
Alhamdulillah sempat jugak menghabiskan jahitan seluar panjang anak2 untuk raya.Dah lama seluar tu K.long gunting tapi semalam baru sempat di jahit.
Hari nie 29hb september genap sudah usia perkahwinan K.long dan Bglong 8 thn.Cepat sungguh masa berlalu membawa usia dewasa seiring usia perkahwinan tersebut.Namun cinta masih segar dan utuh, takkan kami biarkan ia di mamah waktu.
Menyingkap kenangan....
Thn 1998 dulu K.long menerima sepucuk surat dr keluarga menyatakan K.long dipinang oleh seorang Datuk untuk anaknya ( cam citer artis plak).Abah tidak memaksa sebaliknya keputusan di tgn K.long.Malam itu tafakur k.long memohon pertolongan Allah agar ditunjukkan pilihan yg terbaik buat diri yg dhaif.Tapi dalam menanti subuh tak pasai2 K.long terlelap diatas sejadah dan K.long bermimpi seorang lelaki yg memang K.long tak pernah kenai.Tapi mimpi tu K.long abaikan saja.Beberapa bulan selepas itu K.long memberi jawaban tidak untuk lamaran tersebut.
Sehinggalah thn 1999 ketika K.long menemani sahabat untuk berjumpa dengan Setiausaha Agung KPP waktu itu dan alangkah terkejutnya "makhluk itulah yg pernah singgah dalam mimpi K.long setahun yg lalu.
Dan yg menambah kehairanan adalah tanggal 2hb mei 1999 insan tersebut mghantar utusan pengtaqdiman.
Itulah sedikit singkapan episod memory sebelum kami di ijabkabulkan pd 29/9/2000 .
Mengapa K.long berkongsi cerita di atas untuk tatapan ??? Pastinya kerana K.long ingin mengingatkan adik2 sebelum membuat keputusan dalam soal kehidupan jgn terburu2,minta petunjuk dr Allah...ini krn K.long melihat banyak adik2 sekarang terlalu terburu2 dalam menerima taqdim seorang lelaki.Kalau yg baru datang dan masih muda tumpukan pd pengajian.Jgn diikut sangat kehendak nafsu memburu cinta...tapi kalau dah sampai ada masalah K.long sarankan kawin awal dr terus membuat maksiat.
Bercakap tentang jodoh Alhamdulillah K.long adik beradik memang mudah jodohnya.Selepas satu demi satu rombongan meminang datang hatta masa K.long tingkatan 4 pun ada rombongan yg dtg berjumpa dengan mak.Sampai satu tahap abah dah pening bg jawaban tolak coz anak masih belajar..hah .macam2 kisah.
Erm baru2 nie K.long menerima msg dr seorg sahabat dr Malaysia(bekas siswi mansurah),katanya dia br saja sebulan berkahwin dengan duda anak 5.Usia sahabat K.long tu pun dah 35 lebih.Kadang2 terfikir juga memilih sangat kah ikhwah kita sampai terdapatnya azhariah yg tepaksa memegang title Andalusia (anak dara lanjut usia)....Entahlah!!! Ada yg mudah dan ada yg susah...Jodoh segalanya ditangan Tuhan tapi kita kena berusaha gak kan..
oklah jumpa lagi dilain coretan...
Happy Anniversary suamiku....
Isnin, September 29, 2008
8 thn berlalu.....saat ku terima cintanya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 ulasan:
Catat Ulasan