zwani.com myspace graphic comments

Sabtu, Julai 05, 2008

Berani Biar Bertempat

erani biar bertempat.....Subtopik yg ingin K.Long bincangkan bersama untuk posting kali ini jesteru seringkali sangat K.Long terpandangkan akhawat yg acapkali mundar mandir kesana ke mari diwaktu malam tanpa ditemani musyrif. Faktor apakah yg membuatkan mereka terlalu berani sedemikian rupa...kalau dalam kelompok ramai mungkin berani tu boleh lagi diterima,tapi ini berdua @ seorang diri lewat malam...apa dicandanya malam2 begitu ..minorinya sahaja yg keluar atas dasar pengajian malam ...erm tapi majoritinya lebih banyak hanya keluar makan,bershopping dan tak kurang yang merendek di Mall besar.

K.Long pernah menegur seorang Pelajar baru yang menaiki teksi seorang diri ke Kuliah,disebabkan dia tak berapa arif lagi selok belok jalan mesir dan bahasa arab a'mmi...kuliah banat Azhar yg hanya sedekat itu menjadi jauh disebabkan teksi yg membawanya melalui jalan lain dan terus menghantarnya ke kuliah Ain Syams.....Dipendekkan cerita tak semena2...tunang akhawat tersebut marahkan K.Long kerana menegur tunangnya...Alah K.long tegur bukan nak tunjuk pandai tapi bila kita ni masih baru ditempat org beraninya biarlah bertempat...sini bukan malaysia dik.Bercakap bahasa arab pun masih kongkang...jadinya hitung2kanlah sendiri demi untuk kepentingan diri sendiri jugakkan.

Tahun 1990 dulu K.Long sekolah Menengah Ptg,kadang2 bas lewat mai tambah2 hari khamis so sampai stesen bas Gurun dah maghrib...Abah lah org yang paling susah hati...kalau terlewat sikit mesti abah pi tunggu kat stesen hatta sehingga mai Mesir pun abah masih berpesan.

Buat ayahanda dan bonda yg ada anak dikejauhan ...tanya2kan khabar mereka bukan hanya dr anak mereka sendiri tapi melalui persatuan dan sahabat2 yg rapat mengenai sikap anak2.Kerana ramai jugak yg dihadapan mak ayah lain sikapnya berbanding dibelakang...
Tak salah rasanya memantau....

Akhir kalam...kita manusia ...banyak salah dan silap...tapi kita perlu berubah...dengan apa perubahan itu boleh berlaku...itulah berpesan2 dengan kebenaran dan kebaikan dr manusia yg lain.

0 ulasan:

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você