zwani.com myspace graphic comments

Rabu, Februari 20, 2008

Kembali Bertugas..........





Alhamdulillah dengan nama Allah yang Maha Penyanyang tak pilih sayang, yang Maha Pengasih tak pilih kasih dapat juga K.Long meneruskan rutin seorang blogger untuk menulis dan menaip...malah sekian lama blog ini sepi dan dipenuhi sawang2 hari ini nikmat ruang dan peluang itu datang semula..erm....maaf kepada mereka yang jengah blog nie tapi takdak yang menarik dan terkini almaklum selesai imtihan hari tu sibuk pindah rumah dan rumah baru ni tak pasang internet....nak ke cc selalu faham2 ajalah kan dengan beranak pinak ni.

Dengan muqaddimah yang panjang,terus k.long terlupa...........apa khabar anda semua????mesti sihat dan sedang mengatur pelbagai adenda untuk diisi dalam semester kedua ini...Muzakarah berkelompok pun dah start banyak minggu dah.Alhamdulillah sebagai Fasi K.long bangga dengan komitmen adik2 akhawat kumpulan K.long.Walaupun K.long suh terjemah keratan akhbar dalam masa yang amat singkat,mereka mampu melaksanakan walaupun satu dua artikel yang susah sedikit bahasanya....kerana menggunakan bahasa arab maulidah(bahasa yang dicipta untuk dimodenkan bahasa tersebut mengikut globasisasi)sedangkan kata pensyarah kuliah Lughah K.long ....."Bahasa Arab tidak perlu dimodenkan mengikut zaman dan perubahan kerana Alquran telah didatangkan dengan contoh bahasa yang paling baik."

hingga jumpa lagi........

p/s: Tahniah kepada ustazah Mulyati dan ustaz Nordin di Kelantan kerana selamat menyambut Kehadiran baby kembar perempuan beberapa hari yang lalu.....MABRUK!!!!






0 ulasan:

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você