Mesyuarat Agung KPP dah tak lama...Angah (exco dakwah Hewi) tepon Klong maklum dia dah confirm nak balik 16hb ni....nampak gaya kesian Ju (Ydph) yang akan mghadapi MAT keseorangan.........Takpa Ju!!!nanti exco ikhwah pakat tolong2 jawab soalan sama.
Ermmms....selalu juga Klong bgtau Bglong...tentang sikap sesetengah adik2 ikhwah yg nampak seakan2 memandang rendah pada org2 lama seperti kami.Barangkali kerana pengajian kami yg tersangkut2...barangkali kami yg tak pandai berdegar2 ceramah cam Ustaz Juzaili....barangkali kerana kami tak berharta....atau barangkali kerana kami selalu bercakap tentang hisbah...tapi selalunya orang yg cari pasal adalah org yg pernah buat salah dan pernah kena tegur...sbb itu mereka ni benci sangat kat kami agaknya....
Tak ada manusia dalam dunia ni yg sempurna...Klong sendiri banyak kekurangan...tetapi dengan mghukum org lain dengan macam2,mencabar kesabaran kami...kalian bukan menaikkan semangat..tetapi sikap demikian akan membuatkan kami menjauhkan diri...
Ramai sangat yg suka bercakap itu ini begitu begini tapi habuk pun takdak...tapi kalau sememangnya kita buat sesuatu kerja dan perkara yg baik...jika kita ceritakan biarlah dengan niat supaya org meniru apa yg baik itu..bukan untuk digahkan atau dimegahkan....tak kemana pun kalau megah!riya'dapat dosa.!!.Klong suka bercerita mengenai pengalaman sendiri dan Klong suka org lain bercerita pengalaman ...supaya yg baik kita jadikan teladan..yg buruk jadikan sempadan...Kalau niat kita disalah ertikan taktaulah...Allah selayaknya mghukum....tak gitu wahai adik -----?
Rasanya sudah beberapa kali Klong menangis kerana sikap adik2 Perlis....JIka apa yg kami bawa adalah untuk kebaikan maka jawablah sendiri di hadapan Allah kelak atas apa yg kalian lakukan untuk menyakiti hati kami.
Akhirnya selamat bermuktamar...pilihlah calon pemimpin yg benar2 menepati apa yg ditetapkan oleh Islam.
Kepimpinan dari kacamata Islam merujuk kepada keperibadian dan segenap aspek tindakan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Di antara ciri-ciri kepimpinan yang baik di antaranya ialah:
1. Berilmu pengetahuan. Orang yang berilmu akan ditingkatkan darjat dan tarafnya. Demikian menurut AlQuran. Sudah semestinya seorang pemimpin dalam sebuah organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih terutama aspek-aspek teknikel dan juga pengurusan dalam organisasi.
2. Teras Aqidah yang kukuh. Ini bermakna seorang pemimpin yang mempunyai teras aqidah yang kukuh akan berjaya dalam kepimpinannya kerana pegangan yang tetap dan aqidah yang mantap akan mencorakkan kepimpinan yang tegas dan beretika dalam perwatakan dan prosedur kerja.
4.Benar dalam perkataan dan tindakan. Seseorang yang benar dalam perkataan dan tindakannya menggambarkan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan menepati soal Kepimpinan Melalui Teladan.
7. Bijak dalam menangani masalah. Kisah Nabi Yusuf a.s dalam menangani masalah ekonomi meleset akibat musim kemarau yang berpanjangan melalui perancangan dan pentadbiran yang bijak adalah menjadi rujukan penting bagi sifat-sifat pemimpin yang bijak.
8. Sentiasa menyampaikan pesanan dan perkara-perkara yang hak. Pesanan Rasulullah s.a.w., “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”.
Kesimpulannya, banyak lagi sifat-sifat yang digariskan dalam Islam bagi ciri-ciri kepimpinan yang baik seperti memaafkan, bertanggungjawab, petunjuk akhlak yang baik dan sebagainya. Jelas sekali, dari sifat-sifat di atas perlu dijadikan panduan dan rujukan kepada pemimpin-pemimpin organisasi yang mahukan kepimpinannya berakhlak.



