zwani.com myspace graphic comments

Jumaat, Ogos 29, 2008

Ahlan Ya Ramadhan


eberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut ramadhan yg mulia.Bulan yang penuh barakah,makrifah dan rahmah buat mereka yang sentiasa berusaha mencarinya untuk memperbaiki diri dan memperbanyakkan amalan.

Rasanya inilah kali pertama berpuasa ramadhan dalam keadaan cuaca masih panas.

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
"Sungguh, telah datang kpd kamu bulan yg penuh berkat,di mana Allah mewajibkan kamu berpuasa di saat di buka pintu syurga dan dimana ada satu malam yang nilainya lebih berharga daripada 1000 bulan. Maka sesiapa yang tidak berhasil beroleh kebaikannya, sungguh tiadalah dia akan mendapatkan itu buat selama2 nya."
(Riwayat Ahmad, Nasaie dan Baihaqi)

Namun yang penting kita harus sedar selain dr faktor kesihatan puasa juga melatih diri bersabar. .Bayangkan Rasulullah dan para sahabat terlibat dalam perang badar di dalam bulan Ramadhan dengan tentera muslimin seramai 313 melawan tentera kafir seramai 1000 orang.Dahsyat bukan!!!

Iman bukanlah angan-angan di hati. Ia menagih keyakinan teguh yang mampu mengawal amalan diri.Berimankah seorang manusia bila ia mengatakan beriman dengan rukun yang 6 dan salah satunya Al Quran akan tetapi menolak hukum yang telah termaktub didalamnya.Mengambil separuh dan meninggalkan separuh.....Tepuk dada tanyalah akal fikiran yang waras.

Semoga dengan menjelmanya ramdhan kali ini menjadi Madrasah tarbiyah Ruhiyah kepada semua.Harapnya tidak sia2 kunjungan tetamu agung tahunan pada kali ini.Ia datang dan pergi.Tahun ini dan tahun kemudian nanti.Jangan terlalu berharap kita dapat bersua dengannya walaupun sekali lagi.

0 ulasan:

 
Diari Musafir - © 2007 Template feito por Templates para Você