Banyak peristiwa yang terpahat di dalam lipatan sejarah bulan Zulhijjah telah diabadikan oleh pena sejarah zaman berzaman, antara peristiwa tersebut:
1. Nabi Muhammad s.a.w. membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam.
Di sana Baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita
Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan Baginda
menjadi nabi.
2. Peristiwa Baiah al-Aqabah (perjanjian setia al-Aqabah) pada
tahun ketiga belas selepas pelantikan Baginda menjadi nabi. Ia
disertai oleh 73 orang lelaki dan dua wanita daripada kaum Aus dan khazraj.
3. Peperangan as-Sawiq pada tahun kedua Hijrah, Nabi s.a.w. keluar
mengekori kumpulan Abu Syaban yang menceroboh dan memerangi
penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka
mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan
perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh Baginda.
4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam
dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al Arjak.
5. Kelahiran Ibrahim, putera Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun
kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah al-Qibtiyah.
6. Pada tahun kesepuluh Hijrah, nabi s.a.w. mengerjakan ibadah haji
yang dikenali dengan Hajjatul Wada. Di sana Baginda menyampaikan
amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara
kehidupan di dalam Islam.
7. Abu Bakar as-Siddiq mengerjakan ibadah haji bersama umat Islam
selepas kewafatan Nabi s.a.w. pada tahun 12 Hijrah.
8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah al-Bahiliy menentang
tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.
9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Syaban
menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam
pertempuran Wadi Arabah di Palestin.
10. Pada tahun 23 Hijrah, AmirulMukminin Umar bin al-Khattab
meninggal dunia dibunuh oleh Abu Luluah al-Majusi.
11. Pelantikan Uthman bin Affan sebagai khalifah yang dipilih
sebulat suara oleh sebuah majlis mesyuarat Syura yang ditubuhkan
oleh Umar bin al-Khattab sebelum kematiannya.
12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan
Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.
Selasa, Disember 25, 2007
Peristiwa yang Terpahat dalam Lipatan sejarah Zulhijjah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 ulasan:
Catat Ulasan