zwani.com myspace graphic comments

Selasa, Oktober 02, 2007

Antara Dua Kisah

7 Mei 2000 tercetusnya demontrasi dikalangan Mahasiswa Universiti Al-Azhar,Universiti Kaherah dan Universiti Ain Shams dan dilaporkan bilangannya mencecah 20,000 orang.Berslogankan “Allahu Akbar!”, “Suara Azhar akan bangkit!”, “Kami rela mati asal Islam tetap hidup!”, “Dengan darah, dengan nyawa, kami perjuangkan Islam!”, demonstrasi yang terbesar dalam sejarah Mesir ini menjadi tragedi yg tidak pernah dilupakan.Demontrasi itu terjadi apabila BUku kontroversi" pesta rumpai Laut"yang ditulis oleh Haidar BIn Haidar (warga syria) diterbit dan diedarkan oleh Kementerian Kebudayaan dibawah menterinya Farouk Husni.
Antara isi kandungan buku kontraversi tersebut adalah menyamakan Allah dengan kura-kura yang merangkak di padang pasir, menggelarkan Allah sebagai seniman yang gagal, menuduh Rasulullah saw mempunyai 20 orang wanita yang dimiliki secara perkahwinan yang sah, kekasih dan mut‘ah, menuduh isteri para sahabat curang sewaktu mereka keluar berperang dan sebagainya.
Ketua Pengarang akhabar as-Shaab, milik Hizbul ‘Amal, Ibrahim Syukri mempertikaikan kedegilan Farouq Husni untuk meletak jawatan dan beliau menggesa agar kerajaan pimpinan Husni Mubarak memecat menteri itu.
Begitulah sahabat2 seakidah serba sedikit yg dapat k.long simpulkan tentang demontrasi yg berlaku dihadapan mata sendiri.Sungguh yahudi dan nasrani itu tidak akan redho sehingga mereka mencipta pelbagai perkara untuk menyakiti umat Islam. Namun sehingga kini 7thn berlalu tak dapat dipastikan lagi samaada penulis berkenaan sudah mendapat hukuman atau bagaimana kesudahan jalan cerita tersebut. Mungkin anda tahu kesudahannya????
Dan cerita diatas sebenarnya k.long nak kaitkan dengan penangkapan Taslima Nasreen,juga seorang penulis asalnya beragama Islam dan kemudian menjadi atheis, berasal dr Bangladesh yg mana penulisannya sering menyerang Islam dan menyinggung perasaan warga Muslim. berita penangkapan tersebut k.long baca di dalam tranungkite...Dulu masa tingkatan 4, k.long dengar kengkawan bercerita pasal Taslima mengenai isu kenyataanya menyuruh Alquran disemak semula..
Alhamdullillah andai benar berita penangkapan tersebut...Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui tiap sesuatu.Moga mereka yg menghina dan memperlakukan agamamu akan segera mendapat balasan.

0 ulasan:

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você