zwani.com myspace graphic comments

Selasa, Disember 25, 2007

Peristiwa yang Terpahat dalam Lipatan sejarah Zulhijjah

Banyak peristiwa yang terpahat di dalam lipatan sejarah bulan Zulhijjah telah diabadikan oleh pena sejarah zaman berzaman, antara peristiwa tersebut:

1. Nabi Muhammad s.a.w. membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam.
Di sana Baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita
Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan Baginda
menjadi nabi.

2. Peristiwa Baiah al-Aqabah (perjanjian setia al-Aqabah) pada
tahun ketiga belas selepas pelantikan Baginda menjadi nabi. Ia
disertai oleh 73 orang lelaki dan dua wanita daripada kaum Aus dan khazraj.

3. Peperangan as-Sawiq pada tahun kedua Hijrah, Nabi s.a.w. keluar
mengekori kumpulan Abu Syaban yang menceroboh dan memerangi
penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka
mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan
perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh Baginda.

4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam
dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al Arjak.

5. Kelahiran Ibrahim, putera Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun
kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah al-Qibtiyah.

6. Pada tahun kesepuluh Hijrah, nabi s.a.w. mengerjakan ibadah haji
yang dikenali dengan Hajjatul Wada. Di sana Baginda menyampaikan
amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara
kehidupan di dalam Islam.

7. Abu Bakar as-Siddiq mengerjakan ibadah haji bersama umat Islam
selepas kewafatan Nabi s.a.w. pada tahun 12 Hijrah.

8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah al-Bahiliy menentang
tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Syaban
menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam
pertempuran Wadi Arabah di Palestin.

10. Pada tahun 23 Hijrah, AmirulMukminin Umar bin al-Khattab
meninggal dunia dibunuh oleh Abu Luluah al-Majusi.

11. Pelantikan Uthman bin Affan sebagai khalifah yang dipilih
sebulat suara oleh sebuah majlis mesyuarat Syura yang ditubuhkan
oleh Umar bin al-Khattab sebelum kematiannya.

12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan
Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.

Alhamdulillah dengan izinmu jua Ya Rabbi

Alhamdullillah hari ni dengan keizinan dan kemudahan yg dikurniakan Rabul Izzati, k.Long dapat memasuki imtihan takhaluf nusus dengan baik sekali.walaupun natijah kesudahannya tak pasti lagi bagaimana namun K.Long dah cuba hadapai ranjau berduri hafaz syair yang sampai beratus abyatt itu..Dalam kelas imtihan tadi k.long tengok ramai jugak budak arab yang bawa madah tu sampaikan tak muat lajnah..Apapun moga semua sahabat2 berjaya.


Kita selalu berkata kita sentiasa mendoakan orang lain...tapi sejauhmanakah kata2 tersebut kita realisasikan dalam amalan kita ...atau juga doa tersebut hanya kita sumbangkan untuk mereka yang kita sayang sahaja...tepuk dada tanya iman kebenaran dan hakikat....Moga kita bukan hanya seorang manusia yang pandai berkata2 atau pandai mengarang tanpa praktikal ilmu dalam rutin harian..


Sesungguhnya Ilmu tanpa Amal ibarat pohon tanpa buah...




jumpa lagi.....




Ahad, Disember 23, 2007

10 tabiat yang menyebabkan kerosakan otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Assalamualaikum wbth


Selamat hari raya aidiladha.... erm terlambat mengucapkannya kepada mereka yg singgah di blog k.long nie...almaklum dah nak takhaluf, komputer pun malas nak pegang...cuma hari raya baru ni lps ja keluar dari masji musa terus ke rumah Perlis...dok landing kat situ sampai malam..asalnya nak balik ptg tu tapi Bang Long kata malam depa nak panggang kambing...so tunggulah jugak sampai kemalam...walaupun akhawat dapat makan sikit saja...alhamdullah....tetap juga dapat rasa.

so...raya tu raya juga tapi taklah macam aidilfitri dulu,atur rumah....coz semua org sibuk ngan kitab....bercakap tentang kitab...adik2 semua dah habis baca ka?apapun didoakan semoga dimudahkan....untuk k.long doakan k.long sihat dan takdak masalah...sebab kepala k.long cepat stress kalau ada masalah dekat nak peksa ni...bila susah hati baca apapun dah takmau masuk...wassalam jumpa lagi......bila rajin

Selasa, Disember 11, 2007

jadual imtihan dah keluar

Hari ni ke kuliah,masuk kelas terakhir Doktor Yusri bg madah Qaah Bahas...hari nie juga pertama kali pi kuliah naik bas sorang diri dari Tobb Romli, selalunya Abg Long yang hantar naik motor...nak tahu sebabnya??/ erm Nabil tak sihat asyik teriyak sepanjang malam tak boleh tidur......itu pun k.long tertidor jam 2.30 pagi.tup2 baru nak nyenyak Nabil teriyak lagi sampai la jam 6pg...mata sampai naik pedih...tapi dengan semangat hari nie ada perbincangan madah ngan Doktor maka k.long melangkah jugak dengan mata berat... So Abg Long kena la jaga Nabil di rumah saja,tak boleh bawa dia keluar takut lagi teruk batuk dan selsema dianya.....moga cepat sembuh buah hati ummi.....

Jadual dah keluar......madah takhaluf K.long jatuh 25/12 nie....

JADUAL IMTIHAN FASA 1 THN 4 LUGHAH, KAHERAH

AHAD - 6/1........TARIKH ADAB HADIS
SELASA 8/1.......ILMU DILALAH
AHAD 13/1......QAAH BAHAS
SELASA 15/1......HADIS
KHAMIS 17/1......USULFIQH
AHAD 20/1.....NAQOD A'SRUL HADIS

.....Ya Allah kau mudahkanlah urusan hambamu ini...



......malam ini neon cairo tersenyum,bintang berkerlipan, bulan bercahaya,aku jua saudagar mimpi.....

Jumaat, Disember 07, 2007

NIKMAT YANG MEMBUTAKAN

Apabila diselubungi nikmat kita selalunya lebih buta dan kurang prihatin. Apabila kita ditimpa sesuatu musibah barulah kita tahu betapa bererti dan berharganya sesebuah perhatian itu.
Tatkala kaki kita masih boleh dihayun, kita tidak sedar betapa berharganya nikmat itu sehingga suatu hari kita dapati kita tidak lagi dapat melangkah. Kala itu kita berharap simpati, agar ada orang sudi menjenguk kita dan membantu kita apa-apa yang tidak mampu kita lakukan sendiri.
Selagi tidak sakit kita jarang mahu mengerti perasaan orang yang terpaksa berjuang dengan penyakit-penyakitnya. Kita tidak fikir ziarah ke hospital itu sesuatu yang patut dilakukan dari masa ke masa, demi memuhasabah diri. Kita tidak fikir menyumbang sedekah untuk pusat-pusat orang kurang upaya itu penting dilakukan.
Selagi tidak melihat sendiri seorang ibu dengan tiga orang anaknya yang masih kecil mengais-ngais tempat pembuangan sampah kita seperti tidak percaya dengan makna kemiskinan. Tatkala kita benar-benar pokai, jarang mahu mengerti erti fakir.
Selagi kita sihat kita tidak fikir berertinya sebuah perhatian. Setelah kita sakit baru tahu betapa pentingnya kita dijenguk orang – ditanyakan keperluan-keperluan kita, ditanyakan tentang makan minum kita mahupun ditanyakan tentang ahli keluarga kita yang terpaksa hidup sendiri itu.
Sewaktu kita sihat dan kita diberikan kepercayaan merancang sesuatu bangunan, kita terlupa tentang orang kurang upaya. Kita mereka bentuk bangunan yang hanya memberi kemudahan kepada orang sempurna. Kita terlupa orang kurang upaya menghadapi masalah yang amat besar untuk berada di bangunan ciptaan kita.
Nanti apabila kita sendiri telah tidak upaya untuk hidup seperti biasa, barulah tahu betapa berharganya hidup ini dikongsi bersama, berfikir sebagaimana orang lain berfikir serta memikirkan keselesaan dan juga kepentingan orang. Selagi tidak ditimpa sesuatu kita memang jarang hendak memahami bagaimana rasanya ditimpa sesuatu itu.
Kealiman seolah-olah tiada sengatnya jika tidak diterjemahkan kepada ciri-ciri kemanusiaan. Kealiman itu sendiri membawa gambaran berguna kepada diri sendiri dan juga orang lain. Jika kealiman terhenti setakat kegunaan sendiri ia belumlah dikira praktikal sebab kealiman (kepakaran) itu sepatutnya dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
Manusia yang lebih baik ialah manusia yang lebih banyak memberi manfaat kepada manusia lain. Dia hidup dalam suasana hari ini adalah lebih baik dari semalam.
Belumlah seseorang itu boleh dikatakan luar biasa bagus dan hebat sekali jika sumbangan-sumbangannya hanya terhenti setakat untuk dirinya sendiri.
“ALLAH meningkatkan darjat orang yang beriman di antara kamu dan juga orang yang dikurniakan dengan kelebihan beberapa darjat.” (Al-Mujadalah: 11)
Seorang ahli falsafah berkata, “Anda alim lalu berjaya masuk syurga, anda tetap bersalah kerana membiarkan orang yang tidak mengerti di sekeliling anda masuk neraka.” Apabila diselubungi nikmat kita selalunya lebih buta dan kurang prihatin.
Apabila kita ditimpa sesuatu musibah barulah kita tahu betapa bererti dan berharganya sesebuah perhatian itu.


...MALAM INI NEON CAORO TERSENYUM,BINTANG BERKERLIP,BULAN BERCAHAYA,AKU JUA SAUDAGAR MIMPI...

exam dah dekat!!!

Disember dah pun menjengah tiba...masa makin suntuk....dan ditambah dengan macam2 urusan lagi menyebabkan k.long tak dapat melanjutkan penulisan blog untuk beberapa ketika...dengan kertas kerja tambahan(bahas) sebanyak 3madah, pastu kawan yg di Malaysia minta tolong buatkan lagik untuk depa semua menyebabkan rutin blog k.long kosong jer seawal bulan nie.

Hari2 asyik belek blog B.Long ajer yg selalu update...terasa jelesnya...tapi nakwat camna kan...alakullihal bersyukurlah jua dengan nikmat senang sebelum sibuk...

....MALAM INI NEON CAIRO TERSENYUM,BINTANG BERKERLIP,MALAM BERCAHAYA,AKU JUA SAUDAGAR MIMPI........

Isnin, November 05, 2007

Khasiat halba

Untuk ibu2 yg baru melahirkan anak atau menyusukan...


( diMesir memang doktor akan sarankan kita minum air herba @ di masak ngan susu,pastu minum waktu pg dan ptg...juga dah ada halba yg dibuat tablet,nama ubat tablet tu HERBANA..harga sekotak L.E 17.50)

Halba merupakan sejenis rempah yang terkenal semenjak dahulu lagi. Nama sains halba adalah Trigonella foenum-graecem.


Rasulullah saw bersabda :
" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
" Gunakanlah Halba sebagai ubat" ( Qamus Al-Tibb, Ahad Qodamah-Mesir)


KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk - Melancarkan haid - Menghilangkan kembung,sebu dan senak - Pencuci perut - Menguatkan jantung - Menghilangkan lender tekak - Melegakan sakit kepala/ migraine - Membuang angin - Menyembuhkan buasir - Senggugut - Merangsang rahim - Kegemukan - Kurang berat badan - Mengawal kencing manis - Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu - Kurangkan ketagihan rokok dan dadah - Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh - kecergasan - kekuatan badan - Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu - Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.

Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua.

sekadar berkongsi pengalaman

Tahun berganti bulan,bulan berganti minggu,minggu berganti
hari,hari berganti jam keadaan dunia sering berubah tapi satu ja
k.long rasa yg tak berubah....sejak adik baru lagi hinggalah
kini....urusan menyiapkan karnih,bayar yuran dan tasdiq amatlah
payah dikuliah banat kaherah ...Thn 1999 dulu k.Long pernah bawa
beberapa masalah kuliah banat Kaherah dalam mesyuarat Badan
Pendidikan PMRAm ngan exco pendidikan BKAN...
pernah sekali tu resit bayaq yuran semua pelajar wafidat lughah
dilempar ke luar tingkap macam tu aja...waktu tu pulak angin
kuat dok bawa la kertas tu terbang,pastu disuruh kami merangkak
kutip dalam puluhan pelajar yg sedang toburr tu...masa tu hanya
Allah ja yang tahu ....marah geram semua ada...tapi kita pelajar
malaysia masih berlembut ngan petugas pejabat...takdalah sampai
serbu terus kerani tu cam pelajar beberapa negara asia yg
lain.itu kes yg paling teruk k.long kena....tapi kalau kena
jerkah..tengking...sergah..halau...tiap2 tahun kena dan rasa dah
mangli dah...wat muka tak malu ja...
Tahun lepas dia marah sbb dia tensen kami dok tekan dia bg siap karnih periksa...kami
hantar borang wat karnih bulan 11 tapi last2 karnih dapat bulan5
masa peksa semester2...last2 semester satu takdak karnih ,terpaksa guna pasport la pulak...
thn ni pulak macam kemarin pun kena tengking lagi...ablah tu marah sebab k.long wat urusan
awai...awai apanya????dah jam 9pg....pastu tunggu lagik sampai
jam 10.30 baru dia mau ambik kertas permohonan...pastu nak bayaq
yuran pulak takmau...dia dok menyembang sampai kesudah...last2
dia kata mai minggu depan...kalau nak sakit hati memang pun tapi
dah biasa ngan sikap mereka camtu...nak wat camna..sabar
jalah...kan sabar itu separuh dari iman...

WANITA SOLEHAH

Di sebalik tabir ada senyuman,
diukir untuk suami beriman,
yang menemani kehidupan
Di sebalik tabir ada tangisan,

airmata dititiskan demi cinta tuhan,
disebalik tabir ada amalan,
yang bertunjangkan keimanan,
mewarnai wajah kehidupan,
menuju kebahagiaan

wanita solehah akhir zaman,
selawat menjadi dendangan,
Al-Quran menjadi hiburan
membantu perjuangan

disebalik tabir kini bersinar,
cahaya indah tidakkan pudar,
yang menyinari kehidupan..
Di sebalik tabir dahulunya terpancar,
garis kelukaan ,

datanglah sunnah dan al-quran memberi ketenangan..
Wanita solehah akhir zaman,
dunia bukannya idaman,
cintanya hanya pada Ar-Rahman,
menuju ketaqwaan..

Ahad, Oktober 21, 2007

kisah rumah terbuka

seronok berhari raya!!!! ya memang seronok raya kali ni coz adik2 sendiri ada bersama tapi depa semua dah nak balik bulan 11 nanti, tu yg buat hati k.long sedih sangat...pasni tinggal kami ja sekeluarga cam dulu2 balik.
Bercerita pasal raya baru2 nih kami wat rumah terbuka...memang ramai yg datang sampai tak muat rumah...yg letak atas katil pun ada...yg bg patah katil kami pun ada...dahsyat tu raya kali nie..kuah laksam yg periuk besar tu pun tak cukup sampai kena tambah lagik satu periuk...apapun mekasih banyak coz sudi jenguk dan ziarah kami dipedalaman ni.

Td pulak dapat berita ada pelajar mesia accident sampai meninggal....innalillahi wainna ilaihirajiu'un....takziah kpd keluarga Allahyarham...Mg dicucuri rahmat ke atas ruhnya...Al-Fatihah

Khamis, Oktober 11, 2007

Sensitiviti kita dicabar lagi!!!

Musuh Islam tidak akan duduk diam....sehingga kita mengikut telunjuk mereka.Andai mereka bersatu menentang Islam mengapa tidak kita umat Islam sendiri,bersatulah dalam menegakkan Islam,julanglah hukum yg Allah telah tetapkan,pasti disana musuh gentar untuk bersandiwara.
Terkini!!!!

Denmark sengaja mencari nahas,slps satu demi satu agenda diatur untuk mghina Islam...kini mereka buat hal lagi!!!!(barang mainan kanak2 berjenama' LEGO') yg amat jelas ketaranya kebiadapan mereka....maka wajiblah kita selaku umat Islam yg sayangkan Rasullullah memboikot setiap brg keluaran negara tersebut...

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você