zwani.com myspace graphic comments

Jumaat, Februari 12, 2010

Permasalahan Ibu Ketika Hamil

Sekarang ramai sahabat2 dan adik2 yg pregnant...termasuklak adik K.long sendiri dan kak ipaq...Jijah,Siti Anisah(Raisah PMRAM), zaujah Fairuz, Nab, Yah dan Kakngah kelantan serta beberapa org lagi. So terdetik nak taip risalah mengenai kehamilan dalam posting kali nih.Apapun setiap masalah wanita hamil tak sama dgn wanita yg lain....ada yg teruk ada yg biasa ja...mengikut potensi dan situasi badan masing2. Risalah ni Klong dapat dr K.Mon Pahang pada tahun 2001 waktu mula hamil kat Nadhirul.


PENYAKIT, GEJALA DAN BAGAIMANA MENGATASINYA

1/ Gusi berdarah: Berlaku dari peringkat pertama - akhir kehamilan. Gusi menjadi lembut dan mudah luka. Ia mudah radang menyebabkan plak terkumpul di bahgian dasar gigi. Dgn Ini ibu hamil mudah mendapat penyakit gusi dan gigi berbau.
Gejala: gusi berdarah terutama slp berus gg.
Cara mengatasi: Floss (bersih mggunakan benang) dan berus gg slps makn.
Dapatkn rawatan dr doktr gg.

2/ Sembelit : Hormon progesterone ketika hamil merehatkan otot2 di bahagian usu dan menyebabkan proses pergerakan isi perut lambat.
Gejala: Sukar membuang air besar
Cara mengatasi: Mengambil makanan berserabut tinggi dan minum byk air.
Jgn melambatkan masa ketika berasa hendak buang
Mengambil pil zat besi dr doktor

3/ Sukar tidur :Sepanjg kehamilan anda kan berasa tidak selesa pd bahagian perut. Ia disebabkan oleh pergerakan bayi yg aktif, kerap ke tandas dan saiz perut yg makin besar menyebbkan anda tidak selesa berbaring di katil.
Gejala: Mghadapi masalah hendak tidur dan sukar tidur semula selepas terjaga.
Cara mengatsi: *membaca, melakukan senaman ringkas atau mandi air panas sebelum tidur.
*mggunakan bantal tambahan.Jika anda tidur mengiring, letakkan bantal bawah perut anda.

4/ Keputihan : Anda mungkin mndapati pertambahan jumlah mukus yg dikeluarkan yg disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil.
Gejala : terdapat pertambahan pengeluaran lendir jernih atau yg berwarna putih tanpa luka atau sakit.
Cara mengatasi: Elakkan penggunaan deodorant vagina atau sabun pewangi
Gunakan tuala wanita yg nipis

5/ Vena Varikos : Wanita hamil mudah mengalaminya di peringkat akhir kehamilan. Pertambahan berat bdan atau pernah dialami keluarga yg lain. Berdiri terlalu lama atau duduk bersilang kaki akan menambahkan masalah.
Gejala : Sakit urat kaki, betis dan peha membgkak.
Cara atasi: Berehat dgn meletakkan kaki keatas.
Alas kaki dgn bantal ketika baring.
Lakukan senaman kaki.

6/Pitam : Ia disebabkan tekanan darah yg rendah ketika hamil
Gejala: Berasa pening dan tidak stabil
perlu banyak duduk dan baring.
Cara atasi: Jgn berdiri tegak utk jangka masa yg lama.
Bangun perlahan2 slps duduk @ baring. Mengiring kesebelah sisi sblm anda bangun dr katil.

7/ Kerap buang air : Ia disebabkan oleh pembesaran rahim yg mnenekan pundi2 kencing. Masalah ini akan berkurangan pd peringkat petengahan dan kembali semula di akhir kehamilan.
Cara atasi: Jika anda mendapati perlu bangun lebih kerap pd wak2 malam, kurangkan minum pd wak2 petang.

8/ Morning sickness : Satu dr tanda2 awal hamil yg dialami pd bila2 masa. Loya2 akan berkurangan slps kandungan berusia 12 minggu, tetapi ada yg berlarutan sampai akhir kehamilan.
Gejala: Berasa loya dan muntah apabila terbau makanan, asap rokok, dan selalu dialami pd waktu pg.
Cara atasi: Ambil sedikit makanan seperti biskut kering atau hidu hirisan limau utk mghilangkan rasa loya.

9/keletihan : Ia disbbkan oleh petambahan aktiviti dalam badan.
gejala: Berasa lesu, mahu tidur pd waktu siang, memerlukan tidur yg lama pd waktu malam.
Cara atasi: Berehat sebanyak yg boleh dan berlatih melakukan senaman ringkas.Tidur awal.

10/ Buasir : Tekanan drpd kepala bayi menyebabkan urat bengkanb disekeliling dubur. Meneran ketika membuang air akan menyebabkan masalah bertambah teruk.Buasir yg tidak teruk selalunya akan hilang sendirinya slps bayi dilahirkan
Gejala: Gatal2, sakit dan mudah berasa perit atau berlaku pendarahan ketika buang air besar.
Cara atasi: Cuba jgn berdiri terlalu lama
Meletakkan pek ais dibahagian gatal.

11/ Stretch Marks : ia muncul apabila kulit perut merekah ketika saiz bertambah besar. Tanda ini jarang hilang semuanya. tetapi ia kan menjadi pudar menjd jakur halus berwarna coklat.
Cara atasi: Elakkan pertambahan berat badan mendadak
Sapu pelembab atau minyak zaitun supaya ia lembut dan sejuk. walaubagaimanapun krim atau ubat tidak mencegah atau mghilangkan kesan strech marks tersebut.

12/ sesak nafas : Diperingkat akhir, janin yg semakin membesar menekan bahagian diafragma, menyebabkan pernafasan tehalang. sesak nafas juga disebbkan anaemia.

13/kejang : ia mungkin disebabkan oleh kekurangan kalsium.
Gejala: Sakit pd otot2 mengalami pengucupan, dibahagian betis dan kaki. selalunya pd waktu malam.
Cara atsi: Urut bahagian betis dan kaki.

14/ pedih hati : Injap yg menyalur ke bahgian perut berehat ketika hamil disbbkan olh perubahan hormon. oleh itu asid perut keluar balik ke esofagus
Gejala: sakit seperti terbakar dibahagian dada
Cara atsi: Elakkan pengambilan makanan yg banyak,pedas atau berminyak.Pada wak2 malam cuba minum susu suam dan tinggikan kepala mggunakan bantal tambahan ketika tidur.

15/ Edema : Bengkak adalah normal ketika hamil krn badan menampung cecair tambahan.
Gejala: Bengkak pd buku lali terutama pda cuaca panas.



 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você