zwani.com myspace graphic comments

Selasa, Mei 18, 2010

Teruskanlah ........

Salam imtihan untuk semua sahabat, rakan, teman dan adik2 yg akan mghadapi imtihan semester ke2 dan yg sudah pun menempuh syafawi baru2 ni...

Semoga terus berusaha...pulun dan sentiasa bersemangat dalam azam yg dibina...InsyaAllah bila Allah mgkehendaki kejayaan itu akan datang jua...

Sebenarnya ketika musim imtihan nilah, macam2 ujian akan turut sama...dan waktu nilah juga tekanan akan bertambah2.Kalau kita lihat para penyair sejak dr zaman Jahili, zaman permulaan Islam, zaman Umawi, zaman Abbasi dan seterusnya zaman moden, mereka ini melakarkan& meluahkan apa yg mereka rasai, alami, hadapi,perhati ke dalam bentuk penulisan syair atau nasar.

Umpamanya Amir Syuara' Ahmad Syauqi, beliau meluahkan kerinduan yg teramat sangat terhadap Mesir didalam syairnya...begitu juga penyair2 muhajir....Malah Rosofi meluahkan perasaannya terhadap musuh2 Islam yg menuduh Islam itu zalim juga melalui syair...Sementara Zahawi melakarkan cerita teladan yg benar2 berlaku di kawasannya dalam bentuk nasar....Kisah "Asma" seorang gadis yg dipaksa kawin oleh ibu bapanya dengan lelaki yg lebih tua dr ibu bapanya malah lebih layak di panggil datuk ...hanya dgn matlamat tamakkan harta...si gadis akhirnya membunuh diri akibat tekanan jiwa.....Jikalau kita perhatikan kisah Asma tersebut..ia mempunyai banyak persamaan dgn kisah yg sekarang ini tgh menjadi isu panas di dalam akhbar tempatan Mesir dan kawasan2 perkampungan..sampai siap ada kempen lagi... okeh!!!bukan pasai kes tu yg Klong nak ceritakan disini tapi cara udabak meluahkan perasaan mereka melalui penulisan..

Begitulah sebenarnya yg Klong nak cuba bawakan dlm posting kali ni...sebagai manusia meluahkan perasaan adalah perkara biasa dan normal..kalau takdak perasaan itu yg tak normalnya...Tempat mengadu kita semestinya pada Allah yg maha Penyayang tak pilih sayang...Yang Maha Pengasih tak pilih kasih...namun kita berhak meluahkan apa yg kita rasa atau apa yg kita alami bg meredakan hati sendiri walaupun org yg mendengar dan melihat tak mampu berbuat apa2.

hakikatnya saat hati kita dilanda runsing dengan imtihan atau masalah lain...maka berserahlah sepenuh jiwa padanya...Allah sentiasa bersama kita...bukankah dengan mengingatinya hati akan menjadi tenang??

K.long sedang menanti 13/6...sehingga malam tadi setelah jenuh memaksa dgn pelbagai formula yg sudah digunakan maka 95% Abyat syair sudah ada dalam kepala...InsyaAllah ia akan terus disitu...sememangnya saat ini tekanan imtihan itu benar2 terasa..sudah lali dan sudah letih membaca soklan tubi dan soklan spot dr kengkawan dalam fb...setiap kali nak study mesti Klong genggam tangan kuat dan cakap>>"aku nak najah tahun nih...walau apa yg terjadi hard @ smart..aku mesti pulun<<"

Dan kini tawakkal pada mu Ya Allah ...Aminnnnnnn.

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você