
Benarkah akta tersebut menjadikan mahasiswa yang langsung tidak ada percambahan pemikiran?kolot atau sebagainya? Anak muda yang terlalu terkongkong pemikirannya sehingga ingnorant? pensyarah yang serba tidak mampu berkata-kata langsung dan dikunci mulutnya untuk menyatakan demokrasi , Kewujudan satu generasi yang serba ‘bisu’ dan tidak punya idealisme? Benarkah dunia universiti menjadi semakin sembap dan lesu?
Pandangan peribadi k.long, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi maka mahasisiwa juga perlu diberikan hak samarata dalam menyatakan pendapat berhubung semua isu,yang bukan hanya terbatas pada ruang pengajian semata2.Ada pendapat juga menyebut,laman sesawang dan blog diberikan kebebasan untuk menyuarakan pandangan mahasiswa secara bebas..benarkah begitu????apakah mahasiswa yang menulis dengan sebebasnya dijamin tidak akan dikenakan tindakan??tidak juga ingin menafikan memang benar hasil dari pantauan k.long juga hasil tinjauan pembacaan dapt k.long rumuskan peratus mahasiswa yang menguasai pelbagai sudut ilmu hanya sedikit,malah ada juga yang langsung buta sejarah..
Sebagai seorang pelajar apa yang kita baca bukan hanya mencangkupi ruang lingkup muqoror pengajian tapi membaca membolehkan kita
menguasai dan mengetahui perkembangan semasa.Malah k.long merasakan remaja di malaysia lebih berminat kepada unsur hiburan semata2...maka hiburan yang keterlaluan ini tidakkah JUGA perlu dibuat penilaian semula oleh pihak berwajib untuk menjadikan golongan generasi pelapis pembangunan negara ini bukan "penagih Hiburan semata2".
Kesimpulannya sama ada mereka yang mencipta,menggubal dan mereka yang melihat Auku itu sendiri tahu apa motif disebalik penciptaan AUKU...Nilailah semula dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan ...kerana anda lebih memahami...



0 ulasan:
Catat Ulasan