkan melalui keperibadian penyampainya.

Sama ada nasyid tradisional mahu pun yang kontemporari dengan genre hiphop dan rock, latar belakang dan syakhsiah penasyid akan tetap menjadi sebahagian daripada penilaian masyarakat tentang sejauh mana relevannya dakwaan nasyid itu sebagai medium dakwah.

Apabila nasyid menjinakkan dirinya kepada genre hip hop, rap pop malah rock, apakah perubahan itu hanya membabitkan perubahan genre lagu, atau genre kehidupan penasyid itu sendiri?

Disini ingin K.Long lahirkan ketidakpuasan hati atas sebuah kumpulan nasyid yang pernah menang dalam pertandingan nasyid yang dianjurkan PMRAM dalam PMHK( perayaan menyambut Hari Kemerdekaan)...Kumpulan yang menang tersebut memasukkan elemen rap @hiphop dalam nasyid mereka.....hati k.long bertanya????wajarkah mereka menang jika keaslian dan mutu nasyid yang kita cari?....K.Long pernah terbaca satu artikel yang ditulis oleh pengarah muzik di malaysia mengenai kritikannya terhadap nasyid yang berentak hiphop,dia mempersoalkan kewajaran kumpulan nasyid tersebut membuat persembahan di majlis berbuka puasa.katanya lagi lebih baik panggil kumpulan rap kalau panggil kumpulan nasyid hanya nyanyi nasyid hiphop,yg mereka nak dengar marhaban ka atau nasyid yang dialunkan lebih kerohanian.

Kalau kita tinjau sejarah era Othmaniyyah Turki, malah seawal zaman Saljuk,
Selepas pembukaan kota Istanbul pada tahun 1453, Sultan Muhammad al-Fatih telah membuka pusat rawatan pesakit psikiatri yang dikenali sebagai Bimarhane-i-Ebulfeth Sultan Mehmed. Di Edirne, pusat rawatan pesakit psikiatri telah dibina sebagai sebahagian daripada kompleks Masjid Sultan Bayazid II dan terus digunakan sehingga tahun 1915. Pesakit dirawat dengan menggunakan teknik muzik Turki yang harmoni, di mana pemuzik akan memetik nota tertentu dan reaksi pesakit direkod. Nota-nota muzik yang menerima reaksi pesakit akan digunakan untuk mencipta lagu khas yang diperdengarkan kepada pesakit itu tadi dari semasa ke semasa.

Prof. Dr. Ayhan Songar yang mengkaji hal ini menegaskan bahawa, rawatan dengan menggunakan muzik Barat yang berteraskan kepada matematik yang jumud, tidak dapat menghasilkan kesan sebagaimana seni muzik Turki yang lebih fitrah. Ini menjadi bukti bagaimana, ada alunan muzik yang merawat emosi, dan ada juga yang mengundang penyakit jiwa!

Resolusinya, nasyid mestilah berupaya bertindak sebagai pencorak, dan bukannya tenggelam oleh trend masyarakat yang berubah-ubah dari semasa ke semasa. Lantas nasyid hip hop dan yang seumpama dengannya, mempunyai banyak ruang muhasabah yang perlu difikirkan bersama.

0 ulasan:

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você