Salam 10 Ramadhan yg terakhir....cepatnya dia akan meninggalkan kita....Wahai Ramadhan bertemukah lagi kita nanti?Walau apapun doaku moga kita bersua.....InsyaAllah.
Masih banyak yg perlu diisi dalam hati...masih terlalu banyak ilmu yg perlu digali....Ya Allah kau tetapkanlah hati kami...janganlah kau palingkan sesudah engkau beri hidayah...aminnnnnnnnn.
Jangan lupa tunaikan zakat fitrah tahun nie LE 10genih....Juga jangan pula membazir dalam berbelanja tak kira bulan puasa atau hari2 biasa...
Ibnu Alqayum Al-Jauziah mengatakan terdapat sambilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia antaranya :
- Pembaziran ilmu pengetahuan : iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan
- Pembaziran amalan : iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
- Pembaziran kekayaan : iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah s.w.t.
- Pembaziran hati : iaitu membazir jika kosong dari kasih kepada Allah s.w.t.
- Pembaziran tubuh badan : iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.
- Pembaziran cinta : iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya .
- Pembaziran masa : iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya .
- Pembaziran akal: iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama .
- Pembaziran zikir : iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati .
P/S: Mabruk untuk Fidah dan Ameq kerana menimang cahayamata ke2...ANIS MUSFIRAH...mesti atirah seronok dapat adik!Bertambah lagi cucu perempuan dlm keluarga Pak Ramli...



0 ulasan:
Catat Ulasan