Assalamualaikum..
apa khabar semua..?
Blog semakin sepi ..malah mood umtuk menulis jugak tidak seperti dulu...ditambah kerja kerja yang bertimbun..macam-macam perkara perlu disettle..........
Sepanjang tahun 2015..tiada sebarang entri untuk dipapar malah k.long sendiri terlupa yang k.long masih punya blog hihi..
Beberapa hari saja lagi nk masuk tahun 2016 , cepat sangat masa berlalu...nadhirul dah masuk tingkatan 2...nabil darjah 3 manakala naufal hampir 4 tahun...mereka membesar bagai johan..
selamat tinggal 2015...
Moga 2016 membawa berita yang ditunggu tunggu...
Rabu, Disember 16, 2015
selamat datang 2016
Isnin, Januari 13, 2014
Tahun 2014
Tahun baru yang mencabar...2014
Pelbagai asam garam yang perlu dilalui sepanjang awal tahun 2014....persediaan menghadapi praktikum yang bermula 19/1/2014, sementelah imtihan semester ke2 akan menyusul 24,25 dan 26 januari nanti...susah hati betoi sbb setakat hari ini buku pun belum habis dibaca.
Bukan senang juga untuk mengulang subjek2 yang pernah kita belajar sekian lama termasuk ilmu Aswad. Nahu Sorof yang berselerak lagi dalam kepala ....Moga Allah permudahkan langkah kaki ini.
Nadhirul susah pun memasuki darjah 6....tahun yang agak sibuk utk dia ngan tuisyen dan sebagainya.iAllah makbulkan doa k.long kerana ingin melihat anak sulung menjadi Hafiz tatkala dia di dalam perut...dan beberapa hari yang lalu dia meminta untuk di hantar ke maahad tahfiz Sg Rusa di penang...Moga Allah anugerahkan Nadhirul kefahaman dan ingatan para Anbia' .....
Nabil yang dah melangkah ke darjah 1....banyak perhatian yang perlu diberikan kepada dia..Ya Allah fasihkan lidah Nabil ....
Naufal sudah berusia 2 tahun....karenah yang makin banyak mengharap perhatian dan manjaan ummi...maaf sayang tahun nie Ummi terlalu sibuk...tiap malam k.long usap rambut anak2 mengharap pengertian dr mereka bahawa ini adalah pengorbanan yang perlu ummi lakukan.
Ya Allah solehkan anak2ku di dunia dan akhirat.
Sabtu, Januari 21, 2012
Hari hari baru di tahun baru
Tahun baru yang mengancam dan meletop.....hehe dengan pelbagai berita....Nabil yang memasuki sesi persekolahan pra tahfiz dengan penuh seronok dan semangat. Nadhirul juga melangkah ke darjah 4....anak2 yang semakin membesar....banyak yang perlu difikirkan dan ditangani bg keperluan rohani dan fizikal mereka.
Beberapa bulan saja lagi orang baru juga akan hadir menambahkan bilangan ahli keluarga...setelah lama menanti.....Nabil akan mendapat adik lagi...semoga semuanya selamat.
K.Long masih mengajar di Sek Men Al Islahiyah bagi tahun yang ke2....dan malam jumaat K.long mengajar pelajar2 prm di UITM Arau.....Tahun ini juga dapat tawaran KPLI tapi terpaksa tolak ..takpa rezeki Allah ada dimana -mana cuma kita kena yakin yang dia akan menolong kita..kerana perncangan kita tak mampu menandingi ketentuan Allah yang maha Agung.
Abglong seperti biasa selain terlibat dengan aktiviti perjuangan...dia mengajar di Surau dan di UITM....segalanya sempat bila Allah ada disisi...yakinlah..
jumpa lagi....
Selasa, September 20, 2011
cerita terbaru
Bersua kembali.....
Beberapa minggu ni hujan turun tak henti2....Alhamdulillah basah bumi yang kering, segar tumbuhan yang laju....sejuk bumi yang panas....walaupun minggu lpas ada beberapa kawasan yang banjir tapi banjir kali ni taklah seteruk bajir bulan 11 dan bulan 3 yang lalu...walalupun ustazah Azimah (kawan K.long ) dok doa jgnlah hujan tiap2 hari...k.lng pula kata kat dia mintalah hujan tiap2 hari...taklah panas dan letih sngat.....hehe sowy AZIE......
Walaupun seronok juga bla banjir ni tapi kesian gak kat org berniaga, org bendang yg dah menabuq......
Di sekolah macam biasa ......hampir semua tajuk dah habis k.Long ajar.. bulan depan budak2 dah nak imtihan....jenh paksa depa menghafaz.. biasa la dah nama pun budak2....
NAdhirul pun hari nie dah sekolah semula setelah seminggu cuti UPSR...s.epanjang cuti Bglong bawa dia ke maahad tahfiz supaya dia perangat balik apa yg dia dah hapai ....lagipun setiap bulan dia mengikuti kem bina juara-juara tarannum dan hafazan peringkat negeri perlis.
Ingat ptg ni nak pi mngail ikan itupun kalau tk hujan......letih2 ni kalau boleh pi rehat otak smbil mengail ni best gak....
oklah jumpa lagi kalau dan....
Rabu, April 20, 2011
Sekian Lama
Assalamualaikum....hari yang benar2 penuh dengan dugaan...pembahagian masa sesuatu yang sukar jika kita sendiri tak pandai menguruskannya....
Rasanya baru ja selesai imtihan bulan 3...bulan depan dah nak imtihan....pelajar2 belum dapat dapat menguasai tajuk baru.....rupanya bukan mudah jugak untuk menjadi seorang guru yang berjaya.kalau kita mengajar kelas yang ok mudah lah sikit tapi kalau dapat kelas yg tak ok..memang nahas...bg Klong yang mengajar semua tingkatan....iaitu dr tingkatan 1 sehingga 5...beratnya teras..apatah dengan suara yg sebegini...habis kelas sakit habis tekak...
Mingu ni pula dipenuhi dengan mesyuarat, kursus, tuisyen...dan tugas baru esok..."kuliah maghrib".....mampukah diri???/
moga niatku untuk memdidik anak2 seaqidah seislam menjadi manusia berjaya di dunia dan akhirat di makbulkan Allah.
salam hingga jumpa lagi...
Ahad, Januari 23, 2011
Sejak balik Malaysia...
Assalamualaikum......
Lama juga blog ni tak di update sejak balik Msia....sungguh bukan faktor sibuk yg membuatkan Klong malas menaip tapi sbb internet kat umah lembab sangat...nak loading masuk pun berjam2...selalunya bila nak sign masuk blog memang payah...maka jadilah blog ni blog yg sunyi....
Cerita tentang kepulangan kami ke Msia sungguh menyeronokkan....perjalanan yg dimudahkan Allah....segala2nya senang dan tup2 tengok dah pun sampai KLIA...dr KLIA kami ke Perak...balik umah Tok K.long dulu yg baru meninggal 2 hari sblm kami balik.jumpa semua sanak saudara kat Perak pastu barulah pd sebelah malam terus balik Gurun dan 2 hari lepas tu plak ke Perlis...setelah 4bulan tinggal bersama mertua ...kini kami dah nak pindah rumah sendiri....proses akhir hampir selesai....Alhamdulillah.
Sebulan lebih pas kami balik....Perlis dilanda banjir. Rumah kami satu2nya rumah yg tak naik air kat kawsan tu...tapi tetap jadi pulau...sepanjang banjir kereta motor takleh keluar..jadi kalau nak pi kedai Klong dan bglong jalan kaki ja...sampai rasa kebas dok randuk air....ptg2 bglong menjala....boleh juga buat lauk makan tgh......seronok jugak banjir sekali sekala..hehe
Nadhirul telah pun diterima masuk belajar darjah 3 di SERI 1 ABI....tak jauh la dr umah...dia pun dah seronok ke sekolah....dan sudah boleh menyesuaikan diri dgn keadaan dan sistem sekolah di Msia.
AbgLong dah pun menjadi warga MATIN....sibuk sungguh dia... siang malam mengajar, kelmarin ada kursus...pastu semalam ada Tamrin ....pasni bg kursus pulak utk cikgu2 Pasti...Alhamdulillah...moga Allah menjaga suamiku dan memberikan yg terbaik buatnya....Ramai juga makcik2 dan sedara yg bertanya tentang koetew dan mee...malah depa siap tempah utk gerai depa...yang datang nak beli resepi pun ada tapi opppps takleh jual la pakcik...jenuh juga nak cari masa...
Pasni taktau bila pulak dapat update .....ramai yg dok tanya tak rindu ka kat Mesir??? taktaiu nak bg jawapan macammana....mungkin belum masanya utk rindu itu ada...sbb la ni dok syok lagi balik Msia....hehehe
Jumpa lagi.....InsyaAllah....
Sabtu, Oktober 02, 2010
Ulangtahun perkahwinan yg ke10
Banyak cerita yang terkumpul sepanjang bersama ini....segalanya kami hadapi bersama dalam susah dan senang...dalam gembira dan duka....bila seorang down seorang akan membantu...maka lengkaplah hidup dan ceritera cinta kami ....maka bertambah lengkap tatkala Allah anugerahkan 2 org putera sebagai penyeri....rezeki kami juga turut murah dengan kehadiran mereka...Alhamdulillah...
Walau telah 10 tahun....namun sebenarnya masih banyak yg perlu kami belajar untuk mewarnai dan mencantikkan daulah sughro ini...makin lama semakin kita perlu berusaha dengan lebih keras untuk mengekalkan romantik itu.
Pilih lah cinta anda berdasarkan istikhoroh dan pertolongan dr Allah.....bukan berdasarkan cinta buta dan nafsu semata2.....
Alhamdulillah ala kulli hal....Doa kami....moga hidup kami bahagia selari dgn perjuangan yg kami impikan....moga alfahmu membawa kami ikhlas dalam beramal...aminnnn
Selasa, September 21, 2010
membilang hari .....bestnya
Alhamdulillah....Setelah lama benar tak menaip catatan terbaru....hari ni paksakan juga diri membuka blog yg semakin terbiar...bukan takdak cerita menarik untk dikongsi...malah banyak sekali kisah2 aidilfitri yg ingin disingkap sementelah raya kali ini adalah yg terakhir di bumi Kinanah. Perasaan berdebar dan teruja untuk pulang semakin membuak2 dalam jiwa.Rindu itu akan terubat juga beberapa ketika saja lagi...
Persiapan juga sudah hampir selesai..cuma urusan shahadah muaqotah saja belum...mungkin disebabkan natijah keluar agak lambat menjadikan ablah dan syuun belum bersedia sepenuhnya untuk menerima tolab....InsyaAllah moga dipermudahkan...Reni, Khuzaimah, khaujah,Timah, fidah dan yg lain waktu ini masih bertungkus lumus mghadapi tasfiah dan menunggu natijahnya..moga mereka semuanya berjaya sofi kali nie.
Sabtu, Ogos 14, 2010
Khamis, Ogos 12, 2010
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem...
Bulan yang di tunggu2 kedatangannya oleh para mukmin untuk mengejar lipat ganda pahala dan bulan yang menjadi wadah untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik...Ahlan ya Ramadhan bulan yang penuh barakah....kelebihannya atas bulan lain umpama kelebihan Nabi Yusuf diantara anak2 Nabi Yaakob alaihissalam yg lain...Semoga kesempatan yg Allah berikan pd Ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan sebaiknya.
Hari pertama puasa agak kelam kabut sampai masak untuk berbuka sehabis ringkas...dr pagi sampai jam 2ptg Klong ada kerja penting...settle semua ada pulak tempahan beratus2 biji karipap, memang mengejar masa sungguh sbb jam 5ptg depa dah nak mai ambik....last2 sbb terlalu penat hanya suap 2mulut nasi, pastu teruih tak lalu nak makan dah...
Mungkin juga sehari sebelum puasa tu Klong ikut program HEMAT 10 di rumah Johor Rabaah sampai ptg...pastu sambung pulak ke majlis pengisytiharan anak bulan Ramadhan di Al Azhar Conference Center oleh Dr Ali Jumaah...habis terawih mata dah dahsyat bertahan...sedaq2 jam 3pagi Bglong dah siap masak utk sahoq...hehe...katanya kesian nak gerak..syukran habibi..
Ok lain kali sambung .. banyak gheja lagi nak buat......apapun selamat berpuasa ......
Rabu, Julai 21, 2010
Program Imtinan 2010
20hb julai 2010 program Imtinan Hewi Perlis memulakan majlis perasmiannya oleh Hewi Pmram selepas solat Isyak semalam.Ini merupakan kali kedua Imtinan berjaya dilaksanakan..Alhamdulillah.
Hari kedua >> acara indoor pada sebelah siang dan pada malamnya pula slot tayangan perdana.
Hari ketiga >>Jam 8pagi ...Outdoor di hadiqah Dauliyah....
Selepas maghrib "talkshow"Dia pilihanku atau pilihan keluarga"
Majlis penutup
Selamat berprogram.................
Ahad, Julai 11, 2010
Selasa, Julai 06, 2010
Mengutip pengajaran...
"Menjaga amanah adalah ruh agama ini. Umur yang diberikan kepada kita adalah amanah. Langkah kita adalah amanah.Pandangan mata kita adalah amanah.Hidup kita adalah amanah. Menjaga amanah adalah inti ajaran agama mulia ini. Rasulullah bersabda: Laa diina liman laa amanata lahu (tidak beragama org yg tidak menjaga amanah...)
Begitulah antara titipan2 menarik yg sempat klong rakamkan dr pembacaan sebuah kisah "nyanyian cinta" dr buku "Di atas Sajadah Cinta"karya Habiburrahman El Shirazy...Buku ini mengandungi kisah kisah teladan Islam yg menyentuh jiwa..memberi pengajaran dan menyemarak rasa keimanan...
Satu buku lagi berjudul "Anakku hebat Anakku Soleh" hasil penulisan Ustaz Zahazan Mohamed.Walaupun pengalaman menjadi ibu suatu pengalaman yg tiada tolak bandingnya akan tetapi brgelar ibu dan ayah semestinya memerlukan kita belajar bagaimana untuk mendidik anak2...
Al Imam Al Ghazali Berkata:" Anak2 adalah amanah atas ibu bapa. Jika dia terbiasa dengan benda yg baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. dan jika dibesarkan dalam suasana yg tidak baik dan dipersiakan seperti binatang, menderitalah dia dan binasa. Dosa juga akan ditimpakan keatas orang yg dipertanggungjawabkan itu.."
Ke2 buku ini Klong pinjam dr Hanan...terima kasih Hanan.
P/S: Kepada adik2 yg sedang menanti debaran natijah...Jika anda yakin anda telah berusaha sehabis baik maka selepas itu berdoalah dan serahlah segalanya pada Allah... Mengapa anda harus berputus asa setelah anda berusaha...sabar itu adalah perkara pertama yg datang dalam diri saat kali pertama kita menerima musibah...bukan dinamakan sabar selepas kita mengeluh atau berputus asa..
Label: K
Rabu, Jun 30, 2010
Salam Rejab
Alhamdulillah dan sejuta kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Rabbul Izzati atas segala limpah yg tak terhingga.Dikurniakan segalanya...apa lagi yg selayaknya dikatakan melainkan Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Walau natijah belum keluar dan Klong pun belum melangkahkan kaki ke Msia tapi sudah banyak soalan yg diajukan berkisar pada kerjaya dan dimana Klong akan menetap? Jawapan kalau ikutkan dalam hati hanya Perlis ..Perlis.. Perlis....namun tunggu lah saat itu tiba...berserah sepenuhnya pada Allah..
Perasaan yg bercampur baur ketika ini...Terharu ngan adik Mimi dan Naza yg sudi menghadiahkan vc dedikasi, syahdu sangat lagu nya,mula2 tengok airmata turun cam air hujan...Naza, Mimi, fatin dan nana yg menghadiahkan pelbagai barang termasuk "ukiran nama" yg pastinya akan menjadi kenangan abadi utk diingati hingga hujung nyawa...Terima kasih juga kpd Nab & Pak Koq yg mghadiahkan jubah yg sangat2 cantik...Terima kasih semua yg menulis kalimah2 pengobar semangat di Nota K.long...Terima kasih yg mendoakan kami....Terima kasih krn mghargai dan merasai kebersamaan....
Salam Rejab....datangnya menandakan semakin hampir juga Ramadhan yg dirindu..."Ya Allah berkatilah kami pada Rejab dan syaaban dan temukanlah kami pada Ramadhan..
Selasa, Jun 15, 2010
Alhamdulillah
Alhamdulillah selesai sudah imtihan Nusus K.long pada 13hb baru nie.....masa mula2 dapat kertas soalan, ingatkan Ablah tersilap bagi sbb tertulis kat atas kertas tu kuliah banat Kafru Syeikh dan Qalyubi....last2 baru terperasan tulisan kecik untuk kuliah banat Azhar Kaherah sama.ermmmmmmm......
Bglong ja tak habis imtihan lagi...hari ni dan khamis...Peksa selang sehari ngan berulang camtu letih gak tambah2 musim panas nie. Sudah lah di Itai Barud madah Alquran masih menggunakan muqarar lama...pastu bahasa Inggeris yg dah dapat taqdir elok pun kena ulang semula...alasan syuun>>>semua wafidin kena ambik semula>>>
Balik dr kuliah terus ke suwaiqah, ingat nak beli sabid tapi takdak langsung pulak hari tu...masa untuk mengemas serba sedikit barang2....Pas imtihan ramai gak yg akan balik..bukan dr Perlis dan Kedah ja tapi rata2 negeri....kawan2 sekuliah pun serupa...moga mereka selamat dalam perjalanan nanti.
******************************************************************
Masalah pasport Nadhirul masih belum selesai...walaupun msg dr Msia memaklumkan ianya sudah siap di kuala Lumpur dan hanya menunggu masa untuk dihantar kesini.....tapi jika difikirkan semula masalah pembaharuan pasport yg memakan masa terlalu lama...kebiasaannya 4,5,6 bulan tapi pasport nadhirul dah setahun setengah...lama sangat tu sampai urusan kemasukan nadhirul ke maahad Azhar mengalami pelbagai masalah....Heran juga ngan pihak2 tertentu ni...benda yg penting tak pula mereka jaga...benda lain sibuk nak jaga sangat...
Bulan lalu terjumpa satu berita kat akhbar pasai urusan pasport yg dipercepatkan urusannya....
"Pasport siap satu jam
2010/05/11
KUALA LUMPUR: Bermula hari ini orang ramai boleh mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa dalam tempoh satu jam selepas pembayaran dibuat, berbanding dua jam sebelum ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman.
“Langkah ini selaras dengan usaha kerajaan yang mahu setiap proses permohonan dokumen berkenaan dipercepatkan dan dikeluarkan dalam tempoh satu jam,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.
Katanya, perkhidmatan tersebut boleh diperoleh di beberapa cawangan yang terpilih di seluruh negara. “Kami ada 37 pejabat seluruh negara, buat masa ini laksanakan di 25 pejabat cawangan dulu sebab di pejabat besar seperti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, kena buat persediaan mungkin kena tambah,” katanya.
Antara pejabat-pejabat imigresen yang menawarkan perkhidmatan itu adalah Alor Setar, Kulim, Bukit Kayu Hitam, Langkawi dan Sungai Petani di Kedah.
Di Johor pula boleh didapati di pejabat cawangannya di Muar, Mersing, Kukup dan Segamat. Di Pahang ia boleh didapati di Kuantan, Raub dan Temerloh.
Sementara di Perak pula, perkhidmatan boleh didapati di pejabatnya di Lumut, Teluk Intan, Pengkalan Hulu dan Taiping.
Pejabat cawangan-cawangan lain yang menawarkan perkhidmatan itu ialah di Kota Bharu, Kangar, Kuala Terengganu, Tawau, Sandakan, Bintulu, Sibu, Limbang serta Miri.
Abdul Rahman berkata bagi pejabat cawangan di lokasi lain, perkhidmatan tersebut akan ditawarkan dalam fasa kedua kelak."
**Cadangan :::Kalau kat Malaysia boleh percepat maka urusan pembaharuan pasport kat sini pun kena lah bg cepat jugak...kalau ada masalah sekalipun maka pihak berwajb kena maklumkan apadia masalah tersebut dr membiarkan pelajar terpingga2....
**Mereka yg memohon pembaharuan pasport perlulah diberi surat @ apa saja pemakluman yg boleh digunakan bg menjamin keselamatan atau boleh digunakan dlm sebarang urusan...dr hanya memberikan resit pembayaran.
Selasa, Mei 18, 2010
Teruskanlah ........
Salam imtihan untuk semua sahabat, rakan, teman dan adik2 yg akan mghadapi imtihan semester ke2 dan yg sudah pun menempuh syafawi baru2 ni...
Semoga terus berusaha...pulun dan sentiasa bersemangat dalam azam yg dibina...InsyaAllah bila Allah mgkehendaki kejayaan itu akan datang jua...
Sebenarnya ketika musim imtihan nilah, macam2 ujian akan turut sama...dan waktu nilah juga tekanan akan bertambah2.Kalau kita lihat para penyair sejak dr zaman Jahili, zaman permulaan Islam, zaman Umawi, zaman Abbasi dan seterusnya zaman moden, mereka ini melakarkan& meluahkan apa yg mereka rasai, alami, hadapi,perhati ke dalam bentuk penulisan syair atau nasar.
Umpamanya Amir Syuara' Ahmad Syauqi, beliau meluahkan kerinduan yg teramat sangat terhadap Mesir didalam syairnya...begitu juga penyair2 muhajir....Malah Rosofi meluahkan perasaannya terhadap musuh2 Islam yg menuduh Islam itu zalim juga melalui syair...Sementara Zahawi melakarkan cerita teladan yg benar2 berlaku di kawasannya dalam bentuk nasar....Kisah "Asma" seorang gadis yg dipaksa kawin oleh ibu bapanya dengan lelaki yg lebih tua dr ibu bapanya malah lebih layak di panggil datuk ...hanya dgn matlamat tamakkan harta...si gadis akhirnya membunuh diri akibat tekanan jiwa.....Jikalau kita perhatikan kisah Asma tersebut..ia mempunyai banyak persamaan dgn kisah yg sekarang ini tgh menjadi isu panas di dalam akhbar tempatan Mesir dan kawasan2 perkampungan..sampai siap ada kempen lagi... okeh!!!bukan pasai kes tu yg Klong nak ceritakan disini tapi cara udabak meluahkan perasaan mereka melalui penulisan..
Begitulah sebenarnya yg Klong nak cuba bawakan dlm posting kali ni...sebagai manusia meluahkan perasaan adalah perkara biasa dan normal..kalau takdak perasaan itu yg tak normalnya...Tempat mengadu kita semestinya pada Allah yg maha Penyayang tak pilih sayang...Yang Maha Pengasih tak pilih kasih...namun kita berhak meluahkan apa yg kita rasa atau apa yg kita alami bg meredakan hati sendiri walaupun org yg mendengar dan melihat tak mampu berbuat apa2.
hakikatnya saat hati kita dilanda runsing dengan imtihan atau masalah lain...maka berserahlah sepenuh jiwa padanya...Allah sentiasa bersama kita...bukankah dengan mengingatinya hati akan menjadi tenang??
K.long sedang menanti 13/6...sehingga malam tadi setelah jenuh memaksa dgn pelbagai formula yg sudah digunakan maka 95% Abyat syair sudah ada dalam kepala...InsyaAllah ia akan terus disitu...sememangnya saat ini tekanan imtihan itu benar2 terasa..sudah lali dan sudah letih membaca soklan tubi dan soklan spot dr kengkawan dalam fb...setiap kali nak study mesti Klong genggam tangan kuat dan cakap>>"aku nak najah tahun nih...walau apa yg terjadi hard @ smart..aku mesti pulun<<"
Dan kini tawakkal pada mu Ya Allah ...Aminnnnnnn.
Selasa, Mei 04, 2010
Penggunaan facebook
Sebagai peringatan diri Klong dan Anda saudara dan saudari seagama, seakidah ku...."Berpesan2 lah kamu dengan kebenaran..."
Moga artikel dr ustaz Zaharuddin ini memberikan kita sesuatu..
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharuddin.net/
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Khamis, April 29, 2010
Kasut oh kasut
Entah kenapa payah benar hendak mendapatkan kasut bersaiz 5 = 36...sudah beberapa kedai yg kami singgah memaklumkan paling kecil 37..kalau ada pun.. kasut yg tumitnya berjengkal2..takkan nak pakai kasut tumit camtu ke kuliah...buat derita kaki ja...nampak gaya kena ke Atabah lagi jawabnya sebelum peksa nih...dulu pun pernah Klong beli kasut fesyen cam kanak2 sekolah siap ada pelekat lagi gara2 tiada saiz..
Tapi dalam minggu ni kaki Klong pun belum baik sepenuhnya..masih berbalam2 warna muv nya..hasil xray baru ni Alhamdulillah tiada keretakkan atau pun patah...memang Klong pun ihtimal takkan sampai retak kot..bukan kena lenyek kereta tapi jatuh terseliuh ja..disebabkan angin masuk ..itu yg agak menakutkan sesiapa saja yg melihat fizikal kaki Klong..pastu faktor gatal pada tempat sakit..mungkin itu menguatkan andaian doktor..apapun Alhamdulillah..Klong masih gagah membuat jualan walaupun kulit popia takleh buat sbb dia satu2nya kuih yg perlu klong berdiri lama...masih boleh ikut liqa ...walaupun sampai pitam 3,4 kali dalam tu...
okehlah bukan nak cerita pasai sakit ja..sakit itu ujian...selagi kita boleh bertahan dan tersenyum ngan kerja kita Alhamdulillah...ujian ini Allah beri dalam pelbagai bentuk...ada yg diuji ngan sakit, miskin.susah,bimbang...setengahnya kaya,senang ,sihat dan peperangan...maka berhati2 lah ngan ujian kesenangan dan kekayaan..kerna ia lebih bahaya dr ujian yg lain...
Sekian..salam imtihan..doakan Klong juga..





