Firman Allah SWT: "...dan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran,kefasikan dan kedurhakaan."(Al-Hujrat ayat 7)
Hati adalah tempat letaknya iman.Jika ia baik maka baiklah seluruh jasad dan tingkah laku.Rasullullah pernah berkata kepada Abdullah bin Masud bahawa hati yg baik@yg dilapangkan dadanya ialah yg dilimpahi nur(cahaya) dalam erti kata lainnya hati mereka yg beriman dan sentiasa taat kepada apa yg di perintahkan serta menjauhi segala yg dilarang....membuat kebaikan, dan sentiasa bersedia untuk mghadapi mati.
Manakala iman ertinya membenarkan dengan hati.Tidak ada penawar terhadap penyakit hati melainkan dengan iman dan mengikut apa yg dibawa oleh Al Quran.
Salah satu rukun iman adalah Percaya@beriman kepada Al Kitab( Al Quran).Maka Allah perintah dalam Quran supaya kita tutup aurat(menutup seluruh anggota tubuh kecuali muka dan tapak tangan),maka sama ada kita bersedia atau tidak.........ia tetap wajib kita laksana.
Tidak timbul isu hipokrit @ tidak....La ni ramai sangat org menggunakan hujjah"Allah tidak melihat pakaian kamu sebaliknya Allah melihat hati2 kamu".@"Saya tak menutup aurat tak mengapa asalkan hati saya baik."@Orang pakai tudung pun bukan semua baik."
Lalu soalnya disini baikkah hati kita setelah kita mengingkari apa yg Allah perintahkan?
Kejahilan yg melata juga menyebabkan ramai wanita tidak memahami konsep menuntut aurat yg sebenar.Ada ka patut mereka faham istilah menutup aurat itu beerti tidak memakai pakaian menjolok mata...tak mengapa tak pakai tudung.Pemahaman itu salah wahai saudari seagamaku!!!!Rupanya masih ramai saudariku seagamaku yg masih samar2 tentang hakikat Islam dan Iman yg sebenar....
Jangan menyangka hati kita telah cukup baik sedangkan hidup kita digelumangi maksiat...semak2lah semula solat kita adakah penuh dengan lopak cela yg belum sempurna?khusu' nya bagaimana?
Ya benar!! Hanya Allah yg tahu hati dan niat kita...tetapi adakah kita berani berkata hati kita cukup mulia kerana telah sembahyang...telah bersedekah sedangkan kita terlupa kita mengambil separuh dan meninggalkan separuh yg lain...
Wahai saudari seagama!!! Usahlah pandai berkata beriman tetapi menolak apa yg Allah perintahkan..renung2kanlah..................
Rujukan Klong:
Tafsir Al Quran
Kitab Al Qalb karangan Ustaz Ahmad I'zzuddin Bayanuni
Hadis Arbain
Rabu, Ogos 19, 2009
Hati yang baik adalah........yg mengikut perintah Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 ulasan:
Catat Ulasan