
Tertarik untuk memperkatakan kalam seorang pelajar University of Manchester yg turut sama menyertai Muzakarah Berkelompok di bawah K.Long br2 nie.Topik perbincangan hadis hari tu adalah yg berkaitan halal dan haram.
Salah seorang ahli bertanya: “Apakah perkara yg termasuk dalam syubhat ?’
Lalu dijawab oleh pelajar UK tersebut :” yg kita tahu bercakap berlebih-lebihan (tanpa hala tujuan dan maksud),terlalu ramah tamah,atau bercakap perkara2 yg tak berfaedah (lagha) dengan lelaki ajnabi adalah dikira syubhat.Kita tahu benda tu tak elok tapi kita masih lakukan.”
Ya, ramai dikalangan kita tahu yg halal itu nyata,yg haram itu juga nyata tapi yg ditgh2 ramai yg tak menjaganya.Bukan ingin mengupas hadis tersebut krn pasti ramai yg dah memahami maknanya.Persoalan hati K.Long sekarang adalah antara anda suka ramah tamah @ sederhana @berdiam saja?
Ada orang sifat ramahnya hanya terhadap pihak berlawanan jenis tp bila dalam kaum sejenis dia hanya diam membisu.Ada orang ramah dengan wanita lain dan pendiam dengan lelaki.Salahkah ramah tersebut?Ramah dalam bertempat,dalam dakwah,dalam menyampaikan ilmu tak salah,yg menjadi salah adalah ramah yg K.Long rasa anda disini mampu fahami maksudnya.
Persoalan kedua yg ada dlm hati K.Long mengapa banat bila ramah dikecam,tapi bila bukan azhariyah yg ramah para banin pulak yg lebih.K.Long ada jawapannya tapi K.Long nak anda fikirkan sendiri dalam konteks biah solehah.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan
perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )
* "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".( Riwayat AT-TARMIZI )
Madah Dari Berdiam:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN."
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Rabu, Julai 23, 2008
Peramah @ Diam?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 ulasan:
Catat Ulasan