zwani.com myspace graphic comments

Sabtu, Ogos 02, 2008

Tugas .....yang sering dimaksudkan


ssalamualaikum...

Bersua kembali.Sejak kebelakangan ini K.Long rasa serabut kepala kalau baca isu semasa pasal tanahair tercinta...Malaysia.Pelbagai isu dr politik,sosial dan macam2 lg.Sempat jg K.Long singgah di beberapa blog namun yg menyedihkan bila org yg tidak tahu pasal agama cuba mghuraikan hal2 berkaitan agama dengan mggunakan kepala otaknya sendiri.

Apakah mereka yg mglontarkan kata2 tersebut seorang Islam tapi tidak keruan imannya atau jahil atau boleh jadi mereka ini musuh2 Islam yg sengaja mengambil kesempatan ditengah2 kedhaifan agama umat Islam sendiri.Dan pasti anda ingat Wardah Hafiz seorang wanita indonesia yg menperolehi MA dalam sosiologi dari Universiti Indiana, Amerika.Tidak memiliki latar belakang pendidikan islam tetapi selalu mgkritik dan mgtafsiri hadis mngikut hawa nafsunya sama seperti SIS( sister in Islam di Malaysia.

Lalu dalam hati merintih saat K.Long fikirkan apakah yg perlu diri ini lakukan untuk mengubati manusia berpenyakit sebegitu yg melata didalam masyarakat kita.

Adakah kita kekurangan muslimah2 hebat untuk tampil membetulkan?atau peranan seorang wanita itu terhenti bila dia mendrikan rumahtangga,dapat anak.Ramai Kakak2 dan sohabiat yg telah pulang mengatur langkah dengan mengenggam segulung ijazah.K.Long yg masih disini memburu impian namun jauh didasar hati K.Long harapkan sesuatu kerana di antara kalian ada yg hebat ilmunya...

wahai muslimah telitilah!
!!peranan kita besar sebenarnya bermula dr rumah membentuk generasi,seandainya kita mengajar disekolah gunakan kesempatan berdakwah.Mungkin anda boleh berkata K.Long masih disini dan tak tahu lg mana di Malaysia kelak tapi pengalaman K.Long berdepan dan memberi penerangan dengan pelajar2 tingkatan 5 Sekolah Menengah (........)biasa beberapa thn yg lalu cukup membuatkan K.Long sebak.Mereka tidak tahu langsung niat solat,baca fatihah,doa angkat hadas dan pelbagai lg yg tak sanggup untuk menyebutnya.Mereka lahir dr keluarga yg naif agama akan tetapi dengan adanya kalian sohabiat2 semua bantulah mereka di sekolah.

Salam akhir....Bukan maksud mencurah minyak dalam api akan tetapi niat hati ingin melihat segalanya indah tatkala Islam bersinar bulan penuh di bumi Malaysia.

0 ulasan:

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você