zwani.com myspace graphic comments

Selasa, Jun 15, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah selesai sudah imtihan Nusus K.long pada 13hb baru nie.....masa mula2 dapat kertas soalan, ingatkan Ablah tersilap bagi sbb tertulis kat atas kertas tu kuliah banat Kafru Syeikh dan Qalyubi....last2 baru terperasan tulisan kecik untuk kuliah banat Azhar Kaherah sama.ermmmmmmm......

Bglong ja tak habis imtihan lagi...hari ni dan khamis...Peksa selang sehari ngan berulang camtu letih gak tambah2 musim panas nie. Sudah lah di Itai Barud madah Alquran masih menggunakan muqarar lama...pastu bahasa Inggeris yg dah dapat taqdir elok pun kena ulang semula...alasan syuun>>>semua wafidin kena ambik semula>>>

Balik dr kuliah terus ke suwaiqah, ingat nak beli sabid tapi takdak langsung pulak hari tu...masa untuk mengemas serba sedikit barang2....Pas imtihan ramai gak yg akan balik..bukan dr Perlis dan Kedah ja tapi rata2 negeri....kawan2 sekuliah pun serupa...moga mereka selamat dalam perjalanan nanti.

******************************************************************
Masalah pasport Nadhirul masih belum selesai...walaupun msg dr Msia memaklumkan ianya sudah siap di kuala Lumpur dan hanya menunggu masa untuk dihantar kesini.....tapi jika difikirkan semula masalah pembaharuan pasport yg memakan masa terlalu lama...kebiasaannya 4,5,6 bulan tapi pasport nadhirul dah setahun setengah...lama sangat tu sampai urusan kemasukan nadhirul ke maahad Azhar mengalami pelbagai masalah....Heran juga ngan pihak2 tertentu ni...benda yg penting tak pula mereka jaga...benda lain sibuk nak jaga sangat...

Bulan lalu terjumpa satu berita kat akhbar pasai urusan pasport yg dipercepatkan urusannya....

"Pasport siap satu jam
2010/05/11


KUALA LUMPUR: Bermula hari ini orang ramai boleh mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa dalam tempoh satu jam selepas pembayaran dibuat, berbanding dua jam sebelum ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman.
“Langkah ini selaras dengan usaha kerajaan yang mahu setiap proses permohonan dokumen berkenaan dipercepatkan dan dikeluarkan dalam tempoh satu jam,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.


Katanya, perkhidmatan tersebut boleh diperoleh di beberapa cawangan yang terpilih di seluruh negara. “Kami ada 37 pejabat seluruh negara, buat masa ini laksanakan di 25 pejabat cawangan dulu sebab di pejabat besar seperti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, kena buat persediaan mungkin kena tambah,” katanya.


Antara pejabat-pejabat imigresen yang menawarkan perkhidmatan itu adalah Alor Setar, Kulim, Bukit Kayu Hitam, Langkawi dan Sungai Petani di Kedah.


Di Johor pula boleh didapati di pejabat cawangannya di Muar, Mersing, Kukup dan Segamat. Di Pahang ia boleh didapati di Kuantan, Raub dan Temerloh.


Sementara di Perak pula, perkhidmatan boleh didapati di pejabatnya di Lumut, Teluk Intan, Pengkalan Hulu dan Taiping.


Pejabat cawangan-cawangan lain yang menawarkan perkhidmatan itu ialah di Kota Bharu, Kangar, Kuala Terengganu, Tawau, Sandakan, Bintulu, Sibu, Limbang serta Miri.


Abdul Rahman berkata bagi pejabat cawangan di lokasi lain, perkhidmatan tersebut akan ditawarkan dalam fasa kedua kelak."

**Cadangan :::Kalau kat Malaysia boleh percepat maka urusan pembaharuan pasport kat sini pun kena lah bg cepat jugak...kalau ada masalah sekalipun maka pihak berwajb kena maklumkan apadia masalah tersebut dr membiarkan pelajar terpingga2....

**Mereka yg memohon pembaharuan pasport perlulah diberi surat @ apa saja pemakluman yg boleh digunakan bg menjamin keselamatan atau boleh digunakan dlm sebarang urusan...dr hanya memberikan resit pembayaran.


 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você