
Assalamualaikum....
Alhamdulillah kembali bersua setelah sekian lama tiada sebarang posting.K.Long baru ja habis imtihan, masam manis tercatat dalam versi tersendiri disepanjang waktu untuk mghbiskan imtihan kali ini.Insyaallah mg kejayaan milik semua.
Pelbagai peristiwa juga yg berlaku diserata Dunia tatkala tahun baru 2009 menampakkan dirinya.Serata dunia bermandikan cahaya dentuman bunga api namun di suatu sudut paling menyedihkan kita seperti yg dunia sedia maklum adalah kekejaman Israel laknatullah terhadap rakyat Gaza.Hanya doa yang mampu dihulurkan dr kejauhan ini.
Imtihan kali ini juga menemukan K.long dengan kawan baru warga Mesir bernama "Hind' pelajar thn 2 syariah wal qanun.K.long suka berbual dengan dia krn dia mggunakan bahasa fushah disamping itu dia adalah pekerja sukarelawan mengajar kanak2 dirumah anak2 yatim.
Sedikit sebanyak dapat membantu mengemaskini nahu sorof dalam dialog K.Long jesteru bukan semua arab tahu berbahasa arab fushah...ini dibuktikan dalam kelas K.long sendiri tatkala pensyarah menegur beberapa pelajar Arab.
Ketika mundar mandir mghafaz nota sebelum memasuki dewan peperiksaan mata K.long sempat menangkap ramai kelibat pelajar2 arab memakai tudung seperti pelajar Malaysia...manis dan comel sangat kalau bertudung labuh...lagipun bila musim angin kuat tak payah nak cover teruk2 kan, terselak sana terselak sini.
Bukannya maksud K.long org yg pakai tudung selain tudung labuh tidak menutup aurat...Tidak salah memakai tudung subaji @ tudung bawal asalkan ia boleh dilabuhkan melebihi paras dada,tidak terlalu jarang hingga menampakkan batang leher tatkala disimbahi cahaya.Namun bukankah lebih manis dan sangat come jika kita warga Azhariyah terus mempertahankan tudung labuh sebagai imej.Perumpamaannya begini "JIka buat begini dah baik tapi kalau ditambah begini bukankah ia terlebih baik"
Sekadar pandangan peribadi K.long namun bukan niat mghujum.Pandangan ini terbit tatkala K.long mendengar kawan2 bercerita tentang Malaysia.Kata org kampung mereka :"La ni org ngaji Azhar pun sama ja ngan org ngaji biasa."Dr segi pakaian,tindakan dan amalan...."
Mungkin bg mereka imej itu sesuai bg kita,sama seperti sekolah ada pakaian seragamnya,polis tentera ada seragamnya,artis dengan pakaian glamornya ...Walaupun bukan imej menjadi ukuran namun seperti yg K.Long kata diatas ia nampak lebih manis sebagai gadis muslimah Azhariyah.
JUst untill the next time.................Da!!!
P/s: "SEBAIK2 MANUSIA ADALAH YG PALING BANYAK MEMBUAT KEBAIKAN UNTUK MANUSIA LAINNYA."...
Jesteru itu terima kasih daun keladi kepada Ustaz Nasrul Che Ali (Exco KPP) dan adik2 akhawat Kedah di Villa Mona di atas kesudian menjaga anak2 K.long semasa imtihan yg lps....Allah selayaknya membalas pertolongan kalian....mg Kalian najah dengan cemerlang.
Selasa, Januari 27, 2009
Yang Baik dr Allah Jua
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 ulasan:
Catat Ulasan