zwani.com myspace graphic comments

Isnin, September 22, 2008

Membawa Tarbiyah Ramadhan Ke Bulan2 seterusnya


emalam balik saja dr mesyuarat AJKT KPP,seluruh badan terasa sakit.Tulang belulang dan tulang muka sakit bagaikan lebam kena penumbuk.Ingin saja rasanya menelan beberapa pil tahan sakit tapi takut plak esok tiada lagi untukku.Last2 sebelum azan subuh berkumandang sempat menelan sebiji pil dan Alhamdulillah hari nie dah ok sikit walaupun tulang pipi dan rahang masih berdenyut.

Erm berbalik tajuk posting hari nie selepas beberapa hari blog K.long biarkan tersadai begitu saja tanpa perhatian....

Sedar tak sedar Ramadhan telah memasuki fasa akhirnya, baru saja membilang hari bila nak berpuasa kini kita sudah tiba di penghujungnya...Aidilfitri kian menampakkan dirinya,perasaan sedih mula membayangi langkah bila melihat kalendar yg Ramadhan akan pergi.Bersuakah kita lagi nanti???
Apa yang kita rasai setakat ini?Adakah sikap dan ibadah serta mujahadah kita lebih baik dr yg lepas atau terlebih teruk atau sama saja?Muhasabah diri sendiri adalah langkah terbaik sebelum kita berjaya meneroka medan dakwah untuk manusia di sekeliling.

Puasa yang kita lakukan bukan hanya berpuasa makan dan minum dan juga perkara2 yang di larang akan tetapi seluruh pancaindera kita turut berpuasa.Maka bila mana kita berpuasa,ia mendidik kita untuk meninggalkan perkara yg di larang.

Akan tetapi berjayakah penghayatan madrasah Ramadhan tersebut sekiranya ketika aidilfitri dan selepasnya berlakunya perkara yg masih di larang umpama pembaziran dalam berbelanja,ikhtilat, pendedahan aurat,penganjuran konsert mungkar,penayangan filem2 yang mempunyai unsur maksiat dan sebagainya.

Rancangan2 khusus di kaca TV seringkali dilihat melalaikan serta mengikat kaki sehingga menyebabkan sebahagian mereka tidak berganjak keluar menziarahi sanak saudara untk bermaafan dan mengeratkan silaturrahim.

Maka sepastinya andai berlaku dan terulang kembali perkara2 terlarang selepas Ramadhan pasti menunjukkan maksud taqwa itu tidak tercapai sebagaimana yg diharapkan daripada tarbiyah Ramadhan tersebut.

0 ulasan:

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você