
ele
pas satu demi satu konsert yang mendapat bantahan,kini timbul pula isu konsert Avril.Konsert yang diadakan 2 hari menjelang Hari Kemerdekaan dan Bulan Ramadhan mendapat maklum balas pelbagai pihak terutama media2 hiburan tanahair.
Setelah kabinet meluluskan konsert tersebut pihak penganjur dr majalah Galaxy mengatakan Avril adalah diantara artis yang bersih namun berikutan kenyataan tersebut,pelbagai pihak cuba mencari sejauhmana bersihnya dia sehingga satu artikel di dalam tranungkite memuatkan cover majalah Blender keluaran jun 2007 yang menunjukkan gambar Avril dalam keadaan separuh bogel...tanda lucah yang sering ditunjukkan oleh penyanyi tersebut dan sebagainya,maka apakah itu yang dimaksudkan oleh pihak penganjur sebagai bersih?
Tidak kurang juga artikel yang ditulis oleh murai batu(portal hiburan malaysia) yang K.long baca dan terasa dangkalnya penulis tersebut bila dia menulis seperti berikut:
"Berbalik kepada Avril, kita kena ingat bahawa kita ni tinggal di negara demokrasi berbilang kaum. Di sini bukan hanya ada bangsa Melayu semata-mata tetapi ada kaum Cina, India dan bermacam-macam lagi. Janganlah kita terlalu selfish dan meminggirkan hak orang lain yang hendak berhibur secara berbayar. Ia bukan konsert free atau tontonan free di TV atau Internet yang kesannya lebih bahaya dan ditatap oleh anak-anak tukang protes itu sendiri, tatkala ayah-ayah mereka keluar berkempen dan melaung lancang! Kita memang nak sambut merdeka 2 hari selepas Avril datang Malaysia, tapi kenapa kita macam takut pada bayang-bayang sendiri dan seolah-olah tidak ada jati diri dengan benda-benda yang remeh? Adakah dengan membatalkan konsert Avril itu kita dapat jamin, esok lusa, budak-budak sekolah yang di luar sana akan terus menghentikan 'projek' tepi belukar, bawah tangga atau Mat Rempit akan berhenti lumba haram? Merekakah orang yang akan tengok Avril?......."
Anda yang berilmu mampu membuat penilaian sendiri di sebalik penulisan diatas.Akan tetapi sebelum permit konsert tersebut diluluskan K.Long sempat copy satu artikel yang ditulis oleh Mohd Nasif Badruddin didalam harian metro tentang kenyataan Presiden Papita,antaranya menyebut,:
"jika sesuatu konsert atau artis yang dibawa itu nyata bertentangan dengan budaya tempatan, ia perlu dielakkan supaya tidak terjadi masalah dan perkara lain yang tidak diingini. Mungkin orang hanya melihat ia sebagai konsert semata-mata, tetapi bagaimana pula kesannya kepada muda-mudi yang terpengaruh dengan pakaian, lirik dan budaya yang dibawa penyanyinya?
Katanya, dalam keadaan politik negara yang tidak menentu, lebih baik perkara yang menjadi keraguan dielakkan. Tambahan pula konsert berkenaan terlalu hampir dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dan permulaan puasa, jadi ia memang tidak sesuai diadakan pada masa sekarang."
Lalu kesimpulannya Apakah Islam melarang hiburan? jawapannya tentu tidak...akan tetapi hiburan yang dipilih ada batas dan syarat2nya.
Kita tak menafikan dengan menghalang konsert kita mampu mghentikan 100% gejala2 tidak sihat akan tetapi bukankah itu dinamakan salah satu usaha untuk mencegahnya.Beberapa artikel yg K.Long kutip jelas menunjukkan percanggahan pendapat dikalangan wartawan sendiri,diantara mrk ada yg menyokong dan ada yang membantah.Contohnya artikel yang ditulis Mohamad Sofee Razak "mengenai remaja yang terpengaruh dengan budaya barat,pemakaian sikap dan tingkah laku dan taipnya lagi budaya popular dan gerakan liberalisasi Barat di negara kita sudah bertapak sejak sekian lama."
Siapakah dalang disebalik konsert2 ini.Lalu pelbagai faktor dan pe
rkata perlu dipantau oleh pihak berwajib termasuk stesen tv dan majalah2 yang menyiarkan gambar artis2 berpakaian tidak senonoh.Apakah org biasa tidak berpakaian begitu?Pastinya anda terlupa artis seringkali dijadikan ikutan dan tauladan oleh para remaja hari ini berbanding dengan orang2 lain.
Akhirnya...Di saat umat Islam bakal menyambut Ramadhan...maka tidak sepatutnya konsert seperti itu diluluskan.Bukankah lebih baik digantikan dengan konsert yang lebih Islamik ataupun lebih patriotik?
Moga Allah memberi hidayah buat mereka2 yang terlibat dalam konsert2 ini.
Jumaat, Ogos 29, 2008
Perang saraf
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 ulasan:
Catat Ulasan