zwani.com myspace graphic comments

Sabtu, Julai 19, 2008

Andai anda tahu


Bahasa melambangkan jiwa kita sebagai muslim...Nabi mengajar kita bercakap dengan penuh adab sopan dan berhikmah hatta kepada teguran sekalipun.Ya tajuk ini terlintas bila K.Long melihat beberapa dialog ikhwah kita yg agak kurang manis.Mereka ini langsung tidak mengira perasaan org lain dan tidak langsung peduli apa sebenarnya yg terjadi,yg mereka tahu hentam...maka benarlah dalam ukhuwah husnu dzon itu penting.

Mentaliti org kita seringkali begini:
1/Orang tak najah mereka hentam >>>( tapi pernah tak mereka tanya kenapa dan mengapa?

2/Orang berniaga mereka hentam >>>(Pernah tak mereka cuba membantu kalau org lain kesempitan, yg mereka tahu "masak sedap2 kami nak pi makan kat umah hangpa?)

3/Orang aktif PMRAM mereka hentam>>> (kita punya hak dan kebebasan untuk memilih persatuan yg ingin kita sertai.Bukan pasal taasub @ sebagainya,tp selagi PMRAM dilandasan yg betul dan benar adalah menjadi suatu kemestian kita bersamanya.

4/Orang bg pandangan mereka hentam>>> (setiap idividu berhak mengeluarkan pendapat masing2...terima @ tidak terpulang ....hatta kita seorang pemimpin = kita bukan maksum.

5/ Bila orang cakap bab agama,mereka kata "tak payah tunjuk alim.BA pun tak habih lagi nak tunjuk pandai">>>(Bila Allah mengizinkan hidayah pd sesiapa yg dikehendakinya maka org itu tak kira asal usulnya dr mana,siapa dan bagaimana kerana banyak sekali org yg keturunannya bijak pandai tapi iman tak boleh diwarisi.Sedangkan Allah telah menjelaskan bahawa "Kamu adalah sebaik2 umat bilamana kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran."

Tersentuh hati kelmarin membaca tulisan manusia takbur..." Aku ada kereta dah,hangpa ada apa.Apa pun tarak."
K.Long tahu hati B.Long tersentuh krn itu dia diam..Namun yg ingin K.Long katakan pd makhluk itu "Allah ada... sentiasa dihati kami, Dialah yg mengadili,apa yg kami buat bukan utk maddiyah @ sesiapa tp perjuangan yg takkan berakhir.Sabar B.Long lebih berganda hatta sekalipun kalian pernah merobek membaca diari peribadinya..Kata B.Long biarlah itu urusan kalian dengan Allah.

Akhir kalam apa yg kita lakukan kiranya hanya untuk kesenangan yg sementara ianya tidak kemana.Allah tahu segala2nya.Beradablah bila bertutur,berlapiklah agar suatu masa apa yg anda katakan tidak terkena anak cucu sendiri...sekian

0 ulasan:

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você