
ewal kedatangan K.long dulu ramai juga kawan2 yg berminat kat pinggan mangkuk melamine nie apatah lagi harganya murah menjadikan mereka berminat untuk membawa pulang.Rasanya rumah pelajar2 kita di Mesir pun ramai yg menggunakan pinggan jenis ini.
Selepas tercetusnya berita mengenai keracunan bayi di China akibat daripada meminum susu yg bercampur melamine, K.long mula mencari maklumat mengenai bahan tersebut.Malah ada saja berita yg K.long baca menyebut bukan saja susu yg tercemar tetapi gula2 ber
asaskan susu,candy,makanan laut,telur dan ntah apa lagi yg tercemar selepas ini.
Kegusaran timbul mungkin krn di sini byk sangat barang2 made in china....dr perkakas dapur,brg plastik,lu'bah kanak2 hatta sotong,udang,ikan malah tidak ketinggalan bawang yg kita beli di suwaiqun (pasar mini ) tertera made in china. Mungkin tidak tercemar tapi nak katanya banyak sangat brg mereka di sini.
Artikel dibawah ini dr sumber blog paramedic.
Melamine dan protein nitrogen (seperti Kjeldahl protein test yang masih digunakan di China, ataupun ujian Dumas protein test), campuran melamine dalam susu ini dapat menyorokkan penipuan pencairan susu: untuk memenuhi standard kandungan protein dalam susu.
Penggunaan melamine dalam makanan telah diharamkan kerana diketahui boleh menyebabkan kegagalan ginjal pada manusia dan haiwan apabila ia bergabung dgn cyanuric acid dalam badan.
Melamine tidak larut dalam air. untuk memastikan ianya larut, melamine mesti dicampurkan dengan formaldehyde atau pelarut organik yang lain sebelum ia boleh larut dalam susu.
Melamine juga pernah digunakan untuk memberikan keputusan palsu dlm pemeriksaan protein, seerti dalam kes panggilan semula (recalls) makanan binatang peliharaan di Amerika dan eropah pada tahun 2007 untuk meneymbunyikan kandungan protein yg rendah pada makanan lembu.
Skandal susu China 2008 ialah satu insiden keselamatan makanan di China yang melibatkan susu dan rumusan bayi yang dicemari melamine. Pada 22 September, dilaporkan hampir 53,000 kes kesakitan, lebih 12,800 hantaran ke hospital, dan empat kematian bayi akibat karang ginjal dan kegagalan renal yang lain.
Pada tahun 2004 di tanah besar China juga pernah berlakunya insiden berbeza yang mana susu kurang bermutu mengakibatkan 13 bayi mati akibat kekurangan khasiat.
Mula-mulanya tertumpu pada Kumpulan Sanlu selaku peneraju pasaran susu bayi, siasatan kerajaan mendapati masalah ini juga terjadi dalam produk-produk keluaran 21 syarikat lain.
Isu ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan makanan dan amalan rasuah di China, bahkan juga menjejaskan reputasi eksport makanan China; sekurang-ku
rangnya 11 negara telah mengharamkan semua pengimportan keluaran tenusu China.
Artikel kedua:
Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang
mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan.
Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk
membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan
ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan
masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan
buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.
Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana
ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic.
Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada
melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE.
Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China
selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk
pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan
bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah
'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas.
Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat
seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.
Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan
dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate.
Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan
salur darah dan buah pinggang.
Baru-baruini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak.
Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di
China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di
Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan
peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah
bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine.
Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.
Khamis, Oktober 30, 2008
MeLaMiNe
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 ulasan:
Catat Ulasan