zwani.com myspace graphic comments

Isnin, Julai 14, 2008

Nak seribu daya



h taugeh...ya bulan nie percubaan kami buat taugeh menjadi....nak jual???taklah hanya untuk makan sendiri ...tapi buat dengan kacang hijau paling mudah dan paling best.kacang yg kami gunakan menjadikan taugeh kami sedikit besar...tapi bila goreng ..ermmm sodap...rasanya tetap sama..pengalaman buat sendiri berbeza ngan yang kita beli..tak gitu??

Beberapa hari tanpa posting (internet disable) banyak jugak pengalaman yg ingin dikongsi...contohnya cam kelmarin sempat juga ikut B.Long ke Ain Suqnah.walaupun panas terik tapi seronok tambah2 lagi si Nadhirul,sampai merah muka mandi laut.Si Nabil dr awai teriyak ja takmau mandi ...tup2 dalam baju basah dia boleh lena...i.Sebenarnya niat kesitu nak mandikan anak2 ngan air masin untk legakan ruam2 gatal coz dulu masa nadhirul kecik kita mandikan dia ngan air masin jadinya gatal2 tu hilang..Alhamdulillah dengan izin Allah jua,kita manusia hanya berusaha dan berikhtiar.

(pemandangan Di Ain Suqnah)

Bercuti dan berjalan tak semestinya kita pegi untuk berseronok ja,sebaliknya banyak perkara yg dapat kita lakukan dan manfaatkan bak kata pepatah"jauh berjalan luas Pengalaman & Pengetahuan".Bercakap tentang maklumat dan pengetahuan nie..sepastinya tatkala meninjau tahap thaqafah ramai dikalangan kita sedikit terbelakang.Teknologi yang hanya dengan menggerakkan hujung jari masih membataskan individu tertentu untuk keluar mencari maklumat terkini..mereka langsung taktahu apa yg sedang berlaku terhadap dunia....mereka hanya mampu mengikuti apa yg sedang berlaku dalam rumah dan sahabat2 sekeliling sahaja.Tahap penguasaan dan keinginan yg lemah menjadikan program yg dihadiri bagai mencurah air didaun keladi...K.long tak pasti mereka ini buat program dan ikut program untuk apa???jika tak dapat mghayati dan praktik....samalah kita mcm org yg tak ikut prgram ilmu apa2...faham2 lah sendiri.

Malas @ sibuk @ pelbagai alasan yg dinyatakan...pastikah dengan alasan itu org lain boleh menerimanya.Kita perlu tajamkan minda kita dengan membaca dik!!!pelbagai sumber bacaan dan rujukan yg boleh didapati sekarang ni..kitab online,kitab2 peribadi yg berlambak di rak sendiri,layar lebar malah suratkhabar tempatan belambak -hak dijual digerai2 kaki lima.

Segalanya terletak pd diri kita sendiri...Kerajaan Mesir juga sedang menggerakkan kempen mari membaca..poster2 nya boleh kita lihat dimerata tempat...apa tunggu lagi...wahai adik2 azhariyah...

Bacalah untuk Diri kita dan tanggungjawab bersama....nanti taklah org cakap kita kolot...pastu bila kena hentam kita jugak yg ralat....


0 ulasan:

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você