zwani.com myspace graphic comments

Khamis, Februari 25, 2010

Salam Maulidur Rasul..

Assalamualaikum..

في الثانى عشر من شهر ربيع الاول الموافق 571م من عام الفيل ولد نبينا محمد صلى عليه وسلم الرحمة والهداية للناس اجمعين, ولا شك انكم تحبون نبيكم حبا جما وتحاولون ترحمة هذا الحب الى واقع عملى محسوس تجدون حلاوته فى قلوبكم,بحيث يكون الله ورسوله احب اليكم من الناس اجمعين.

وهذا ما اخبرنابه الرسول فى حديثه الذى يقول فيه: "ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الايمان, ان يكون الله ورسوله احب اليه مما سواهما,وان يحب المرء لا يحبه الا الله, وان يكره ان يعود فى الكفر كما يكره ان يقذف فى النار" (متفق عليه)

ازرعوا حلاوة الايمان فى قلوبكم بحب ربكم ونبيكم والله يرعاكم.


Messenger Mohammad peace be upon him was born on the first of Rabiulawal in the year of Elephant. What can we hold more than grreat love and passion for Mohammad the Messenger of Mercy and guindance who was sent by Allah to guide all people!

Actually we always need to express our deep feelings towards the Mesenger of Rahmah through deeds which will reflect, as a result, the sweetness of imam deeply inside our hearts.

This mening was told by Messenger Muhammad peace be upon him when he said :" three things which whoever has them within him will find because of them the sweetness if iman,for whomever Allah and his Messenger are more beloved than any other them, and whoever loves a man only loving him for the sake of Allah, and whoever dislike returning to kufr after Allah had rescued him from it as much as he would dislike being cast into the fire."

So let's grow the love for Allah and His Messenger more and more in our hearts to harvest the sweetness of iman.

Isnin, Februari 22, 2010

Semester 2..

Alhamdulillah setelah beberapa hari cuaca agak panas, hari nie dah sejuk kembali...angin pun makin kuat...pokok buah tut di belakang rumah pun dah kembali bertunas.

Pagi tadi waktu sedang mengunting rambut Bglong telepon K.long berdering,heran jugak sapa la tepon pagi2 nie..tapi bila tgk screen terpampang nama Fida...terus terfikir pasal kuliah.

"Assalamualaikum Akak! sihat ka?"tanya Fida.
"Waalaikumussalam...cam biasa....ya Fida apa citer?"jawab K.long.

"Kuliah dah buka hari ni,jadual dah ada,...akak bawa satu madah kan semester nih?madah apa?"
Bila Klong jawab :"nusus".....
Terus Fida kata :"kelas akak hari ahad sahaja...Doktorah Thuraya dan Doktoroh Firdaus ngajar nusus..."

Balas Klong:"Oh ya ka!terima kasih la tlg tengokkan...

Tambah Fida lagi:"Akak ada nota lama2 bg madah fiqh lughah tak?kalau ada Fida nak...ok akak nanti kita jumpa kat kuliah ya..saja ja tepon tanya khabar akak..."


Cepat juga semester 2 menjelma..rasa cam baru habis imtihan..Dalam paper hari tu pun ada sebut cuti semester 1 hanya 15hari...Terima kasih Fida dan Reni krn masih setia menjadi peneman dalam menongkah kepayahan mghabiskan saki baki ...................#@!$%

P/s: Tgh tunggu kiriman tudung (fesyen org Malaysia) dr adik Klong, nak bg hadiah kat Doktorah kat kuliah.....

Ahad, Februari 14, 2010

Perkembangan Ibu dan janin

Assalamualaikum...

Masih lagi tentang ibu2 hamil....Moga perkongsian risalah yg k.long scan ni boleh menambahkan pengetahuan bersama.

Risalah pertama berbahasa arab...Dalam tu cerita mengenai peringkat kehamilan minggu kelima/ke6>>>janin belum terbentuk hanya gumpalan darah....saiznya sebesar biji epal.
Minggu ke7 ia sudah kelitan sebesar biji anggur...
Minggu ke8 gumpalan tersebut sudah menjadi janin.Dan anggota telah kelihatan...saiznya sebesar buah strawberi....
sekadar ringkasan....selamat bergelar ibu....


Klik pd gambar untuk besarkan!










Jumaat, Februari 12, 2010

Permasalahan Ibu Ketika Hamil

Sekarang ramai sahabat2 dan adik2 yg pregnant...termasuklak adik K.long sendiri dan kak ipaq...Jijah,Siti Anisah(Raisah PMRAM), zaujah Fairuz, Nab, Yah dan Kakngah kelantan serta beberapa org lagi. So terdetik nak taip risalah mengenai kehamilan dalam posting kali nih.Apapun setiap masalah wanita hamil tak sama dgn wanita yg lain....ada yg teruk ada yg biasa ja...mengikut potensi dan situasi badan masing2. Risalah ni Klong dapat dr K.Mon Pahang pada tahun 2001 waktu mula hamil kat Nadhirul.


PENYAKIT, GEJALA DAN BAGAIMANA MENGATASINYA

1/ Gusi berdarah: Berlaku dari peringkat pertama - akhir kehamilan. Gusi menjadi lembut dan mudah luka. Ia mudah radang menyebabkan plak terkumpul di bahgian dasar gigi. Dgn Ini ibu hamil mudah mendapat penyakit gusi dan gigi berbau.
Gejala: gusi berdarah terutama slp berus gg.
Cara mengatasi: Floss (bersih mggunakan benang) dan berus gg slps makn.
Dapatkn rawatan dr doktr gg.

2/ Sembelit : Hormon progesterone ketika hamil merehatkan otot2 di bahagian usu dan menyebabkan proses pergerakan isi perut lambat.
Gejala: Sukar membuang air besar
Cara mengatasi: Mengambil makanan berserabut tinggi dan minum byk air.
Jgn melambatkan masa ketika berasa hendak buang
Mengambil pil zat besi dr doktor

3/ Sukar tidur :Sepanjg kehamilan anda kan berasa tidak selesa pd bahagian perut. Ia disebabkan oleh pergerakan bayi yg aktif, kerap ke tandas dan saiz perut yg makin besar menyebbkan anda tidak selesa berbaring di katil.
Gejala: Mghadapi masalah hendak tidur dan sukar tidur semula selepas terjaga.
Cara mengatsi: *membaca, melakukan senaman ringkas atau mandi air panas sebelum tidur.
*mggunakan bantal tambahan.Jika anda tidur mengiring, letakkan bantal bawah perut anda.

4/ Keputihan : Anda mungkin mndapati pertambahan jumlah mukus yg dikeluarkan yg disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil.
Gejala : terdapat pertambahan pengeluaran lendir jernih atau yg berwarna putih tanpa luka atau sakit.
Cara mengatasi: Elakkan penggunaan deodorant vagina atau sabun pewangi
Gunakan tuala wanita yg nipis

5/ Vena Varikos : Wanita hamil mudah mengalaminya di peringkat akhir kehamilan. Pertambahan berat bdan atau pernah dialami keluarga yg lain. Berdiri terlalu lama atau duduk bersilang kaki akan menambahkan masalah.
Gejala : Sakit urat kaki, betis dan peha membgkak.
Cara atasi: Berehat dgn meletakkan kaki keatas.
Alas kaki dgn bantal ketika baring.
Lakukan senaman kaki.

6/Pitam : Ia disebabkan tekanan darah yg rendah ketika hamil
Gejala: Berasa pening dan tidak stabil
perlu banyak duduk dan baring.
Cara atasi: Jgn berdiri tegak utk jangka masa yg lama.
Bangun perlahan2 slps duduk @ baring. Mengiring kesebelah sisi sblm anda bangun dr katil.

7/ Kerap buang air : Ia disebabkan oleh pembesaran rahim yg mnenekan pundi2 kencing. Masalah ini akan berkurangan pd peringkat petengahan dan kembali semula di akhir kehamilan.
Cara atasi: Jika anda mendapati perlu bangun lebih kerap pd wak2 malam, kurangkan minum pd wak2 petang.

8/ Morning sickness : Satu dr tanda2 awal hamil yg dialami pd bila2 masa. Loya2 akan berkurangan slps kandungan berusia 12 minggu, tetapi ada yg berlarutan sampai akhir kehamilan.
Gejala: Berasa loya dan muntah apabila terbau makanan, asap rokok, dan selalu dialami pd waktu pg.
Cara atasi: Ambil sedikit makanan seperti biskut kering atau hidu hirisan limau utk mghilangkan rasa loya.

9/keletihan : Ia disbbkan oleh petambahan aktiviti dalam badan.
gejala: Berasa lesu, mahu tidur pd waktu siang, memerlukan tidur yg lama pd waktu malam.
Cara atasi: Berehat sebanyak yg boleh dan berlatih melakukan senaman ringkas.Tidur awal.

10/ Buasir : Tekanan drpd kepala bayi menyebabkan urat bengkanb disekeliling dubur. Meneran ketika membuang air akan menyebabkan masalah bertambah teruk.Buasir yg tidak teruk selalunya akan hilang sendirinya slps bayi dilahirkan
Gejala: Gatal2, sakit dan mudah berasa perit atau berlaku pendarahan ketika buang air besar.
Cara atasi: Cuba jgn berdiri terlalu lama
Meletakkan pek ais dibahagian gatal.

11/ Stretch Marks : ia muncul apabila kulit perut merekah ketika saiz bertambah besar. Tanda ini jarang hilang semuanya. tetapi ia kan menjadi pudar menjd jakur halus berwarna coklat.
Cara atasi: Elakkan pertambahan berat badan mendadak
Sapu pelembab atau minyak zaitun supaya ia lembut dan sejuk. walaubagaimanapun krim atau ubat tidak mencegah atau mghilangkan kesan strech marks tersebut.

12/ sesak nafas : Diperingkat akhir, janin yg semakin membesar menekan bahagian diafragma, menyebabkan pernafasan tehalang. sesak nafas juga disebbkan anaemia.

13/kejang : ia mungkin disebabkan oleh kekurangan kalsium.
Gejala: Sakit pd otot2 mengalami pengucupan, dibahagian betis dan kaki. selalunya pd waktu malam.
Cara atsi: Urut bahagian betis dan kaki.

14/ pedih hati : Injap yg menyalur ke bahgian perut berehat ketika hamil disbbkan olh perubahan hormon. oleh itu asid perut keluar balik ke esofagus
Gejala: sakit seperti terbakar dibahagian dada
Cara atsi: Elakkan pengambilan makanan yg banyak,pedas atau berminyak.Pada wak2 malam cuba minum susu suam dan tinggikan kepala mggunakan bantal tambahan ketika tidur.

15/ Edema : Bengkak adalah normal ketika hamil krn badan menampung cecair tambahan.
Gejala: Bengkak pd buku lali terutama pda cuaca panas.



Rabu, Februari 10, 2010

Say No & Never...........................To..........

Jumaat, Februari 05, 2010

Berkongsi

Sementara menunggu subuh pagi td, Klong ambik kesempatan membaca buku sejarah khilafah Islamiyah dan satu buku lagi kitab Nahu..Kalau dalam madah Tarikh Adab thn 4 yg K.long imtihan baru nie hanya menyentuh mengenai Sultan Muhammad Ali (pemerintah Mesir) dari aspek sumbangannya kepada dunia sastera dan pendidikan Mesir sahaja...tetapi dalam buku yg K.long baca tadi mengupas secara detail siapakah beliau....beliau juga org yg bertanggungjawab menolong Perancis menawan Beirut pada tahun 1834....ermmm...................

Pada tahun1866 pulak, org2 Amerika menubuhkn Kolej Protestant yg dikenali sekarang dgn nama American University of Beirut. Inilah Univesiti yg dianggap paling dahsyat pengaruhnya dan menakutkan, krn melancarkn kempen agresif untuk menentang pemikiran Islam dan umat Islam, berjaya menanamkn kesetiaan belia Islam terhadap pemikiran kufur.Kesimpulannya: Markaz Beirut telah berjaya menundukkan umat Islam dr segi>>>
1/ Akidah Islam
2/ Pemikiran Islam
3/ Berjaya mendorong umt Islam menerima pemikiran, idea dan budaya barat.

Dan sekalipun selepas berakhirnya zaman penjajahan keatas negara2 Islam, mereka berjaya meninggalkan impak dr kesan jajahan tersebut hingga ke hari ini.....kalau tak percaya lihatlah di sekeliling anda.....

Topik ke2 hari ini>>>mungkin ramai yg dah baca berita dalam Web Pmram yg meminta siswa sisiwi berhati2 membeli makanan diluar...ekoran dr peristiwa ada pelajar yg keracunan....Memang nak beli makanan kat kedai warga tempatan kena lebih berhati2 coz sejak akhir2 nie, kementerian pertanian mengeluarkan kenyataan dalam akhbar... banyak sangat makanan pasad yg dijual oleh mereka2 yg tidak bertanggungjawab...Dr kes daging ....sayuran yg disembur dgn racun yg tidak dibenarkan....ikan yg mengandungi cacing....gibnah dan tohimah yg dah lama expired....semua itu terlepas keluar ke pasaran....wah manusia!!!rezeki bagaimana yg mereka cari hasil dr penipuan?

P/s: Dah ke tapak pameran/jualan kitab?

Khamis, Februari 04, 2010

Allah yg menentukan

Tadi waktu bersarapan macam2 perkara terlintas dalam kepala Klong untuk dijadikan topik bg posting kali nih tapi sekarang bila dah depan komputer semuanya hilang...mata nih dah habis bertongkat, ngantuk sangat! belum tido sejak kelmarin....

Selain tempahan yg mencurah2 Alhamdulillah, Klong dok sibuk memunggah kitab2 untuk dikargokan..congak sana congak sini..wah banyak juga kitab yg nak kena kargo termasuk barang2.
Nadhirul pulak dah sibuk bertanya,"ummi!! kita nak balik Mesia dah ka?"Ummi kata pas habis peksa>>"banyak sunguh soalan ...
Jawab K.long"7bulan lagi...sekarang ummi ngan baba sibuk niaga untuk kumpul duit tiket..."termenung panjang Nadhirul bila Klong jawab camtu.

"Nanti kita mai balik tak kat Mesit ni Ummi?"tanya nya.

"Mesit bukan tempat kita, kita hanya singgah...Malaysia tempat kita....bla bla bla"penjelasan K.long yg panjang lebar membuatkan Nadhirul tidak lagi bertanya...

Alhamdulillah.........

Wahai masa cepatlah berlalu...wahai detik minit dan saat cepatkan lah langkahmu....

Imam As Syafie pernah menukilkan:

ان الله عبادا فطنا طلقوا الدنيا وخافوا الفتنا
نظروا فيها فلما علموا انها ليست لحى وطنا
جعلواها لجة واتخذوا صالح الاعمال فيها سفنا


Maksud nya:

"Sesungguhnya terdapat sebahagian daripada hamba Allah yg pandai; mereka menceraikan dunia dan mereka takut akan fitnah dunia.
Mereka melihat dunia, setelah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya dunia itu bukanlah tempat tinggal yg kekal bg mereka yg hidup.
Lantas mereka menjadikan dunia sebagai ombak, dan mereka mengambil amalan2 soleh sebagai kapal (untuk bekalan menuju akhirat)."

Jumaat, Januari 29, 2010

Pagi jumaat yg barakah

Dasat betoi kalau tiap2 kali Mesir menang bola, cam semalam Mesir vs Algeria...mahu runtuh rumah dibuatnya dek gegaran mercun,paluan gendang yg begitu kuat...hon2 kereta yg membingitkan telinga ditambah lagi jalanraya kat Abbas nie penuh org bersesak2,melompat, menyanyi dan menjerit Masr!Masr!Ahad nie Final pula..kalau menang lagi dasat la gamaknya.

Jalan yg sememangnya zahmah tiba2 sunyi sepi hatta sebiji bas pun payah nak lalu wak2 perlawanan sedang berlangsung...takjub betoi ngan semangat bola org Mesir nih!!!

Klong taklah berapa suka ngan muntaqob watani Mesir nie coz selalu tengok kenyataan media depa yg "arrogant" melampau.

Ok tinggalkan bab bola Mesir.............

Hari nie jumaat penghulu segala hari....Nadhirul dah pun keluar ikut Bglong pi solat Jumaat, Nabil baru saja tidoq pas teriyak semalaman takut ngan bunyi mercun...izan sambil duk masak tghari K.long ambik peluang menaip posting, berlari sekejap kesana berlari kesini....kalau tak buat macam tu sampai bila pun, yg nu takdan yg ni takdan. Kerana nanti bila dah berkerjaya tentu lebih susah kalau dr sekarang tak pandai bahagi masa apatah lagi kalau anak semakin ramai.

Nadhirul dah boleh membaca AlQuran walaupun air lagunya kurang....sebelum nie dah pun boleh mghafal ayat2 lazim sampai surah Al Mulk, tapi kena perangat dia tiap2 malam.kalau tak !rajin nak terlupa.Dah boleh buat kira2 ijmak,idroh, termasuk sifir...Alhamdulillah kalau minta dia buat kira2 sampai sifir 12 pun dah boleh...buku bahasa melayu pun dah boleh baca walaupun tak lancar sangat.."Ya Allah mg anak2ku ini menjadi mujahid agamamu, yg soleh, yg beramal dgn ilmu yg di pelajari bukannya ilmu yg letak kat celah gigi lantas tindakkannya hanya "matlamat mghalalkan cara...."

Rindu Malaysia lagi....masih terngiang2 kata2 abah dalam tepon baru2 nie>>>'Setiap malam abah bangun qiamullail,bangun semayang minta kat Allah supaya anak abah,menantu dan cucu2 abah disana berjaya thn nie, dimurahkan rezeki yg bertimba2, dikurniakan kesihatan yg baik..............."Amennnnnnnnnnnn

Khamis, Januari 28, 2010

5 Perkara

kata-kata hikmah Sufian Bin Uyainah:

1. Dua perkara susah sekali untk diubati adalah meninggalkan perasaan tamak terhadap manusia lain dan mengikhlaskan amal untuk Allah.

2. Siapa yang ditambahkan akalnya kuranglah rezekinya.

3.Zuhud di dunia itu ialah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati.

4.Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka dia akan membari mudarat padamu.

5.Tidak dianggap orang yang meuntut ilmu sebagai orang yang berakal hingga dia melihat dirinya hina dari sekelian manusia.

Selasa, Januari 26, 2010

Selepas imtihan...cerita lain pula

Alhamdulillah atas segala limpah dan kurnianya...Hari2 yg dilalui penuh makna....hari2 itu penuh ceria...

Selesai sudah imtihan Klong....tapi bg adik2 yg mustajidah masih dalam suasana imtihan,minggu depan baru habis....Bila dah hbs imtihan macam2 projek bisness dlm kepala...nak wat tu nak wat ni! Hari tu ada Bglong sebut" mampu tak nk wat koetew sehari 40kg untuk hotel"...kalau seminggu 40kg boleh la tapi tiap2 hari ,rasa rumah akan jd gudang tepung,makinah tu akan honggaq sana sini,@ kitaorg yg pengsan....ermmmmm.

Sekarang masa untuk diri sendiri dan keluarga....ceriakan diri coz memang time la takleh ada tekanan atau stress....Stress hanya akan memburukkan lg keadaan kesihatan Klong...Terkejut juga bila tahu penyakit nie boleh melarat kpd kanser jika Klong tak jaga makan @ tekanan.Hatta nk menonton ketika cinta bertasbih pun takut...takut sedih!!tapi bila tgk main2 memg takkan sedih,hehehe.

Selamat tinggal dunia laksa....untuk waktu yg lama perlu melupakan keenakkan mu....(hehe...saja ja wat teruk).

Mg 2010 membawa Klong ke destinasi impian..................

Sabtu, Januari 02, 2010

Selamat berjaya

Selamat mghadapi imtihan untuk semua mahasiswa dan mahasiswi Al Azhar...Semoga berjaya dgn baik thn nie.

Jadual imtihan 4lughah bg mawad yg K.long bawa....

17/1: Naqod
20/1: Qaah bahas
24/1: Adab fil Asril Hadis

Rasanya ramai lagi sahabat2 (4 lughah) yg berada di Malaysia belum mendapat maklumat bahawa sesiapa yg melebihi 5tahun berada dalam thn 4 akan dikenakan bayaran 200.00 bg satu madah.Perkara ini bukan ura2@ cakap2 tetapi telah pun dilaksanakan di kuliah banat Kaherah baru2 ini sahaja.

Ada baik dan taknya pelaksanaan peraturan tersebut...baiknya supaya kita lebih berusaha dan tak dok lama....yg taknya adalah kewangan pelajar2 kita dan kebanyakan mereka yg kena bayar dalam 4lughah tu pula adalah mereka2 yg sudah berkahwin dan meninggalkan suami @anak2 di malaysia...datang last2 minit mesti la terkejut tengok bayaran yg banyak... kalau bawa mawad banyak lagi la banyak nak kena bayaq....

Apapun selamat berusaha..........tanpa putus asa ....tanpa lemah semangat...krnia Allah sentiasa bersama....

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você