zwani.com myspace graphic comments

Jumaat, Ogos 15, 2008

10 Prinsip dalam Islam


asanya dua tiga hari ni kesempatan untuk mengadap komputer agak kurang ditambah dengan rutin harian yg agak padat...peluang meluahkan pengalaman di laman ini tidak dapat dimanfaatkan seadanya...mohon maaf kepada yg menziarahi jesteru jika anda terasa kosong pengisiannya.


Sekadar menaip dan menyelit sedikit artikel mengenai 10 prinsip dalam Islam oleh Said Hawwa....semoga mendapat manfaat coz dalam keadaan sekarang ramai yg memperkotak-katikkan hukum Islam.Agama dijadikan permainan sedangkan"Al Islam huwal Hal"= Islam adalah penyelesaian.

Sa'id Hawwa adalah seorang ulama yang cukup kuat dan utuh dalam menyuarakan kebenaran (al-Islam). Ulama yang hidup di Mesir ini telah banyak menghasilkan tulisan-tulisan keislaman yang sangat berkualiti dan amat diperlukan oleh ummat. Pemikiran-pemikirannya sentiasa merujuk kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Namun begitu, ianya tidak terlepas dari kontroversi dan kritikan dari mereka yang merasa terlalu berat untuk melaksanakan Islam secara total (kaffah) sebagaimana yang selalu 'dilaungkan' oleh beliau.

. Menurut Sa'id Hawwa, ada sepuluh ketentuan yang bersifat badihi (prinsipil) yang telah diringkaskan dari buku "Min Ajli Khuthwatin ila al-Amam'ala Thariqi al-Jihad al-Mubarak".

Prinsip Pertama Islam adalah satu-satunya sistem hidup yang diturunkan kepada seluruh ummat manusia, di barat atau di timur, di utara atau di selatan, tua atau muda dan juga kepelbagaian warna kulit manusia. Allah s.w.t telah menyatakan bahawa Dia tidak akan menerima sistem hidup (ad-Din) selain daripada Islam dalam firman-Nya:

" Sesungguhnya din (sistem hidup) yang diredai di sisi Allah ialah Islam."(Ali Imran:19)

" Barangsiapa yang mencari din (sistem hidup) selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (din itu) darinya." (Ali Imran:85)

Yang dimaksudkan dengan Islam adalah risalah yang diturunkan Allah s.w.t melalui Nabi Muhammad s.a.w. Risalah ini merupakan penutup seluruh risalah Allah s.w.t, dan juga merupakan risalah yang diturunkan Allah sebelumnya, melalui perutusan para Anbiyak yang terdahulu. Justeru, seluruh manusia diwajibkan untuk memeluk Islam dan barangsiapa yang tidak mengimani Islam, sedangkan seruan Islam telah sampai kepadanya, maka ia dianggap sebagai ahli neraka.

" Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak mendengar seseorang tentangku dari ummat ini, apakah ia Yahudi atau Nasrani, kemudian ia tidak beriman dengan apa yang diutus kepadaku melainkan ia akan tergolong dari ahli neraka." (HR.Muslim)

Prinsip Kedua Islam adalah satu-satunya jawapan yang benar dan bersih terhadap semua persoalan manusia. Ia mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia meliputi keyakinan, ibadat, syari'at dan syi'ar. Islam merupakan neraca dan satu-satunya petunjuk dalam semua urusan kehidupan manusia. Dari Islamlah terefleksinya petunjuk yang benar dan lurus serta selamat dalam segala hal.

" Dan Kami turunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (al-Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri." (an-Nahl:89)


Al-Qur'an menerangkan segala persoalan melalui nas-nasnya atau melalui kesimpulan-kesimpulan yang tepat tentang nas-nas tersebut berdasarkan hadits, qiyas, ijma' ulama, istihsan, istishab, istislah, 'urf, hukum-hukum yang diakui oleh akal, syara' atau hukum adat menurut batas-batas yang dibenarkan oleh nas tersebut.

Prinsip Ketiga Apabila seseorang memeluk agama Islam, bererti ia telah menyerah secara dirinya secara mutlak kepada Allah s.w.t dalam semua persoalan yang mencakupi segala aspek kehidupan yang berhubung kait dengan jiwa, akal, hati, ruh, perasaan, emosi, perbuatan, pemikiran, kepercayaan dan peribadatan. Penyerahan secara mutlak tersebut merangkumi kepatuhan kepada ketundukakn secara total terhadap hukum-hakam dan peraturan serta melaksanakannya tanpa ragu-ragu untuk menjamin kestabilan masyarakat. Selain itu kepatuhan yang terkandung dalam falsafah ketuhanan juga beerti penolakan secara total terhadap seluruh bentuk penyekutuan kepada selain dari Allah. Allah s.w.t berfirman :

" Barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus...." (al-Baqarah:256)

Prinsip Keempat Dalam Islam pemikiran eksperimental (logikal) merupakan salah satu fenomena proses pembentukan pribadi Muslim atau karakteristik Islam. Oleh kerana itu segala sesuatu yang telah dicapai oleh akal yang sihat adalah sesuatu yang dapat diterima oleh Islam da ianya diakui benar oleh. Rasulullah dalam sabdanya : Hikmah (ilmu pengetahuan) itu merupakan hak orang Mukmin. Maka di mana saja ia jumpai, ia lebih berhak terhadapnya. Namun jika pemikiran-pemikiran eksperimental itu sudah tidak murni lagi, telah diwarnai oleh sistem hidup yang tidak Islamik, maka kita berkewajipan untuk membersihkannya terlebih dahulu, dan mewarnainya dengan nilai-nilai Islam yang bersih, sebelum kita menggunakannya.

Prinsip Kelima Islam adalah satu sistem yang sempurna dan lengkap kerana ia mencakup seluruh sistem politik, sosial, ekonomi dan moral. Oleh kerana itu, mengabaikan atau melupakan sebagian dari sistem Islam beerti menghalangi perjalanan seluruh sistem itu sendiri. Begitu juga menegakkan politik yang tidak berdasarkan pada asas-asas Islam merupakan satu kesalahan dan sekaligus merupakan tentangan terhadap Islam. Seluruh aaspek kehidupan Muslimin

haruslah berlandaskan pada nilai-nilai dan syari'at Islam dalam pelbagai perkara sama ada ekonomi, politik, sosial, pendidikan, material dan lapangan kehidupan yang lainya.

" Apakah patut kamu beriman kepada sebagian al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebagian yang lain? Maka tidak ada balasan bagi yang berbuat demikian dari kamu, kecuali kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada siksa yang amat berat. Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu perbuat." (al-Baqarah:85)


Prinsip Keenam Seluruh kaum Muslimin dibebani kewajipan menegakkan kalimatullah agar Islam menjadi satu-satunya Din yang tegak di bumi ini. Allah berfirman :

" Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itu rendah dan kalimatullah itulah yang tinggi". (at-Taubah:40)


Prinsip Ketujuh Kaum Muslimin dalam satu kondisi negara, bahkan di seluruh dunia harus merupakan satu keasatuan, satu kompromi dan satu jama'ah. Kesatuan ini adalah merupakan kesatuan iman dan politik. Apa juga bentuk yang memisahkan keadaan dan hal ini merupakan satu kekufuran dan kesesatan yang amat besar.

Kesatuan dan kompromi negara umat Islam seluruh dunia haruslah mempunyai kepimpinannya yang tersendiri. Kepemimpinan dan kesatuan perdana di seluruh dunia sangat penting sekali, apatah lagi dalam keadaan tekanan dan pelbagai tohmahan yang sering dilakukan oleh dunia barat terhadap negara-negara umat Islam di seluruh dunia.

Kewajipan melantik kepimpinan untuk menguruskan negara-negara umat Islam dan juga menjaga keamanan dan kesatuan akidah tersebut jelas dapat dilihat melalui perlakuan para

sahabat Rasulullah s.a.w telah mendahulukan pemilihan khalifah dengan meninggalkan urusan menguruskan jenazah Rasulullah s.a.w kepada keluarga terdekat. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

" Tidak boleh bagi tiga orang berada di manapun di bumi ini, kecuali memilih salah satu seorang di antara mereka itu sebagai pemimpin." (Musnad Imam Ahmad)


Prinsip Kelapan Dalam kondisi kekuasaan politik Islam dan juga situasi imat Islam di seluruh pelusuk dunia sedang mengalami kehancuran dan kelumpuhan, maka sudah menjadi kewajipan bagi setiap Muslim untuk cepat-cepat melantik seorang imam yang akan memimpin perjuangan, mempersiapkan diri menghadapi peperangan atau melakukan persiapan yang matang untuk memilih seorang yang akan memimpin mereka. Hal ini merupakan salah satu masalah yang sangat mendesak untuk segera dilaksanakan.

" Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh-musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya". (al-Anfaal:60)


Prinsip Kesembilan Menyertai dan bergabung dengan jama'ah Islam dan bersama-sama dengan kepimpinannya adalah suatu kewajipan yang besar di dalam Islam. Kewajipan ini dapat mengelakkan diri dari bersifat berkecuali dalam sebarang keadaan untuk tidak melibatkan diri di dalam jama'ah dan kepimpinannya selagi mana perjalanan jama'ah tersebut didasari oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam keadaan seperti itu, seorang Muslim wajib memisahkan diri dari kumpulan yang sesat yang tidak menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagi dasar perjuangan.

Prinsip Kesepuluh Ummat Islam sebenarnya merupakan satu jama'ah. Maju mundurnya jama'ah ini bergantung kepada pencapaian ilmu, karakteristik, dan komitmen ummat Islam terhadap Islam itu sendiri. Justeru, segenap kaum Muslimin harus terikat pada perancangan dan program yang telah disusun di mana semua perancangan dan program tersebut perlulah tunduk kepada kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam.

Meraikan kaedah dan tata cara mencapai tujuan tersebut adalah merupakan perkara yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan campur tangan idea sesat "Matlamat menghalalkan cara"

Karakteristik ummat Islam dan jama'ahnya adalah sesuai dengan ayat 36-43 surat asy-Syura. Karakteristik ummat Islam ialah beriman, bertawakkal, menjauhkan diri dari dosa-dosa kecil dan besar, perbuatan keji, mengawal diri dari perasaan marah, menyahut seruan Allah dalam semua perkara, mendirikan solat, melakukan infaq di jalan Allah dan berlaku adil sesama manusia. Manakala ciri-ciri khusus bagi jama'ah Islam ialah wujudnya syura dan selalu menentang kezaliman.

Kesimpulannya kekalahan, keterbelakangan, penindasan dan apa yang dialami oleh ummat Islam adalah berpunda daripada perselisihan dan perpecahan yang menimpa ummat Islam. Perselisihan dan perpecahan tersebut berpunca daripada kepelbagaiaan pandangan dan perselisihan pendapat dalam perkara sampingan sehinggalah ummat Islam terlupa kepada kewajipan mewujudkan kesatuan sejagat.


Perkara-perkara asas yang perlu didahului sering dilupakan apatah lagi apabila ianya makin diapi-apikan oleh musuh-musuh Islam. Kejatuhan Khilafah Islamiah pada tahun 1924 makin menjarakkan ribat ukhuwah umat Islam melalui penerimaan pelbagai ideologi songsang yang dicipta oleh barat.


Mungkinkah mimpi ngeri 1924 tersebut hanya kekal sebagai sejarah hitam ummat Islam, tanpa usaha yang benar-benar rapi dan terancang untuk mengembalikan kegemilangan silam.

0 ulasan:

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você