zwani.com myspace graphic comments

Isnin, Mac 09, 2009

Mg Hidayah Allah Bersama ....



Kisah buli dan gangsterisme semakin menjadi2 dikalangan para pelajar sekolah.
Senior membuli junior,anak murid serang/pukul guru,guru jual syabu kat pelajar dan pelbagai lg kes yg terjadi malah sampai ada yg sanggup meletakkan video2 buli tersebut di dalam laman youtube.

Kebimbangan merajai hati bilamana memikirkan institusi pendidikan semakin tercemar,sekolah bagai hilang peranannya...Anak2 muda terus hanyut mengikut arus dunia tanpa sempadan.Tanpa teknologi dan pengetahuan mengenainya kita dikatakan ketinggalan zaman akan tetapi bila kecanggihan teknologi di salah gunakan maka teknologi lebih membawa keburukan dr manfaatnya terhadap nilai moral dan akhlak.

Penggunaan telefon bimbit yg mempunyai kamera sepatutnya dilarang keras didalam kwasan sekolah.Seingat K.long Arab Saudi adalah antara negara yg pernah melarang penggunaan telefon bimbit berkamera.Handphone menjadi tempat dating jarak jauh yg semakin melalaikan.Pembaziran kredit jg berlaku akibat bergayut terlalu lama.Apakah mengembalikan hukuman rotan disekolah boleh memperbaiki keadaan...kita tunggu dan lihat hasilnya slps ini?

Pemantauan serta tindakan tegas terhadap kedai2 internet/game perlu dilaksanakan dan digerakkan dgn lebih hebat bilamana mengikut laporan harian Metro terdapatnya kedai2 tersebut yg menyediakan permainan game berunsur lucah terhadap kanak2.

Dari pelajar tahap rendah dan menengah, pastu plak Institusi pengajian tinggi juga turut sama terpalit dengan isu pertunjukkan fesyen dan tarian separuh bogel yang dianjurkan penuntut sebuah kolej kediaman secara terbuka di sebuah universiti baru-baru ini,...........

Sungguh memalukan bilamana generasi yg diharap untuk membangunkan negara hanya mampu membangunkan nafsu mereka.Budaya hidup lepas bebas seakan bermaharajalela dalam golongan ini.Maka benarlah sekiranya kita ingin membetulkan rakyat maka pemimpinnya perlu dibetulkan terlebih dahulu.

Penerapan Budaya Islam perlu bermula dr kecil...penekanan subjek AlQuran dan Agama....mewujudkan suasana sekolah Islamik adalah antara langkah awal yg perlu dititikberatkan.Jangan hnya tahu ...nampak yg Islamik sikit gam,sekolah agama rakyat di anak tirikan,Jurusan agama dikurangkan...dan pelbagai lagi agenda sekatan dalm diam.........

"Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah[789] dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?,: Ibrahim <28

Bukan senang menangani masalah2 sosial dengan hanya mengikut undang2 logik@ sekularisme @liberal@undang2 yg dibawa barat...Kedatangan Nabi SAW adalah rahmat untuk sekalian Alam.Diwahyukan untuk baginda mukjizat AlQuran sebagai panduan untuk kita yg meneruskan wasilah dakwah menegakkan Islam yg tercinta."ISLAM ADALAH PENYELESAIAN lalu jalan terbaik untuk merawat gejala2 buruk ini adalah dengan kaedah Islam.

Sempena Maulidurrasul...perbanyakkan salawat..muhasabah diri...perbetulkan niat...tinggalkan mazmumah....

0 ulasan:

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você