
Assalamualaikum....salam perdana dan bersua kembali........
Mood untuk meng"update"posting agak kurang dalam minggu ni,taktaulah kenapa...tapi keinginan untuk berkongsi serba sedikit beberapa siri pengalaman yg pernah dilalui belum pudar.Dengan ilmu yg sedikit cuma (tak hebat mcm student MA)Alhamdulillah Allah ilhamkan K.long dengan pengalaman.Ya! hari2 melihat telatah manusia,ada yg hebat,ada yg ciput,ada yg bagai air mengalir malah ada yg buat2 pandai.
Perjalanan yg lama ini berpaksikan semangat...dan semangat itu akan ada sampai bila2.Sebelum K.long melangkah pergi K.long ingin melihat segalanya indah,kesatuan yg tidak akan goyah walau tsunami membadai,adik2 yg bersemangat untuk berjuang dengan ilmu...
Zaman berganti dr mula K.long datang kesini tiada lambakan kedai2 internet,tiada kemudahan telefon bimbit,Tiada pasaraya2 besar ,rata2 rumah akhawat tidak mempunyai komputer apatah lagi notebook,Tv juga jarang kelihatan di kebanyakan rumah banat kecuali tv hitam putih milik tuan rumah.....dulu kalau nak hantar iklan K.long perlu berjalan dr satu rumah ke satu rumah...tpi kini segalanya mudah..............
Maka apakah dengan nikmat kemudahan tersebut kita juga turut terpana untuk melupakan tanggungjawab kita.Mengejar yg lebih besar tetapi melupakan sesuatu.Menganggap Ikhtilat itu sesuatu yg ringan...wajarkah perkara itu kita kesampingkan? ....Ya banyak lagi yg perlu kita bincangkan tapi membiarkan ikhtilat membarah lalu ia merebak menjadi maksiat yg payah dibentung maka apakah kita pasti diketika itu khilafah Islamiah akan bersinar dengan mudah.Panjang benar jika K.long nak hurai disini.............tapi anda merupakan ulama pewaris Nabi maka anda lebih arif.
Tahukah anda bberapa thn yg lalu pihak kuliah banat Al Azhar Kaherah pernah melarang pemakaian seluar panjang seperti yg sering dipakai oleh pelajar2 dr Thailand dan Indonesia.Sesiapa yg ingin memakai seluar panjang bajunya mestilah paras lutut.Pertukaran Amidah yg silih berganti mungkin menyebabkan peraturan itu hilang begitu saja.Lalu kini lambakan pemakaian baju ketat menjadi trend beberapa pelajar dr negara tertentu..tudung yg menampakkan ekor rambut....hati bertanya sendiri..>.agaknya inilah mereka2 yg hebat dalam ilmu pengajian dan debatnya? mengatakan mereka berpegang pd wasatiah lalu mghentam org lain jumud dan syadid....
Salam hingga jumpa lagi,
Dasar hatiku...ada thuraya berkelip....genggam semangatku berkobar...kerna kau ada.........selalu dan selama..............
Sabtu, Mac 28, 2009
Berjuang dengan cara sendiri
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Sabtu, Mac 14, 2009
Itulah lumrah

ati dihuni sayu,sedih,geram dan marah lantas semalaman mata enggan terpejam.Fikiran benar2 ternganggu...benarlah kata Bglong>>>"Klong seorang pemikir".Takut untuk terus melayani perasaan itu K.long mengambil wudu',menunaikan solat penenang hati lalu Klong sudahi dengan bacaan surah Yassin 3x.Jiwa temui penawarnya.........
Ya Allah sekecil ini pun dugaanmu aku tak mampu membendung tangisan..lalu bagaimana kelak cabaran dakwah yg lebih besar menanti disana..mampukah aku?
Setiap sirah junjungan Rasulullah SAW,Nabi2 terdahulu,para sahabat serta pewaris2 mereka berdepan ibtilak dan tribulasi yg lebih hebat.Perjuangan mereka tidak sunyi dari di caci,dicerca,disakiti,dilukai dan pelbagai lagi ancaman.Mereka menyeru kebenaran namun bukan semua manusia sukakan kebenaran bila hatinya tertutup,Iman mereka dipintas nafsu dan hasutan syaitan.Begitulah lumrah bg setiap perjuangan.........teringat pulak pada sebuah nasyid >>Perjuangan itu gerun dan mengerikan...hebat dan dahsyat........>>>>>
Ada manusia yg belajarnya sampai Master tapi otaknya kosong,merendah2kan martabat manusia lainnya yg>>>enta br thn 3 syukbah lughah pulak tu mana layak nak pegang hisbah nie,ana dah MA lebih faqeh..."itulah antara maksud kata2 makhluk perosak yg menelefon.
Begitupun ada juga manusia yg terus menyombongkan dirinya,dingin dan terus tidak bertegur sapa bila dia diberi nasihat.Binalah kehidupan diatas kesakitan org lain kelak suatu masa Allah terbalikkan perkara tersebut.Tidak pernah terlintas di hati untuk mendoakan keburukkan utk org lain malah selalu dan sentiasa berdoa Allah membuka hati kita terus kekal dalm hidayah dan inayahnya.Tapi pengalaman yg berlaku disekeliling memperlihatkan kpd kami bahawa kehidupan yg dibina atas kesakitan org lain bahagianya tidak kemana...nauzubillah.
Kembalilah bersinar dengan ilmu yg kita belajar kerana kita kadang2 menilai dgn hanya melihat zahiriah sahaja,marilah berkampung bersama kenali pucuk pangkal.Yg melata hebat tidak semestinya bertunjang hebat juga kerana ia kadangkala rosak dan buruk didalam.
P/s: Abg....sabarlah...Allah bersama kita selagi kita menyampaikan kebenaran dengan niat yg ikhlas.
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Khamis, Mac 12, 2009
Tahniah Nazatul
Tahniah buat Nazatul kerana berjaya menjadi Johan pertandingan sayembara mencipta puisi bg Sambutan Maulidur Rasul 1429h kali ini...Walaupun demam panas sekurang2 sejuk sikit ngan keputusan tersebut kan...syafakillah....
Ceria,menjiwai dan bersemangat YDP kita Us.Zainureen ketika mengalunkan nasyid Sempena majlis malam ini...Pasni bolehlah nak minta tolong nyanyi sempena anniversary kami pulak no.(lawak ja)
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Isnin, Mac 09, 2009
Mg Hidayah Allah Bersama ....

Kisah buli dan gangsterisme semakin menjadi2 dikalangan para pelajar sekolah.
Senior membuli junior,anak murid serang/pukul guru,guru jual syabu kat pelajar dan pelbagai lg kes yg terjadi malah sampai ada yg sanggup meletakkan video2 buli tersebut di dalam laman youtube.
Kebimbangan merajai hati bilamana memikirkan institusi pendidikan semakin tercemar,sekolah bagai hilang peranannya...Anak2 muda terus hanyut mengikut arus dunia tanpa sempadan.Tanpa teknologi dan pengetahuan mengenainya kita dikatakan ketinggalan zaman akan tetapi bila kecanggihan teknologi di salah gunakan maka teknologi lebih membawa keburukan dr manfaatnya terhadap nilai moral dan akhlak.
Penggunaan telefon bimbit yg mempunyai kamera sepatutnya dilarang keras didalam kwasan sekolah.Seingat K.long Arab Saudi adalah antara negara yg pernah melarang penggunaan telefon bimbit berkamera.Handphone menjadi tempat dating jarak jauh yg semakin melalaikan.Pembaziran kredit jg berlaku akibat bergayut terlalu lama.Apakah mengembalikan hukuman rotan disekolah boleh memperbaiki keadaan...kita tunggu dan lihat hasilnya slps ini?
Pemantauan serta tindakan tegas terhadap kedai2 internet/game perlu dilaksanakan dan digerakkan dgn lebih hebat bilamana mengikut laporan harian Metro terdapatnya kedai2 tersebut yg menyediakan permainan game berunsur lucah terhadap kanak2.
Dari pelajar tahap rendah dan menengah, pastu plak Institusi pengajian tinggi juga turut sama terpalit dengan isu pertunjukkan fesyen dan tarian separuh bogel yang dianjurkan penuntut sebuah kolej kediaman secara terbuka di sebuah universiti baru-baru ini,...........
Sungguh memalukan bilamana generasi yg diharap untuk membangunkan negara hanya mampu membangunkan nafsu mereka.Budaya hidup lepas bebas seakan bermaharajalela dalam golongan ini.Maka benarlah sekiranya kita ingin membetulkan rakyat maka pemimpinnya perlu dibetulkan terlebih dahulu.
Penerapan Budaya Islam perlu bermula dr kecil...penekanan subjek AlQuran dan Agama....mewujudkan suasana sekolah Islamik adalah antara langkah awal yg perlu dititikberatkan.Jangan hnya tahu ...nampak yg Islamik sikit gam,sekolah agama rakyat di anak tirikan,Jurusan agama dikurangkan...dan pelbagai lagi agenda sekatan dalm diam.........
"Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah[789] dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?,: Ibrahim <28
Bukan senang menangani masalah2 sosial dengan hanya mengikut undang2 logik@ sekularisme @liberal@undang2 yg dibawa barat...Kedatangan Nabi SAW adalah rahmat untuk sekalian Alam.Diwahyukan untuk baginda mukjizat AlQuran sebagai panduan untuk kita yg meneruskan wasilah dakwah menegakkan Islam yg tercinta."ISLAM ADALAH PENYELESAIAN lalu jalan terbaik untuk merawat gejala2 buruk ini adalah dengan kaedah Islam.
Sempena Maulidurrasul...perbanyakkan salawat..muhasabah diri...perbetulkan niat...tinggalkan mazmumah....
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Selasa, Mac 03, 2009
Dr berita kuliah banat

urut mengiringi keriuhan dan kerancakan kuliah semester 2 kali ini adalah pembukaan maarad brg2 keperluan didalam kawasan kuliah.Habis saja kelas tengahari K.long sempat singgah ngan Emi,membelek apa yg dijual disitu.Taklah banyak sangat barangnya seperti tahun lps...tp yg banyaknya hanyalah pakaian musim sejuk dan aksesori.Musim sejuk dah nak beransur pergi...jadinya pasti ramai yg kurang berminat.
Hari nie juga ketika menunggu muhadharah ke2...masuk penlg Doktor Abdul Fatah memberitahu serta mengucapkan tahniah krn ada pelajar wafidat(asing) yg mendapat markah 100% bg subjek Ilmu Dilalah imtihan semester 1 baru2 nie..pastu seluruh budak arab bertepuk tangan.Tapi tak pasti siapa plak dan dr negara mana pelajar wafidat tersebut.Pelajar Malaysia pun tak ramai kini yg menghuni fakulti 4 lughah nie coz sekarang ia di monopoli oleh pelajar2 dr Indonesia dan Brunei.
Pelajar Mithali keseluruhan(banat) bg fakulti pnd Islam & bahasa Arab juga dr kelas K.long..Alhamdulillah dan seronok mendengar kejayaan org lain...sementelah diri sendiri masih lg & sedang berjuang membawa resepi kecermerlgan insan lain ke dalm wawasan jatidiri..
Salam hormat
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Ahad, Mac 01, 2009
Jumaat, Februari 27, 2009
DaH Ok

lhamdulillah....
Komputer dah ok semula selepas 3minggu mati terkejut,hehe............
Sepanjang waktu tersebut tiada posting terbaru,beberapa kertas kerja juga terbengkalai tidak bertaip.Nak ke cc memang tak sempat sangat...24 jam sehari rasa terlalu pendek dan tak cukup....
Hari nie lega sedikit rasanya, nikmat kelapangan yg Allah kurniakan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.Kitab kuliah untuk semester 2 juga telah hampir semua K.long ada...rasanya tinggal adab Islami saja yg belum confirm kitabnya tukar atau belum.Sudah berjaya menghabiskan bacaan beberapa tajuk dan sempat menyiapkan ringkasan bg kitab2 yg sudah K.long baca.Alhamdulillah...erm semester kedua telah pun bermula...Jom ke Kuliah!Muqarar AlQuran yg baru juga dibatalkan dan kembali seperti sediakala 8juz untuk thn 4...taktau
lah kot berubah plak pasni.
Sepanjang komputer rosak hari tu banyak sangat idea untuk ditulis tapi sekarang ntah hilang kemana plak.Erm hari2 seronok juga mengikuti rancangan hiwar dan debat isu semasa kat tv mesir nie.Dr isu seorang ibu yg mempertahankan anaknya dituduh penjenayah dan dikehendaki polis sampai mengamuk kat tv tu marah pengacara rancangan....Isu yg menjadi penghias dada2 akhabar bilamana kedai2 farmasi mogok dan tutup selama 3hari@ ada yg tutup siang sahaja buka malam akibat membantah kenaikan cukai, kisah kahwin kontrak yg semakin parah dikalangan muda mudi d
an pelajar universiti Mesir........dan macam2 lg..
ok jumpa lagi insyaallah .........sama 2 mendoakan kesejahteraan saudara seIslam..........
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Isnin, Februari 02, 2009
Dengarlah nasihat Ibu
Wah susah sungguh nak sign in masuk blog dalam kelembapan server hari nie.Setelah agak lama tidak diserang "lelah", musim sejuk kali ni tiba2 diserang semula.Kerana itu juga Bglong jarang membenarkan Klong keluar malam kecuali jika ada urusan penting sahaja.
Juga maaf bebanyak sekiranya anda yg membaca merasakan ada penulisan dan cerita yg tergantung di penghujungnya lantaran masa yg agak terbatas utk berada depan komputer dgn lbh lama............
Hari nie K.long ingin sentuh bab "Ibu"....memikul tugas dan jawatan tersebut bukanlah sesuatu yg mudah.Bermula dr dalam kandungan sehingga saat melahirkan seterusnya hingga besar menjadi kewajipan pula untuk memberi pendidikan yg berguna.
Klong teringat kata2 Imam Al Ghazali yg mafhumnya berbunyi:" Pendidikan atau tarbiyah umpama kita menyiram tanaman yg kering... harapan kita agar tanaman itu akan menjadi subur lalu bermanfaat dikemudian hari.."
Sebut pasal bab melahirkan ini K.long sebenarnya masih trauma untuk menambah bilangan anak yg ke3 berikutan pengalaman 2kali menjalani pembedahan caesearan sblm ini.
Pembedahan caesearan di Mesir sedikit berbeza berbanding menjalaninya di Malaysia.Berbeza dr segi biusnya .....di sini sewaktu pembedahan kita memang tak sedar langsung..bila dah sedar anak dah ada ditepi...tapi di Malaysia kita dibedah dalam keadaan sedar cuma tak rasa apa2 ja.Walau bagaimana pun sakit selepas pembedahan, perit waktu berjalan dan waktu hendak bangun tetap benda yg sama.Tapi bg K.long sekiranya diberi pilihan sememangnya Klong lebih suka tidak sedar.......sbb K.long nie memang jenis penakut.
Tapi K.long nasihatkan kepada mrk yg menjalani pembedahan mcm K.long kena selalu dan rajin bangun berjalan jika nak cepat sembuh dan cepat boleh bangun sendiri tanpa perlu bantuan org .
Dalam bab memberi pendidikan anak2 pula, kesabaran adalah pokok pangkalnya.Semakin kita dewasa & matang ,semakin kesabaran kita tinggi berbanding jika darah masih muda.Lalu segalanya bukan boleh dibuat main2...lengkapkan diri dgn ilmu...........
Kesimpulanny
a untuk posting kali ini, dengarlah nasihat ibu kita.Susah payah dia mengandung,melahir dan membesarkan kita sedikit pun tidak mengoyahkan hatinya lantaran anak2 yg ditatang bagai minyak yg penuh dilihat sejuk mata memandang.
Salam hingga jumpa lagi....................
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Sabtu, Januari 31, 2009
Tak habis2 Konsert
Selepas satu demi satu konsert di Malaysia yg dibantah penganjurannya, kini satu lagi konsert bakal dilaksanakan.Bukan calang2 penajanya........Celcom, malah pengajurnya juga adalah orang Islam.
Dalam sidang media baru-baru ini, orang kuat telekomunikasi itu mahu orang ramai menerima kehadiran Rihanna yang bernaung di bawah syarikat rakaman negara sekutu Israel itu, Def Jam Recordings, hanya dari aspek hiburan semata-mata tanpa mencampuradukkan dengan sebarang agenda politik....Masyaallah!!! ini permintaan dr org yang beragama Islam.Biarpun tiada kaitan dengan politik tetapi elemen kemanusiaan yang harus diutamakan.
Di saat kita dan pelbagai pihak melaungkan kempen boikot terhadap produk Israel dan Amerika..mereka ini pula pula cuba memancing anak2 Malaysia membeli tiket konsert Rihanna.Bagi mereka Rihanna adalah contoh artis bersih...........bersihkah begitu jika menyanyi hanya mengenakan seluar pendek dan baju menayangkan sebahagian dada??
Sementara itu ramai menganggap Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan kelmarin yg bertindak meninggalkan Forum Ekonomi Dunia semasa sidang sedang berlangsung di Switzerland setelah bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik Gaza adalah seorg Hero.
"Saya sangat dukacita kerana ramai bertepuk tangan dengan apa yang anda katakan kerana hakikatnya ramai penduduk (Gaza) mati," jerit Erdogan kepada Peres sebelum dihalang oleh moderator.
Kesimpulannya "Org2 yahudi dan nasrani itu tidak akan redho sehingga kita org Islam mengikut telunjuk mereka"....Jikalau umat Islam bersatu sudah tentu segalanya mudah namun umat Islam sendiri sanggup menjadi perantara mgkayakan musuh Islam...fikir2kanlah..........
Dicatat oleh ummi 0 ulasan
Selasa, Januari 27, 2009
Yang Baik dr Allah Jua

Assalamualaikum....
Alhamdulillah kembali bersua setelah sekian lama tiada sebarang posting.K.Long baru ja habis imtihan, masam manis tercatat dalam versi tersendiri disepanjang waktu untuk mghbiskan imtihan kali ini.Insyaallah mg kejayaan milik semua.
Pelbagai peristiwa juga yg berlaku diserata Dunia tatkala tahun baru 2009 menampakkan dirinya.Serata dunia bermandikan cahaya dentuman bunga api namun di suatu sudut paling menyedihkan kita seperti yg dunia sedia maklum adalah kekejaman Israel laknatullah terhadap rakyat Gaza.Hanya doa yang mampu dihulurkan dr kejauhan ini.
Imtihan kali ini juga menemukan K.long dengan kawan baru warga Mesir bernama "Hind' pelajar thn 2 syariah wal qanun.K.long suka berbual dengan dia krn dia mggunakan bahasa fushah disamping itu dia adalah pekerja sukarelawan mengajar kanak2 dirumah anak2 yatim.
Sedikit sebanyak dapat membantu mengemaskini nahu sorof dalam dialog K.Long jesteru bukan semua arab tahu berbahasa arab fushah...ini dibuktikan dalam kelas K.long sendiri tatkala pensyarah menegur beberapa pelajar Arab.
Ketika mundar mandir mghafaz nota sebelum memasuki dewan peperiksaan mata K.long sempat menangkap ramai kelibat pelajar2 arab memakai tudung seperti pelajar Malaysia...manis dan comel sangat kalau bertudung labuh...lagipun bila musim angin kuat tak payah nak cover teruk2 kan, terselak sana terselak sini.
Bukannya maksud K.long org yg pakai tudung selain tudung labuh tidak menutup aurat...Tidak salah memakai tudung subaji @ tudung bawal asalkan ia boleh dilabuhkan melebihi paras dada,tidak terlalu jarang hingga menampakkan batang leher tatkala disimbahi cahaya.Namun bukankah lebih manis dan sangat come jika kita warga Azhariyah terus mempertahankan tudung labuh sebagai imej.Perumpamaannya begini "JIka buat begini dah baik tapi kalau ditambah begini bukankah ia terlebih baik"
Sekadar pandangan peribadi K.long namun bukan niat mghujum.Pandangan ini terbit tatkala K.long mendengar kawan2 bercerita tentang Malaysia.Kata org kampung mereka :"La ni org ngaji Azhar pun sama ja ngan org ngaji biasa."Dr segi pakaian,tindakan dan amalan...."
Mungkin bg mereka imej itu sesuai bg kita,sama seperti sekolah ada pakaian seragamnya,polis tentera ada seragamnya,artis dengan pakaian glamornya ...Walaupun bukan imej menjadi ukuran namun seperti yg K.Long kata diatas ia nampak lebih manis sebagai gadis muslimah Azhariyah.
JUst untill the next time.................Da!!!
P/s: "SEBAIK2 MANUSIA ADALAH YG PALING BANYAK MEMBUAT KEBAIKAN UNTUK MANUSIA LAINNYA."...
Jesteru itu terima kasih daun keladi kepada Ustaz Nasrul Che Ali (Exco KPP) dan adik2 akhawat Kedah di Villa Mona di atas kesudian menjaga anak2 K.long semasa imtihan yg lps....Allah selayaknya membalas pertolongan kalian....mg Kalian najah dengan cemerlang.
Dicatat oleh ummi 0 ulasan





