zwani.com myspace graphic comments

Jumaat, Oktober 02, 2009

Renungan kehidupan

Kehidupan boleh diibaratkan seperti untaian tali temali yang sentiasa bersambungan tetapi pasti ada hujung pangkalnya. Oleh itu, corak kehidupan juga ada peringkat-peringkat tertentu yang perlu dilewati seiring dengan pertambahan usia yang akhir menemui penghujungnya, iaitu:

Kehidupan alam pertama iaitu sejak Nabi Adam a.s. diciptakan dan seterusnya melahirkan zuriat manusia.

Kehidupan kedua sejak manusia dilahirkan ke dunia hasil perhubungan (suami isteri)
sehinggalah berakhir dengan kematian.

Kehidupan alam ketiga iaitu alam barzakh yang merupakan alam penantian sementara sebelum
dibangkitkan semula oleh Allah pada hari pembalasan kelak.

Kehidupan keempat iaitu semenjak alam barzakh - dihidupkan kembali untuk dikumpulkan bagi
menerima pengadilan.

Kehidupan alam kelima iaitu semenjak penentuan timbangan amal bagi menentukan ganjaran syurga atau seksaan neraka.

Empat peringkat kehidupan insan yang terawal kesemuanya dipenuhi dengan perjuangan dan gelora kehebatan ujian serta cubaan kecuali kehidupan yang terakhir yang berkesudahan dengan menerima ganjaran atau hukuman.

Oleh itu bagi memperolehi kebahagiaan bukan sahaja semasa di peringkat awal bahkan berkesudahan dengan ganjaran yang mulia, seorang insan perlu mengambil Islam, Iman, Ihsan, Iradah, dan Ikhlas sebagai landasan dan cerminan kehidupan.

Alangkah cantik dan indah jika keislamannya didasari oleh iman. Kemudian imannya diperelokkan dengan ihsan. Lantas, ihsannya pula dihidupkan dengan iradah manakala iradahnya pula disucikan dengan ciri-ciri keikhlasan. Ini merupakan resipi yang takdak tolok bandingnya dalam kembara insan mencari dan menikmati kelazatan serta kemanisan iman yang paling abadi.

Malah Allah juga turut berjanji dalam firman-Nya: (At-Tin: 4-6)

"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami
kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya..

Jesteru itu kita perlu menghargai diri kita selaku muslim.

Sentiasa menjaga diri daripada bersifat meminta-minta dan membiasakan diri dengan hidup
sederhana.

Berani berkata benar biarpun terhadap diri sendiri.

Menjaga kehormatan diri pada waktu kesempitan dan tidak mudah putus asa untuk berusaha,
berikhtiar dan bertawakkal.

Tidak akan menghina orang lain yang telah di hulurkan bantuan.

Memberi kemaafan walaupun kepada orang yang menganiaya diri . Berdoa agar Allah
mengurniakan petunjuk dan keampunan buat dirinya.

Bersabar dan redha dengan penderitaan. Hanya kepadaNya meminta pertolongan dan kekuatan.

Tidak akan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri sendiri dan membinasakan agama,masyarakat serta negara.

0 ulasan:

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você