zwani.com myspace graphic comments

Ahad, November 30, 2008

MeLaRiK MiMpI

Apa yang anda tahu tentang mimpi?Adakah mimpi hanyalah mainan tidur seperti kata kebanyakan org atau mimpi sebenarnya memang membawa pengertian dalam kehidupan seharian kita.

Apapun takrif yg kita berikan...mimpi adalah sesuatu yg biasa dalam diri kita,semua org pernah mengalaminya.Cuma kita tak pasti sejauh mana mimpi kita itu hasanah (baik) atau saiyiah (buruk).

Di thn 1 dulu k.long ada madah tafsir.Drh k.long bahagikan kitab tafsir itu kepada 2, pertama tafsir Al-Quran dan ke2 tafsir mimpi.

Mengikut apa yg K.long belajar,mimpi ada 2 bahagian.
1/hasanah
2/ saiyiah
*Mimpi yg hasanah adalah mimpi yg boleh kita ambil iktibar dr maknanya.Mimpi tersebut mestilah hasil dr tidur yg didahului dengan bacaan doa atau surah2 tertentu,tidur yg diiringi wudu',tidur yg tidak didahului dengan perkara yg lagha (melalaikan),tidur yg menepati syarat2 tidur seorang mukmin.

*Manakala mimpi yg tidak boleh diambil kira adalah hasil dr tidur yg hatinya sentiasa lalai dr mengingati Allah,sebelum tidurnya dipenuhi keasyikan dan kelalaian duniawi.

Mimpi yg tidak boleh disangkal kesahihannya adalah mimpi bertemu Rasullah SAW kerana syaitan tidak boleh menyerupai baginda dalam apa jua keadaan.

Sejarah juga menceritakan tentang kehebatan Nabi Yusuf mentafsir mimpi.Malah Kitab "Tafsir Ahlam" karangan Ibnu Sirin juga menghurai setiap butir mengenai mimpi.Maka mimpi apa yg pernah anda lalui hingga meninggalkan kesan di hati atau anda masih ingat sampai bila2?
Pernah atau tidak mimpi anda menjadi kenyataan?

Bagi diri k.long, Ya!!!mimpi pernah menjadi kenyataan....K.long bermimpi akan mendapat anak lelaki maka memang k.long dapat 2org putera.K.long bermimpi setiap kali natijah akan keluar maka natijah itulah yg betul sama ada najah atau tidak.k.long bermimpi bertemu jodoh dengan bglong maka Allah pertemukan kami setahun slps itu.

Cuma yg masih belum menjadi kenyataan adalah k.long bermimpi berada di Kaabah dan masih belum ada rezeki untuk kesana,insyaallah suatu hari nanti pastinya atau barangkali .K.long pernah bermimpi bulan purnama berada diatas bumbung rumah dan seluruh rumah k.long dilimpahi cahaya...dan k.long sentiasa berdoa cahaya itu akan tetap bersinar membawa kejayaan dalam hidup k.long sekeluarga.

Bagaimana dengan anda?kesimpulannya ambillah sedikit masa sebelum tidur untuk muhasabah diri dan ingat...jangan lupa doa tidur....3xsurah Qul ...ayat kurysi....

0 ulasan:

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você