Bersua kembali.....
Minggu ni rutin penuh sementelah kuliah telah rancak berjalan.Kepadatan diari sianghari bermula seawal jam3-4 pagi lagi menyebabkan k.long sudah tidak
berdaya bila jam dah tunjuk 9mlm memang mata dah habis limit bertahan....
Kerana itu juga k.long kurang sedkit memberi perhatian pada blog.Bermula sesi pengajian baru menyebabkan kita kadang2 perlu mengubah strategi untuk merancakkan semangat sendiri.Org lain takkan mampu melakukan perubahan kpd diri kita melainkan kita sendiri yg bertekad melakukannya.
Bercakap tentang pengajian baru K.long ada terbaca iklan dikuliah mengenai pembukaan cawangan baru bg kuliah banat Al Azhar di Syibin.Tertera diiklan tersebut kepada pelajar2 thn 1 sahaja yg boleh memohon pertukaran kesana.Tapi tak pula disebut sama ada misriyat sahaja @ wafidat .Namun yg pastinya selepas ini akan ada pelajar2 Al Azhar wanita yg akan dihantar kesana...Tersenyum lagilah ikhwah kita disana andai ada akhawat Malaysia yg akan terlontar kesana thn2 yg akan dtg....(barangkali!!!).
Pernah tak anda menonton dokumentari mengenai kesan kejatuhan empayar Uthmaniah?Ya k.long sempat juga tengok dan waktu tengok tu k.long sedang makan nasi...bila sampai part perang dan penderaan org2 kafir laknatullah terhadap umat Islam, hilang terus selera nak makan nasi....coz k.long tak sanggup tengok dan tak mampu menahan airmata bila manusia yg mengaku Islam menjual Islam dan sanggup meruntuhkan sistem khalifah demi tunduk pada kuffar,demi mengejar dunia.
Jesteru wahai umat Islam sedarlah!! jgn lagi leka....hiburan,maksiat dan segala macam dakyah yg dibawa oleh kuffar adalah senjata perang saraf mereka.Jangan biarkan diri sendiri yg menjadi salah satu senjata untuk menghancurkan Islam itu sendiri. Bersatulah atas nama aqidah islam bukan atas melayu...Bila kita mengaku Islam maka tegakkan apa yg menjadi kewajipan kita, bukan menjadi penghalang.
Salam hingga jumpa lagi.....Sirru ala barakatillah...........
Jumaat, November 14, 2008
Sepintas lalu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 ulasan:
Catat Ulasan